Macam mana nak kira ‘Saiz Pasaran’ ?

Kalau orang teori cakap bab niaga, mereka pasti akan sebut tentang ‘saiz pasaran’

Orang kampung dan mereka yang tak didedahkan kepada ilmu pemasaran dan perniagaan secara teori mungkin jarang nak fikirkan pasal saiz pasaran ni.

Kalau idea niaga sekadar buka meja lipat dan jual nasi lemak kat depan rumah, memang tak ada orang yang susahkan diri untuk kira saiz pasaran pengguna nasi lemak terlebih dahulu. Buka dan pacak kat situ, sabar menunggu dengan penuh istiqamah, pasti akan ada yang datang beli.

Kalau nasi lemak tak habis, bawa masuk dan jadikan hidangan keluarga. Kalau ada lebih sedekah kat jiran. Perniagaan yang tak berapa serius sekadar nak habiskan masa lapang memang tak perlu ambil pedulu sangat pasal saiz pasaran dan sebagainya.

Kira saiz pasaran untuk kertas kerja

Tapi bila terpaksa sediakan kertas kerja sebab nak pinjam duit dari agensi bantuan kewangan kerajaan seperti MARA, PUNB dan sebagainya, anda tak boleh elak dari menggunakan terma saiz pasaran ini.

Kalau nak dapatkan grant atau nak menang hadiah pembentangan idea bisnes hebat, saiz pasaran sdah pasti perlu dikaji dan difahami. Kalau panel tanya berapa besar saiz pasaran dan anda terkebil-kebil tak faham, habislah semua kertas kerja itu jadi tak bernilai lagi.

Saiz pasaran dalam bahasa mudahnya adalah..

“Jumlah pengguna yang berpotensi menggunakan produk atau servis yang kita nak tawarkan.”

Kita buat contoh produk “The Shredder” yang saya sasarkan kepada ‘Orang GEMUK’.

Semua orang GEMUK berpotensi menjadi pengguna produk Fat Burner yang nak saya tawarkan.

Jadi persoalannya adalah, berapa ramai agaknya jumlah orang GEMUK kat dalam pasaran.

Berita dari NST saya baca sebelum ini memberikan maklumat seperti berikut:

Orang gemuk gedempul: 13.3%
Orang gemuk biasa: 38.5%

Jadi jumlah keseluruhan orang yang berpotensi menggunakan The Shredder adalah 51.8%

Wow! punyalah ramai orang gemuk kat Malaysia!!!

Setiap dua orang yang anda jumpa, salah seorang darinya mungkin gemuk!

Dari jumlah terkini rakyat Malaysia seramai 32 juta penduduk, ada seramai 16.5 juta orang gemuk!!!

Saiz pasaran orang Gemuk warga Kuhrians

Dalam Group Kelab Usahawan Hidup Ringkas yang saya tubuhkan kat FB, ada seramai lebih dari 18 ribu ahli. Kat dalam group itu tentu ada lebih kurang 9,300 orang gemuk!

Kalau jumlah penduduk kat tempat anda seramai 2 ribu orang, tentu ada lebih kurang seribu orang gemuk.

Saiz Pasaran The Shredder memang amat besar. Tapi sudah tentu kita tak mampu tukarkan semua orang jadi pelanggan.

Dari situlah kta buat kiraan jumlah pelanggan yang kita sasarkan untuk menjadi pelanggan kita. Mungkin 1% mungkin 10%. Kalau ada syarikat lain yang lebih lama dan stabil dah masuk pasaran tu dan mereka berjaya bekalkan kepada 10% dari jumlah pasaran yang ada, maka anda jangan syok sendiri untuk buat andaian akan berjaya tawan 20% dari jumlah pasaran.

Anggaran peratusan dari jumlah pelanggan yang anda andaikan untuk jadi pengguna produk anda mestilah logik dan rasional.

Kalau anda pasarkan secara online dengan betul, maka jumlah pegguna berpotensi yang anda boleh capai sudah tentu amat besar. Kalau berjaya yakinkan hanya 1% sahaja dari mereka, mampu buat anda jadi jutawan!!!

Bergantung pada kekuatan produk dan cara kita perkenalkan dan yakinkan produk pada semua pengguna berpotensi itu.

Jika anda GEMUK, saya harap maklumat ini dapat meyakinkan anda untuk turut serta dalam “Projek Usahawan GEMUK”

Total
17
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge