Stokpic
Stokpic

“A customer is the most important visitor on our premises. He is not dependent on us. We are dependent on him. He is not an interruption in our work. He is the purpose of it. He is not an outsider in our business. He is part of it. We are not doing him a favour by serving him. He is doing us a favour by giving us an opportunity to do so” – Mahatma Gandhi

Seperti kata-kata Mahatma Gandhi di atas, anda boleh faham dengan mudah bahawa pelanggan adalah satu-satunya unsur yang membuatkan perniagaan hidup.

Siapalah usahawan tanpa adanya pelanggan. Tak akan ada maknanya kewujudan syarikat perniagaan tanpa adanya pelanggan yang sudi mengunjungi syarikat perniagaan yang dijalankan.

Kalau dah macam tu punya penting pelanggan, maka siapakah sebenarnya pelanggan yang dimaksudkan itu ?

Antara pelanggan dan pembeli

Sebelum pergi lebih jauh, elok dibezakan antara ‘pembeli’ dengan ‘pelanggan’ dalam perniagaan yang anda jalankan.

Pembeli dan juga pelanggan sama-sama mendapatkan khidmat atau produk yang anda jual. Tapi pembeli biasanya hanya datang sekali untuk beli barang atau khidmat anda.

Pelanggan pula datang sekali dan ulang lagi datang beli.

Pelanggan menaruh kepercayaan tinggi pada anda dan perniagaan anda. Mereka akan dapatkan pandangan anda dalam urusan yang berkaitan dengan khidmat dan produk anda.

Ertinya pelanggan adalah mereka yang bukan sekadar membeli. Mereka juga bukan sekadar nak harga rendah atau paling rendah.

Pembeli adalah mereka yang sentiasa memburu harga paling rendah. Jika ada tawaran lain lebih murah mereka akan tinggalkan perniagaan anda.

Begitulah lebih kurang, yang membezakan antara pembeli dengan pelanggan.

Sebab itu, cara anda layan pembeli dan pelanggan adalah berbeza.

Pelanggan perlu dibina jalinan antara mereka dengan syarikat anda. Perlu ada aktiviti berterusan untuk ikat perhubungan dan rapatkan persefahaman.

Cara mudah nak bezakan antara pelanggan dengan pembeli adalah dengan melihat data pembelian. Jika mereka beli buat kali pertama, itu adalah pembeli.

Sebaik saja pembeli datang buat kali kedua, mereka ada keinginan untuk jadi pelanggan. Jika mereka datang lagi untuk kali ke tiga, maka sudah sahih mereka adalah pelanggan.

Uruskan data pembeli dan pelanggan dengan baik

Nampak disitu bahawa bagaimana anda menguruskan data pembelian dalam perniagaan anda adalah salah satu perkara penting dalam perniagaan.

Buatlah apa saja samada secara menggunakan teknologi atau secara manual. Asalkan anda boleh jejaki aktiviti pembelian setiap orang yang datang mendapatkan produk atau khidmat anda, ia adalah amat berguna dalam membina perkembangan perniagaan yang anda jalankan.

Dengan adanya pengurusan data pembeli dan pelanggan, anda akan lebih mudah untuk merangka aktiviti pemasaran dan jualan dengan lebih mantap.

Siapa pelanggan anda ?

Cuba fikirkan sebentar.

Apakah anda boleh kenal pasti siapa pembeli dan siapa pelanggan anda ?

Jika dah tahu siapa pelanggan anda sebenarnya, bagaimana anda buat program jalinan ikatan mesra supaya pelanggan kekal ?

Kebiasaannya, perniagaan yang berorientasikan perkhidmatan perlu menguruskan para pelanggan mereka dengan lebih sistematik.

Ada dua sebab kenapa anda perlu buat begitu:

Pertamanya, mereka akan mendapatkan khidmat anda lebih daripada sekali. Malah mungkin banyak kali berkali-kali samada secara berjadual atau tidak.

Keduanya adalah kerana ada kemungkinan untuk anda berikan kemudahan kredit pada mereka. Buat kerja dahulu dan kemudiannya berikan inbois dan selepas itu berikan tempoh untuk mereka membuat bayaran.

Ringkasnya, mereka akan diberikan kemudahan kredit dalam perniagaan anda.

Klasifikasi 4 jenis pelanggan

Khas untuk anda yang ada jalankan perniagaan perkhidmatan, satu teknik paling penting yang perlu anda buat untuk mantapkan perniagaan anda adalah dengan membuat klasifikasi 4 jenis pelanggan dalam perniagaan yang dijalankan.

Berikut adalah 4 jnis pelanggan yang perlu anda bezakan:

#1 Jenis Pelanggan 5 bintang

Ini adalah jenis pelanggan yang anda peru jaga seperti menatang minyak yang penuh. Layan mereka seumpama raja dan hormati mereka. Pelanggan jenis 5 bintang ini adalah mereka yang tak banyak complain dan tak berkira dengan harga. Malah mereka membuat bayaran dengan cepat tanpa perlu adanya usaha gigih untuk anda mengejarnya.

#2 Pelanggan 4 bintang

Ini adalah pelanggan yang kureng sikit daripada yang 5 bintang saya sebutkan diatas. Mereka juga mudah buat bayaran dan tak kisah dengan harga. Pembayaran dibuat cepat tanpa perlu adanya usaha gigih untuk anda kejar. Tapi mereka agak sukar untuk dikendalikan. Jangkaan mereka amat tinggi, suka menekan dan kaki complain.

Anda akan sentiasa tercabar untuk melayan kehendak mereka. Walau apapun adalah berbaloi untuk kekalkan hubungan dengan mereka sebab mereka adalah pelanggan yang baik sifatnya dalam membuat pembayaran. Lagipun mereka dapat membantu anda memperhebatkan cara kerja dan tidak lalai dalam membuat peningkatan kerja.

#3 Pelanggan 2 Bintang

Ini pelanggan yang amat manis muka. Mereka amat baik tidak mendesak dan amat mudah untuk memenuhi jangkaaan dan kehendak mereka. Malangnya dalam muka manis itu, mereka jenis yang amat liat dalam membuat bayaran.

Anda perlu gigih mengejar dan menuntut bayaran dari mereka. Darah anda boleh naik bila lihat jumlah hutang mereka terhadap syarikat anda. Muka manis ini jika dibiarkan berterusan, anda akan tertipu. Mereka akan pijak syarikat anda sampai mampus dalam keadaan muka manis yang mereka ada. Jangan bersikap nganga degan pelanggan jenis ini. Bertegas dan jika tidak ada perubahan, ucapkan selamat tinggal pada mereka.

#4 Pelanggan zero bintang

Ini adalah makhluk asing yang akan meragut nyawa perniagaan anda jika tidak berwaspada. Mohon Tuhan jauhkan jenis ini daripada perniagaan dan syarikat anda. Jenis zero ini adalah gabungan semua perkara buruk yang disebutkan di atas. Mereka tekan harga. Mendesak dan mengharapkan hanya yang hebat saha serta punyai jangkaan yang tinggi terhadap anda.

Bila semua dah dilaksanakan dengan penuh kepenatan dan peluh meleleh menahan sabar, anda terpaksa pula mengejar bayaran. Mereka akan abaikan saja segala usaha anda mengejar bayaran seolah-olah anda tak pernah berurusan dengan mereka.

Sikap mereka kejam dan tidak berhati perut seolah-olah sejenis makhluk asing jahat yang datang dari dunia lain.

Pangkah pelanggan jenis ini. Secarai hitamkan mereka. Kongsikan dengan rakan lain supaya semua tahu dan berhati-hati dengan penjahat ini.

Segera buat klasifikasi jenis pelanggan anda

Sekarang anda dah tahu siapa sebenarnya jenis pelanggan yang dimaksudkan oleh Mahatma Gandhi di atas tadi.

Samada katagori 5 bintang ataupun katagori 4 bintang di atas sahaja yang perlu anda jaga dan layan dengan sebaik mungkin.

Belajar dari mereka, lihat demografik mereka dan cari dari jenis yang sama untuk anda jadikan pelanggan baru anda.

Dengan berbuat begitu, insyaallah anda akan mampu berkayuh lebih jauh dalam dunia perniagaan anda.

Total
26
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

16 comments

  1. Assalamualaikum.. satu maklumat yang sangat berguna dan sememangnya benar
    berdasarkan pengalaman salute tuan!

    1. Sama-sama Tuan Nazrimi. Terima kasih tersangat kasih sebab sentiasa sudi luangkan masa untuk berikan komen pada artikel-artikel saya. Amat dihargai inisiatif tuan dalam memberikan semangat pada penulis. Jazakallahu Qairon Kasiron !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge