Cuba lihat gambar yang saya paparkan di atas. Di sudut manakah mata anda jatuh sebaik sahaja melihat gambar yang saya paparkan itu?
Saya yakin, jika anda seorang yang normal, pandangan mata anda akan jatuh tepat pada satu-satunya pensil yang menonjol dengan mata pensilnya tajam naik ke atas.
Ertinya, pensil tersebut berjaya tarik perhatian anda dalam keadaan dia duduk dicelah-celah banyak lagi pensil yang serupa dan sekata. Kesemua pensil tersebut sama sahaja dari segi warna, bentuk dan saiz.
Namun begitu, pensil yang satu itu tetap berjaya tarik perhatian dan tumpuan mata anda. Betul tak?
Mudahnya tarik perhatian orang ramai
Secara logiknya, anda juga tentu boleh fikirkan taktik yang sama untuk tarik perhatian orang ramai yang disasarkan dalam perniagaan anda.
Memang ada ratusan kalau tak ribuan, perniagaan yang sama sebijik macam perniagaan yang sedang anda jalankan. Tapi itu bukan alasan untuk mengatakan anda tak boleh menarik perhatian pelanggan sasaran anda.
Gambar pensil yang saya paparkan di atas adalah satu bukti mudah bahawa untuk tarik perhatian pelanggan sasaran mampu dilakukan jika anda menggunakan akal yang Tuhan berikan.
Untuk malumat anda, saya sentiasa masukkan gambar tersebut dalam slide power point yang saya sering bentangkan pada para usahawan yang menjalankan perniagaan.
Walaupun semuanya yang hadir menjalankan jenis perniagaan yang sama, dengan melihat gambar tersebut, mereka tidak dapat menafikan saranan saya untuk semua usahawan memikirkan satu sebab kenapa orang akan melihat dan memilih perniagaan atau premis perniagaan anda.
Persoalannya di sini adalah bagaimana nak jadikan perniagaan anda berbeza dalam keadaan semua orang menjalankan perniagaan yang sama?
Saya serahkan pada anda sendiri untuk memikirkannya secara kreatif.
Tarik perhatian dulu, jual kemudian
Setiap kali saya bertanya pada para usahawan, masalah harga sentiasa menjadi satu isu paling utama. hampir semua orang akan salahkan sikap usahawan yang suka campak atau lawan harga.
Tetapi bila didalami, sudah tentu ada perkara lain selain daripada harga yang membuatkan pelanggan datang ke premis perniagaan anda. Kalau tidak, bagaimana anda dapat hasilkan juga jualan walaupun sedikit.
Cabarannya di sini adalah untuk mencari jawapan kenapa pelanggan yang datang itu tetap datang ke premis anda. Terutamanya para pelanggan setia yang anda ada.
Jangan leka untuk dekati pelanggan setia yang ada dan selidiki dengan mendalam apakah yang membezakan perniagaan anda berbanding yang lain di mata pelanggan setia yang anda ada.
Gunakan segala kepakaran yang ada untuk selidik kenapa dan rumuskannya dalam satu ayat. Bila dah jumpa, kembangkan dan sebarkan ‘sebab’ tersebut pada semua orang yang lain yang inginkan nilai yang sama seperti pelanggan setia yang anda ada.
Saya tahu itu bukanlah satu kerja mudah, tapi anda tak ada pilihan lain jika mahu berjaya. Tak ada kejayaan tanpa adanya kesungguhan. Berusahalah sekuat mungkin dan cari rahsia untuk tarik perhatian orang.
Jangan sebut lagi pasal lawan harga kerana anda tak ada peluang langsung untuk tawar menawar harga selagi tak ada orang yang berjaya anda tarik perhatian mereka.
Oleh itu, paling utama, cari jalan untuk tarik perhatian terlebih dahulu.
Tarik perhatian makin sukar jika tidak diusahakan
Dalam zaman sekarang, semua orang tenggelam dalam dunia mereka sendiri. Semua orang dihujani oleh seribu satu masalah. Saya dan anda serta semua sering leka merendamkan diri dalam fikiran masing-masing.
Baik ketika memandu, ketika makan, ketika berjalan, kita tidak akan mudah menolehkan kepala dan berikan perhatian jika perkara tersebut tidak cukup penting atau cukup menarik.
Sebab itu jika anda pernah lihat, ada warga Bangladesh yang memegang bendera dan berdiri di depan pintu masuk stesen minyak sambil mengibarkan bendera tanpa henti. Ia dilakukan semata-mata untuk tarik perhatian anda secara tidak disedari.
Tarikan itu, tanpa anda sedari membuatkan anda memusing masuk ke dalam stesen minyak untuk mengisikan minyak kereta anda yang hampir habis. Samada anda percaya atau tidak, ia adalah salah satu taktik yang berkesan dilakukan semata-mata untuk tarik perhatian anda.
Mungkin anda rasa itu aksi bodoh. Mungkin anda gelengkan kepala dan mentertawakan tindakan tersebut. Namun dalam perniagaan, selagi ianya tidak dilarang dari segi undang-undang atau syariat, anda perlu lakukan sesuatu untuk tarik perhatian pelanggan sasaran anda.
12 comments
sesiapa yg belajar marketing akan berjumpa dengan topic ini “difference”, salah satu langkan utk berjaya dlm bidang marketing.
maka teori ini benar sekali nampaknya…
den belajar separuh jalan je…
lan
mata pensil tu yang buat kawan tertarik
onlajer recently posted…Blogger Suka Mencuri Entri Orang Lain
satu pendekatan yang menarik..tuan
memang diakui bahawa sangat perlu untuk menarik perhatian dengan cara yang tersendiri
Hero Borneo recently posted…Kisah Cinta Seorang Isteri Kepada Suami
Bagus artikal tuan, dengan menarik perhatian orang di sekeliling kita, kita akan lebih dikenali lagi dan perniagaan kita akan lebih kehadapan.
Imran recently posted…Birthday disambut syarikat dengan membayar gaji lambat.
Terima kasih Tuan telah membuka minda saya untuk atur strategi dan plan dalam perniagaan saya. Semoga sy boleh buat apa yang Tuan maksud kan..aamiin..
nila anggraini recently posted…Adakah Anda Tahu Manfaat Sentuhan Kulit Ke Kulit Untuk Ibu Dan Bayi Selepas Kelahiran
Moga berjaya hendaknya insyaallah!
Ringkas tetapi padat.
Memang tak disedari pun cara menpromosi sedemikian.
Rase macam ketinggalan tetapi itu yang berkesan.
Azeni Ahmad recently posted…Aku Benci Subjek Kalkulus?!
Terima kasih komen..
terbaik bro..telah menjernaih sikit kepala otak aku nie…sekarang nak kena cari sesuatu yang unik untuk dijadikan senjata penarik perhatian
blogger lelaki recently posted…Malaysia Best Blog 2015
terima kasih tuan. Moga semakin cerah datangnya idea menarik perhatian.. jangan lupa kongsikan idea tu kat sini nanti. Tq
Betul tu tuan. Tarik perhatian biar orang tahu kewujudan kita. Kalau tak tahu kewujudan, macam mana nak ke langkah seterusnya.
Cari Idea.. idea.. idea..
Zaini recently posted…3 Jaminan Istimewa Kami Untuk Anda
Ya! perah otak dan cari idea…