tulis ayat iklanJika mahu tarik perhatian orang pada tawaran perniagaan anda, perlu buat iklan yang berkesan. Sengaja saya tebalkan perkataan tarik perhatian kat atas tu. Sebab itulah perlu buat iklan yang berkesan supaya ianya mampu menarik perhatian pelanggan yang disasarkan.

Bila anda jalankan perniagaan, aktiviti buat iklan merupakan salah satu aktiviti yang tidak boleh dilupakan.

Sekarang ini ada berbagai cara untuk buat iklan secara percuma. Tak macam dulu sebelum wujudnya internet, jika nak iklan perniagaan pada orang ramai, terpaksa menggunakan media massa seperti akhbar, majalah, TV atau Radio. Harganya pulak boleh tahan tingginya.

Ada baiknya dan ada buruknya jika dibandingkan kedua-dua keadaan dahulu dan juga sekarang. Dulu, iklan atau tawaran produk atau perkhidmatan tak berapa banyak.

Sekarang pula, disebabkan kos iklan cukup murah dan ada banyak yang percuma, maka iklan bersepah-sepah muncul untuk cuba menarik perhatian kita semua.

Akibatnya, bukan semua iklan mampu membuatkan kita tertarik. Otak kita akan cuba abaikan apa saja yang tidak memberikan impak yang penting dalam urusan kita.

Dalam keadaan dunia perhubungan yang cukup canggih sekarang ini, hampir kesemua daripada kita mungkin akan terdedah kepada antara 1,000 ke 10,000 iklan dalam tempoh sehari!!!.

Bayangkan jika kita perlu berikan perhatian pada kesemua iklan yang berlegar sekeliling kita setiap hari!, tak ada kerja lain yang akan dilakukan selain dari baca iklan!.

5 Langkah buat iklan yang berkesan

Oleh itu, dalam cabaran pemasaran bisnes sekarang, cara buat iklan perlu ada strategi. Tak boleh main hentam saja dan syok sendiri.

Berikut saya cuba kongsikan tips ringkas bagaimana nak buat iklan yang berkesan.

#1. Fikirkan pelanggan, bukan syarikat

Iklan yang berkesan perlu berikan fokus pada pelanggan yang disasarkan dan bukannya asyik syok sendiri terhadap syarikat anda saja.

Apa bezanya iklan yang tumpukan pada pelanggan berbanding iklan yang tumpukan pada pelanggan?

Jika kita fikirkan syarikat, kita akan cuba senaraikan hampir semua keupayaan yang syarikat boleh buat. Kita juga cuba senaraikan hampir kesemua produk atau servis yang kita ada.

Hasilnya, iklan jadi panjang berjela dan tak ada orang yang akan luangkan masa untuk menoleh pada iklan kita, apatah lagi nak korek lebih jauh terhadap apa yang nak kita tawarkan.

Biasanya kita akan buat iklan begini jika hanya beri tumpuan pada syarikat atau perniagaan kita dan bukannya pada pelanggan:

Syarikat Herba Hidup Ringkas

Menawarkan produk kesihatan untuk semua golongan.

# Kencing manis

# Darah tinggi

# Gout

# Lemah tenaga batin

# Pening kepala

# Cepat letih…bla-bla-bla

Hubungi Kassim Selamat: 019-123 4567

Jika kita fikirkan pelanggan, maka kita akan cuba sampaikan nilai atau keutamaan yang pelanggan boleh kecapi daripada produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan. ย Kita akan fokuskan hanya pada apa yang perlu sahaja agar pelanggan tertarik untuk mengetahui lebih lanjut.

Berdasarkan konsep daripada langkah #1 di atas, kita lanjutkan pula pada langkah berikutnya.

#2. Tarik perhatian pelanggan

Iklan yang berkesan perlu mampu tarik perhatian pelanggan yang anda sasarkan.

Untuk menarik perhatian pelanggan, perlu dimulakan dengan “headline”. Ini kerana dalam orang biasanya akan membaca headline berbanding isi di bawahnya. Hanya orang pelik saja yang akan terus membaca isi maklumat sesebuah tulisan.

Oleh itu pastikan headline anda benar-benar mengejutkan dan membuat orang memberi tumpuan padanya. Tapi, jangan pula cuba menipu dengan ayat yang tak betul.

Tujuan kita adalah nak tarik pelanggan sasaran, oleh itu biarlah headline berkisar pada perkara yang kita mahu sasarkan. Sebagai contoh, jika anda jual penawar kencing manis, headline perlu berkisar pada masalah kencing manis seperti di bawah:

“Baru kena kencing manis…?”

atau

“Dah lama kena diabetes…?”

Kata-kata yang spesifik sebegitu mampu membuatkan orang yang kita sasarkan menoleh pada ayat tersebut dengan penuh minat. Pastikan ayat itu besar dan cukup jelas. Selanjutnya anda boleh tambah dengan sedikit lagi ayat di bawah dengan huruf yang lebih kecil seperti:

” Ini dia penawar yang telah membantu ramai pesakit kencing manis seperti anda!”

Gabungan headline dan ayat kedua itu insyaallah akan membuatkan sasaran kita berikan perhatian. Selepas itu, kita perlu buat langkah selanjutnya seperti berikut.

#3. Buat pelanggan anda berminat

Pastikan pelanggan mula berminat untuk mendekati atau ketahui tentang tawaran anda selepas tertarik dengan headline mula tadi.

Bila kita dah berjaya kenakan umpan, dan pelanggan dah berikan perhatian, pastikan ayat selanjutnya boleh membuatkan pelanggan kita berminat. Kita boleh sambung dengan sedikit penerangan yang mampu membuatkan mereka menaruh minat seperti berikut:

” Apakah anda telah dinasihatkan agar menelan berbagai ubat berupa dadah. Apakah anda dinasihatkan agar sering berjumpa doktor pakar. Atau anda mungkin telah diberitahu tiada lagi harapan untuk pulih seperti sediakala!.

Penawar ini sudah terbukti melegakan ramai orang yag seperti anda pada satu ketika dahulu. Ramai yang telah mencubanya dan kesannya ternyata mengkagumkan. Ini adalah produk herba dan tiada kesan sampingan serta diluluskan oleh kementerian kesihatan serta mendapat pengiktirafan antarabangsa.”

Tambahan ayat di atas akan membuatkan pelanggan mula berminat. Selanjutnya kita perlu tingkatkan lagi usaha dengan langkah selanjutnya.

#4. Tingkatkan keinginan memiliki

Bila dia berminat, jangan biarkan kat situ saja. Jadikan iklan lebih berkesan lagi dengan tingkatkan keinginan pelanggan tersebut.

Setakat ada minat belum tentu dia ada keinginan untuk mendapatkannya atau memiliki produk atau servis yang ditawarkan. Kita perlu tambah lagi ayat sampai pelanggan jatuh teringin seperti di bawah:

“Tak perlu buang duit buang masa dan telan dadah, harganya berbaloi, tiada kesan sampingan, insyaallah akan segar semula dan tiada lagi keletihan dan rasa mengantuk”

Bila pelanggan dah teringin, pastikan kita tambah dengan ayat agar dia segera bertindak. Jika tidak dia akan KIV dan kata nanti dulu dan akhirnya melupakan terus dengan tawaran kita. Jadi kita perlu pastikan mereka bertindak.

#5. Dorong pelanggan segera bertindak

Setelah pelanggan yakin dan percaya dia memang perlu dapatkan tawaran anda, jangan sejukkan semangatnya yang sedang membara itu. Berikan dorongan untuk dia bertindak dengan kadar segera.

Bukan sekadar nak bertindak, malah bertindak sekarang juga… NOW!!!.

Jadi kita akhiri dengan langkah seperti di bawah:

“Order sekarang dapat diskaun 50%!, ditambah dengan tips bersenam mantapkan tenaga batin!

Telefon Kassim: 019-123 4567″

Jika kita merangka proses buat iklan seperti contoh yang diberikan di atas, insyaallah jualan akan berhasil diterjemahkan dengan baik. Anda boleh cuba bayangkan ayat-ayat iklan yang sesuai dengan produk atau perkhidmatan yang anda ada dan lihat keberkesanannya.

Iklan yang berkesan di atas akan kelihatan begini:

“Baru kena kencing manis…?”

” Ini dia penawar yang telah membantu ramai pesakit kencing manis seperti anda!”

” Apakah anda telah dinasihatkan agar menelan berbagai ubat berupa dadah. Apakah anda dinasihatkan agar sering berjumpa doktor pakar. Atau anda mungkin telah diberitahu tiada lagi harapan untuk pulih seperti sediakala!.

Penawar ini sudah terbukti melegakan ramai orang yag seperti anda pada satu ketika dahulu. Ramai yang telah mencubanya dan kesannya ternyata mengkagumkan. Ini adalah produk herba dan tiada kesan sampingan serta diluluskan oleh kementerian kesihatan serta mendapat pengiktirafan antarabangsa.”

“Tak perlu buang duit, buang masa dan telan dadah, harganya berbaloi, tiada kesan sampingan, insyaallah akan segar semula dan tiada lagi keletihan dan rasa mengantuk”

“Order sekarang dapat diskaun 50%!, ditambah dengan tips bersenam mantapkan tenaga batin!

Telefon Kassim: 019-123 4567″

Moga panduan buat iklan yang berkesan di atas dapat membantu kita semua dan membuahkan hasil dalam perniagaan yang sedang dijalankan. Ingat! jangan berbohong !

Total
42
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

23 comments

  1. Assalamualaikum admin,terima kasih banyak atas perkongsian diatas, saya pun berniaga online, banyak yang saya cuba dalam beriklan ni,tapi bab mengayat memang failed..huhu, ini page fb saya http://www.facebook.com/galerikufi , kalau boleh tuan tengok2 sikit, dan kalau boleh bagi nasihat sikit dekat saya kalau boleh ๐Ÿ™‚

  2. Inilahnya! Ayat iklan yang baru sebenar. Baiklah saudara Subhi saya nak cakap sikit ni, kalau boleh buat iklan sampai masyarakat negara luar juga tertarik dengan ayat iklan Malaysia kita, sebab ayat kita ada lagu lagu untuk memanggil, macam mana, ok kah pendapat saya ni ? Mudahan saudara Subhi membalas komen saya ni.

    1. Sebelum buat iklan kena fikirkan dulu pasaran yang kita nak sasarkan… kalau pasaran seluruh dunia lain carinya, kalau pasaran lokal lain pula caranya… semuanya bergantung pada sasaran pasaran kita. Terima kasih berikan komen Tuan Syed Reedzuan

  3. Salam..

    Contoh ayat encik bagi bertepatan dengan saya kerana saya berniaga produk kesihatan. memang ramai da sembuh tapi saya xberapa pandai nak zahirkan supaya orang lbih tertarik. saya mohon copy contoh encik bagi.

    terima kasih

  4. salam..dan terima kasih tuan diatas perkongsian ilmu yg sgt berharga ini..semoga tuan juga dilimpahi rezeki yg melimpah..amin

  5. Salam. Tuan Shubhi, terima kasih banyak2 sebab bagi panduan yang hebat ni!!!

    Walaupun simple tapi sy dapat rasa tarikan sampai sy sendiri rasa nak beli ubat kencing manis tu dari En Kassin..hihi.

  6. Ini betul2 iklan bukan cobaan. Sape2 nak belajar buat kulit popia sesuai untuk popia goreng dan basah. Juga saya ajar macam mana nak buat inti sos.Saya ajar sampai boleh dan mahir sesuai untuk buat perniaga kuih. Lokasi Bangi . Bayaran rm 250. PERCUMA KUALI BUAT KULIT POPIA. Hubungi Ghani 0107883324 atau Aziah 0173265603′ TQ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge