Pasal nombor lagi

By | 30/08/2013

sales, jualan, pemasaran

Ini sambungan daripada posting berkenaan main nombor yang besar untuk mendatangkan hasil jualan dalam perniagaan kita. Bagi yang terlepas bacaan boleh klik sini untuk membacanya.

Kebetulan malam selepas buat posting tersebut, saya ada sesi perjumpaan bulanan bersama dengan salah seorang peserta HR Biz Coaching. Kami membincangkan tajuk yang sama, iaitu melakukan aktiviti pemasaran dan jualan.

Peserta itu kini berada di dalam proses memperkenalkan perniagaannya pada prospek yang telah dikenal pasti, selepas berjaya melepasi proses menentukan perniagaan yang sesuai untuk dijalankan.

Dalam tempoh sebulan sebelum kami berjumpa, kami menentukan matlamat yang mahu dicapai. Matlamatnya adalah berjumpa dengan seramai mungkin golongan atau individu yang berpotensi menggunakan produk dan khidmat yang ditawarkan oleh syarikatnya.

Beza berniaga ada kedai dengan tiada kedai

Oleh kerana perniagaan yang sedang dijalankannya berbentuk keluar untuk buat jualan, maka dia tidak ada pilihan lain selain daripada pergi berjumpa dengan orang.

Ini berbeza dengan mereka yang menjalankan perniagaan kedai di mana barangan dipamerkan di tempat yang strategik dengan harapan mereka yang lalu lalang di kawasan itu tertarik untuk singgah.

Kebiasaannya, kita lebih mudah untuk melihat potensi perniagaan kedai berbanding perniagaan yang tidak ada kedai. Jika kedai yang kita buka itu kawasan yang sibuk di mana ramai orang lalu lalang, maka secara logiknya, ia berada di dalam kedudukan yang baik. Taukeh kedai hanya perlu memikirkan teknik bagi membuatkan orang yang lalu masuk dan membeli berangannya.

Berapa prospek anda jumpa sebulan?

Dalam pertemuan tersebut peserta HR Biz Coaching itu meluahkan rasa risaunya kerana dia merasakan telah berusaha gigih untuk bertemu prospek tetapi nampaknya hasilnya kurang memberansangkan. Dari situ saya dapat jangkakannya bahawa gambarannya terhadap kerja kuat adalah salah.

Dalam tempoh sebulan yang lalu dia telah berjumpa dengan 5 orang prospek, dan itu dirasakannya merupakan satu jumlah yang ramai!.

Lalu saya berikan perbandingan bagaimana diwaktu mula menjalankan perniagaan saya dahulu, jumlah 5 orang yang saya jumpa hanya dilakukan dalam masa sehari sahaja.

Ini bermakna, dalam tempoh seminggu, saya akan berjumpa dengan prospek sekurang-kurangnya seramai 25 orang! Jika dicampur selama 4 minggu, saya berjumpa seramai 100 orang prospek sebulan!.

Peserta itu terkejut dengan nombor yang saya berikan itu. Dia lebih terkejut lagi apabila saya katakan dalam 100 orang yang telah saya jumpa itu, untuk dapatkan seorang prospek yang berjaya saya tukarkan menjadi pelangganpun susah!.

Jumpa serami mungkin dan belajar cara mereka menolak

Tetapi, saya tiada pilihan lain selain daripada berjumpa dan terus berjumpa dengan prospek seterusnya dan membuat analisa apa yang tak kena dengan cara saya memperkenalkan perniagaan.

Semakin ramai saya berjumpa orang yang menolak tawaran saya, maka semakin banyak cara penolakan yang dapat saya belajar daripada mereka. Semua itu berakhir dengan saya berjaya merealisasikan jualan!

Dari satu menjadi dua dan kemudiannya menjadi tiga dan begitulah seterusnya. Kini semua aktiviti itu terpahat menjadi sejarah sebagai panduan untuk saya perturunkan pada orang lain.

Mendengar nombor-nombor yang besar itu, peserta itu terasa seperti berat. Dia nampaknya macam tak dapat tangkap kenapa kena ramai orang.

Gambaran kedai yang malang

Untuk memahamkannya saya gambarkan padanya situasi sebuah kedai yang menjual pakaian di satu kawasan di KL. Katakan kedai itu terletak di satu sudut yang mana jumlah orang yang lalu di depan atau di kawasan perniagaannya itu hanyalah 5 orang sahaja sebulan.

Apakah nasihat yang terbaik perlu diberikan pada taukeh kedai itu?

Sudah tentu semua orang tahu bahawa kedai itu bermasalah besar. Jika taukeh kedai tetap selesa dan masih duduk menunggu di dalam kedainya, alamat dia akan menagis tidak berlagu!.

Perlu diingat, dalam 5 orang yang lalu dalam tempoh sebulan itu tidak semestinya mereka singgah dan masuk ke dalam kedai untuk melakukan pembelian.

Dengan perbandingan yang saya berikan, barulah dapat difahami bahawa 5 orang sebulan adalah satu jumlah yang terlalu sedikit. Jika kita mahu berjaya, sesuatu perlu dilakukan.

Akhirnya peserta saya itu baru jelas dan rasa segar dan bersemangat semula. Dia perlu tukar pemikirannya bila dia perlu mengeluh letih. Jika sekadar berjumpa dengan beberapa orang sebulan, tidak sepatutnya letih muncul dalam pemikiran.

Rumusannya,

“Bila anda jelas dengan apa yang perlu dilakukan, keletihan tidak akan muncul sebelum masanya”

22 thoughts on “Pasal nombor lagi

  1. haziqabdullah

    “Bila anda jelas dengan apa yang perlu dilakukan, keletihan tidak akan muncul sebelum masanya” .. Mohon copy ayat ni tuan.

    Reply
  2. Zuan

    mental kena kuat.. sy pun dah mula train mental supaya tidak mengeluh.. supaya sentiasa bersyukur diberikan tenaga untuk mencari sesuap nasi..
    Zuan recently posted…Uncle Zuan BlogMy Profile

    Reply
  3. ahmadyani

    Dalam peperiksaan, nombor paling sedikit yang bagus. Dalam perniagaan, nombor paling banyak yang bagus. kalau tidak suka bermain dengan nombor, bermainlah dengan angka.
    ahmadyani recently posted…Siti – Isu PerdanaMy Profile

    Reply
  4. puteri kasih

    Dalam apa jua yang kita ceburi..erti ‘letih dan give up’ tidak boleh wujud. Kalau kita nak berjaya..kita perlu belajar dari kegagalan. Macam dalam hal berniaga ni, kita kena anggap prospek tu sebagai latihan ke arah kejayaan kita. Lebih banyak latihan yang kita buat..maka peluang untuk berjaya tu lebih besar 🙂
    puteri kasih recently posted…Merdekakah Kita?My Profile

    Reply
  5. Cikgu Hairul

    Saya teringat kat cerita kawan serumah saya masa dia kerja direct selling dulu. Dia sangat bermotivasi. Katanya jumpalah seramai mungkin orang. Setiap kali orang menolak, semakin hampir kita kepada satu jualan. Maknanya memang tak boleh berputus asa la.
    Cikgu Hairul recently posted…Erti Kemerdekaan Bagi Seorang MuridMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge