Artikel sebelum ini saya dah kongsikan cara salah nak buat ayat dalam iklan yang nak kita sebarkan. Samada anda nak buat ayat iklan tu di atas kertas dan dicetakkan banyak-banyak, atau nak buat iklan menggunakan media sosial seperti Facebook atau Google dan seumpamanya, sama saja.

Walaupun jumlah orang yang ada akaun FB kat Malaysia ini seramai 17 juta orang, bukan semuanyanya kaki pacak depan skrin tablet atau telefon pintar mereka.

Kalau yang kaki pacak depan skrin pula belum tentu mereka dapat baca iklan yang anda dah paparkan kerana mungkin mereka terima beratus lagi paparan lain dan paparan anda tenggelam begitu saja.

Oleh itu saya cadangkan jangan lupa juga buat iklan dengan gunakan fliers dan cetak banyak-banyak untuk diedarkan. Anda tak akan tahu mana satu yang berkesan dan mana satu yang kurang berkesan.

Cuba berbagai ayat yang berbeza

Saya dah terangkan bahawa jangan syok sendiri dengan tulis nama syarikat kita besar-besar pada awal ayat di dalam iklan. Sebaliknya buat ayat yang fokus pada pelanggan yang kita sasarkan.

Kalau kita jual ubat kencing manis, ayat berkenaan pesakit kencing manis yang perlu diberikan tumpuan. Kalau anda buat perniagaan tentang business coaching, maka ayat berkenaan orang yang nak majukan atau nak pulihkan perniagaan mereka mesti ada pada tempat paling awal iklan.

Cuma satu yang penting untuk anda sedar bahawa, perrubahan sedikit saja pada ayat boleh memberikan kesan yang besar. Dan anda tak tahu ayat mana yang sebenarnya lebih power.

Untuk itu, samada buat fliers atau iklan pada FB, cuba dengan konsisten satu ayat dan kekalkan ayat yang sama untuk satu jangka masa yang sesuai.

Contohnya, jika anda guna ayat,

“baru dapat tahu anda kena kencing manis…?”

Gunakan ayat itu dan kekalkan begitu sehingga anda dapat kutip data terlebih dahulu.

Katakan anda buat blasting dalam FB sehari 5 kali selama 100 hari, ertinya anda dah paparkan sebanyak 500 iklan dalam FB. Selepas itu jangan lupa catitkan berapa banyak respon yang anda dapat.

Begitu juga jika anda buat fliers sebanyak 5000 keping dan diedarkan di lokasi sasaran anda. Pastikan respon yang anda dapat dicatitkan berapa banyak.

Tukar ayat lain pula dan catit respon

Bila dah dapat respon dari ayat yang sama, ambil masa bertenang untuk sedikit tempoh dan kemudiannya buat satu lagi edaran fliers atau iklan di FB dengan jumlah yang sama seperti sebelum ini.

Kali ini anda perlu tukar ayat lain lupa. Buat sedikit perubahan pada ayat seperti,

“Rasa risau sebab ada penyakit kencing manis…?”

Gunakan ayat yang diubah sedikit itu dan buat satu lagi pengedaran semua fliers atau iklan di FB anda. Sama juga seperti sebelum ini, jangan lupa ambil catitan respon yang anda dapat.

Paling baik adalah dengan menggunakan nobor telefon lain pula, atau medium respon lain yang tak sama dengan sebelum ini. Ini untuk pastikan anda dapat tahu mana satu iklan yang membuatkan pelanggan sasaran anda buat panggilan. Yang pertama tadi atau yang kedua.

Bandingkan respon iklan yang berbeza

Perkara penting yang nak saya sampaikan di sini adalah “ukur”. Pastikan anda sentiasa ukur pencapaian terhadap apa saja yang anda lakukan dalam aktiviti pemasaran.

Jika didapati ayat pertama jauh lebih tinggi responnya, maka aktiviti iklan selepas ini pastikan anda gunakan ayat yang pertama dan tambahkan lagi jumlahnya.

Kalau fliers sebelum ini ada buat dan cetak serta edarkan sebanyak 5000 keping, buat pula 10,000 keping dan edarkan. Apa nak takut sebab anda dah ukur sebelum ini, iklan itu paling bagus antara dua ayat yang dah dicuba tadi.

Ok! harap anda dapat faham sekarang apa yang naks aya kongsikan di sini. Mudah saja bukan?

Rasanya ramai dah tahu cara ini. Dan ramai yang tahu kepentingan mengukur segala aktiviti kita untuk membuat pembaikan dalam apa saja perkara yang kita usahakan.

Cuma masalahnya walaupun ramai yang tahu, tapi mereka tak buat. Mereka tak catit, dan tak ada satu cara yang sistematik untuk mengukur respon aktiviti pemasaran mereka.

Moga kita dapat amalkan tip ringkas yang kacang ini… walaupun kacang, tapi insyaallah kalau dilakukan sebaik mungkin anda akan nampak kesannya. Selamat mencuba

Total
15
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

7 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge