Bagaimana nak urus perniagaan kecil anda dengan mudah?

Bagaimana nak menjaga dan membina perniagaan kecil yang ada buat sekarang supaya ianya membesar dengan lebih mudah?

Jawapannya…

Memang banyak perkara yang perlu dilakukan.

Tapi salah satu perkara yang amat penting yang akan banyak membantu usahawan kecil urus perniagaan kecil membesar, adalah dengan menggunakan teknologi.

Gunakan teknologi yang ada sekarang, yang murah dan paling mudah dalam menguruskan perniagaan kecil anda.

Memang itupun tujuan utama segala teknologi yang ada sekarang direka cipta oleh manusia. Ada dua fungsi utama yang semua ciptaan teknologi baru berikan;

  1. Memudahkan – Kerja yang sukar menjadi mudah dan cekap.
  2. Mempercepatkan urusan kerja – Bukan saja mudah dan cekap, malah masa yang diperlukan untuk membuat sesuatu urusan menjadi amat pantas dengan penggunaan teknologi.

Urus perniagaan kecil dengan teknologi

Teknologi boleh digunakan untuk permudahkan banyak urusan dalam perniagaan kecil.

Anda boleh gunakan teknologi dalam urusan kewangan, urusan operasi, urusan pemasaran dan jualan serta lain-lain lagi.

Dalam banyak-banyak teknologi yang ada sekarang, antara yang paling banyak membantu usahawan dalam bab urus perniagaan kecil, teknologi komputer dan internet adalah yang paling banyak digunakan oleh para usahawan.

Teknologi komputer dan internet banyak membantu usahawan beralih dari kerja secara manual kepada automasi.

Contoh paling mudah adalah bab menguruskan kewangan perniagaan.

Kalau masa tok nenek kita dulu, nak rekodkan semua urusan duit keluar dan masuk, mereka gunakan pen dan kertas, sekarang kita boleh gunakan komputer.

Komputer dapat percepatkan kerja usahawan kecil mengira jumlah keseluruhan duit keluar dan masuk tanpa perlu mengiranya secara manual. Malah semua kerja menganalisa rekod tersebut menjadi amat mudah bila anda gunakan komputer.

Majoriti pengguna komputer sekarang tahu menggunakan excel.

Amat rugi kalau anda tak luangkan masa untuk belajar menggunakan excel dalam urusan merekod duit keluar dan masuk.

Masa mula berniaga dulu, excel saya gunakan untuk semua urusan pemantauan kedudukan kewangan syarikat. Rekod untung dan rugi bulanan syarikat juga saya gunakan excel. Urusan membuat unjuran hadapan kewangan syarikat juga menjadi mudah apabila saya menggunakan excel.

Bila dah ada duit sikit, barulah software akaun dibeli.

3 perkara penting untuk urus perniagaan kecil

Ada 3 perkara penting yang semua usahawan kecil perlu buat kalau nak mudar urus perniagaan kecil mereka supaya menjadi stabil dan mudah membesar.

3 perkara tersebut adalah;

  1. Merekod maklumat pelanggan – setiap pelanggan yang membeli dari anda akan direkodkan dan disimpan dengan baik untuk dikemas kini.
  2. Merekod dan memantau semua hasil jualan – Apabila berlaku jualan, anda perlu rekodkan jumlah dan produk yang terjual dan seterusnya perlu buat bil atau inbois untuk diberikan kepada pelanggan.
  3. Menggunakan semua rekod di atas untuk berhubung dengan pelanggan – Bila dah buat kedua-dua urusan di atas, anda dah ada semua maklumat pelanggan dan ini memudahkan urusan perhubungan dengan mereka selepas itu.

Semua urusan tersebut di atas saya buat secara manual dulu. Mulanya saya gunakan buku latihan untuk catit semua maklumat pelanggan. Lepas itu saya gunakan excel supaya lebih mudah dan cepat.

Tapi bila datang urusan membuat pengumuman atau hebahan kepada semua pelanggan yang ada, masih perlu bat secara manual satu persatu juga.

Cuba bayangkan kalau anda boleh buat ke tiga-tiga urusan di atas secara serentak. Tentu ianya akan menjadikan perniagaan anda lebih terurus dan pantas.

Bagi usahawan yang cekap menggunakan teknologi untuk urus perniagaan mereka, tak jadi masalah sangat sebab mereka biasanya kreatif menggunakan segala kemudahan teknologi dan internet yang ada sekarang.

Tapi bagi yang tak berapa celik teknologi, anda tentu perlukan bantuan dari mereka yang cekap.

Cuma masalahnya adalah kos.

Untuk cari satu sistem yang boleh buat ke semua urusan yang saya sebut kat atas itu yang murah adalah amat mencabar.

Sistem urus perniagaan kecil yang mudah dan murah

Bagi semua pembaca blog hidupringkas.com ini, saya dengan berbesar hati nak perkenalkan satu sistem yang mampu buat ke tiga-tiga urusan di atas dengan kos yang amat murah.

Sistem itu dinamakan sebagai Vniaga.

Anda boleh masuk Vniaga dengan pautan yang saya berikan itu dan mula gunakan terlebih dahulu secara percuma untuk tempoh sebulan.

Bila dah selesa dan terbukti membantu perniagaan kecil anda, bolehlah langgan terus secara berbayar. Kos untuk guna Vniaga hanyalah dalam lingkungan RM1.20 sahaja sehari.

Anda tak akan dapat satu sistem semurah itu di tempat lain.

Keluarkan duit sebanyak lebih kurang RM35 sebulan untuk menjadikan urusan perniagaan kecil anda mudah dan pantas adalah amat berbaloi. Duit sebanyak itu biasanya akan habis tak sampai 2 hari hanya dengan melepak kat kedai mamak.

Jadi laburkan sedikit duit untuk urus perniagaan kecil anda supaya lebih bersistematik dan mudah untuk distabilkan dan dibesarkan.

Bantuan teknikal untuk menggunakan sistem tersebut disediakan sebaik saja anda masuk dan daftarkan diri anda di situ. Tak faham boleh tanya. Akan ada orang yang jawab semua soalan anda itu.

Sistem Vniaga urus perniagaan kecil anda

Tak kisah dalam industri apapun anda buat sekarang, Vniaga pasti dapat bantu anda uruskan perniagaan kecil anda itu.

Gunakan Vniaga untuk simpan semua maklumat perhubungan pelanggan anda. Bila anda ada promosi atau maklumat yang mahu disebarkan kepada pelanggan, anda boleh gunakan sistem mesej yang ada dalam sistem Vniaga itu.

Sekali blast, anda akan dapat sebarkan maklumat pada semua pelanggan anda.

Contohnya kalau anda ada produk baru yang anda rasa pelanggan lama anda berminat, gunakan sistem mesej dalam Vniaga untuk sebarkan promosi produk baru anda tersebut.

Dari sistem itu juga anda boleh pantau siapa pelanggan paling banyak membeli dari anda. Siapa pelanggan paling kerap dan paling bernilai dan lain-lain lagi.

Dalam perniagaan, lebih banyak anda berusaha membuat analisa terhadap pergerakan hasil jualan anda, maka lebih pantas untk anda mengatur strategi yang berkesan.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mencuba Vniaga sekarang.

Total
15
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

1 comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge