Reading Glasses On Book With Hot Tea DrinkAda soalan daripada pembaca sebelum ini bertanyakan samada sesuai atau tidak untuk berhenti kerja dan berniaga ketika keadaan ekonomi meleset sedang melanda negara.

Ia adalah rentetan daripada artikel sebelum ini yang bertajuk, ‘ Apa yang anda perlu buat jika ekonomi meleset, bisnes teruk ‘.

Kalau tak baca lagi artikel tersebut boleh pergi baca sekarang dengan klik di sini.

Saya ada kongsikan persoalan yang sama untuk dibahaskan oleh ahli di dalam Group Kelab Usahawan Hidup Ringkas di Facebook yang telah saya tubuhkan baru-baru ini.

Ada berbagai pendapat yang telah dikongsikan. Masing-masing dengan hujah mereka yang tersendiri yang sudah tentu ada pro dan kontra nya.

Buang pelanggan untuk hadapi ekonomi meleset

Sebenarnya, dalam artikel lalu, yang saya sebut di atas itu ada diselitkan tips bagaimana nak buat kalau anda mahu mula berniaga ketika zaman ekonomi meleset.

Ia ada dalam strategi yang telah saya lakukan untuk hadapi zaman kemelesetan ekonomi, iaitu dengan membuang pelanggan yang ada.

Dalam artikel tersebut, saya tak terangkan alasan logik kenapa perlu dibuang pelanggan sebagai persediaan untuk menghadapi zaman ekonomi meleset.

Jadi, kali ini saya akan terangkan kenapa.

Siapa pelanggan anda ?

Sebelum diterangkan logik kenapa saya terlaksa buang pelanggan sebagai strategi menghadapi ekonomi meleset, biar dijelaskan terlebih dahulu soalan kepada

” siapa sebenarnya pelanggan dalam perniagaan anda ?

Anda tentu pernah dengar ayat ” The customer is always right !

Itu ayat popular yang hampir semua usahawan hafal dan cuba lakukan dengan sebaik mungkin bagi memenuhi maksud ayat.

Tapi malangnya ramai yang salah tafsir.

Bukan semua orang adalah pelanggan kita, oleh itu jangan anggap ayat itu membawa maksud bahawa ‘semua orang sentiasa betul ! ‘.

Pening kepala dibuatnya kalau kita cuba penuhi permintaan semua orang.

Akibat daripada salah tafsir ayat itu, ada usahawan yang layan apa saja permintaan pelanggan yang datang kepada mereka.

Contoh silap faham terhadap siapa pelanggan

Saya kenal seorang usahawan yang buat perniagaan Western Food.

Makanannya sedap boleh tahan.

Tetapi dalam menunya ada terselit Nasi Goreng dan juga beberapa makanan lain yang tak masuk dalam senarai Western Food.

Saya tanya padanya kenapa ada terselit makanan Melayu pulak sedangkan dia mahu fokus pada menu Western Food ?

Jawapannya mudah dan logik.

“Sebab ada pelanggan yang datang nak makan di kedainya minta nasi goreng ! “

Saya garu kepala sebab terfkirkan jika 100 orang datang minta menu yang berbeza, apakah dia akan mula sediakan kesemua makanan itu dalam senarai menu makanan di restorannya selepas ini ?

Kawan saya itu buat begitu, dengan melayan semua permintaan orang yang datang, sebab dia tidak jelas apa makna pelanggan untuk perniagaannya.

Pastikan anda jelas siapa pelanggan sasaran

Kita perlu sentiasa ingat !

Bukan semua orang adalah pelanggan kita.

Kalau kita jual makanan western, maka pastikan mereka yang datang sebab nak makan western food.

Pastikan kita hanya layan mereka yang nak makan western food sahaja. Kalau nak makan makanan Melayu atau Cina atau Jepun, sila pergi ke tempat lain. Itu bukan pelanggan kita.

Untuk elakkan diri dari salah faham dengan ayat pelanggan sentiasa betul, maka anda perlu jelas terlebih dahulu dengan mengenal pasti siapakah pelanggan yang anda sasarkan.

Bila dah jelas dan terang, maka layan dan puaskan hati jenis pelanggan yang anda tetapkan itu sahaja.

Yang selain daripada itu, pastikan mereka tak perlu datang.

Sebab itu persembahan kedai atau website yang kita ada amat penting sebagai komunikasi awal memberitahu siapa yang kita alu-alukan.

Kaitan pelanggan sasaran dengan ekonomi meleset

Anda tentu bertanya apa pulak kena mengena tajuk artikel ini dengan pelanggan sasaran?

Memang ada hubung kait yang rapat sebenarnya dalam menentukan kejayaan sesebuah perniagaan.

Tak kira samada anda jalankan perniagaan ketika zaman ekonomi tengah meletup atau ketika ekonomi sedang meleset.

Seandainya usahawan itu jelas dan terang dengan siapa pelanggan yang disasarkannya, maka berniagalah dalam zaman manapun, tak akan ada masalah.

Masalah akan timbul bila pelanggan yang disasarkan tidak ditetapkan terlebih dahulu.

Usahawan akan mencuba nasib melakukan berbagai pendekatan yang akhirnya hanya akan merosakkan konsep perniagaan atau model perniagaan yang mahu dibinanya.

Oleh kerana hampir semua usahawan bermula dengan kekangan sumber kewangan yang amat terhad, maka kesilapan sebegitu akan banyak membazirkan sumber kewangan.

Takut-takut perniagaan mati sebelum sempat membuahkan keuntungan.

Bagaimana nak berniaga ketika ekonomi meleset

Macam yang saya katakan di atas. Semuanya mesti dimulakan dengan menentukan terlebih dahulu siapa pelanggan sasaran anda.

Itu perkara paling asas yang perlu dilakukan jika anda mahu mula berniaga dalam zaman ekonomi meleset.

Jika anda dah jelas siapa yang disasarkan, tanya soalan kedua,

“Adakah pelanggan yang disasarkan itu akan berjimat cermat berhenti berbelanja untuk mendapatkan tawaran dari perniagaan anda dalam keadaan ekonomi meleset?”

Biasanya jika produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan adalah satu keperluan, maka samada ekonomi meleset atau tdak, ia tetap laku.

Seandainya produk atau tawaran anda hanya sekadar satu keinginan dan bukan keperluan, maka besar kemungkinan keadaan ekonomi yang meleset membuatkan perniagaan anda suram.

Jadi, fikirkan satu tawaran produk atau perkhidmatan yang menjadi keperluan dan bukannya hanya sekadar satu keinginan kalau anda nak mula berniaga dalam keadaan ekonomi merosot.

Keinginan atau keperluan bergantung kepada demografik pelanggan yang anda sasarkan.

Sebab itu telah saya jelaskan di atas tadi bahawa perkara asas adalah kenal pasti siapa pelanggan yang anda sasarkan terlebih dahulu.

Tambahan ketika ekonomi meleset

Jika anda dah pastikan kedua-dua pendekatan yang saya sebutkan di atas, perlu ditambah satu lagi pendekatan terhadap mengenal pasti siapa pelanggan anda.

Kaedahnya amat mudah,

  • Pelanggan anda adalah mereka yang jarang persoalkan tentang harga dan mereka jarang merungut dengan produk atau perkhidmatan anda.
  • Mereka yang sentiasa tekan nak harga murah dan sering kritik dan merungut itu dan ini terhadap produk dan perkhidmatan anda, sila abaikan sahaja golongan itu kerana mereka bukanlah pelanggan anda.

Dari kaedah di atas, anda akan buat satu lagi tapisan pelanggan yang betul-betul perlu dilayan seumpama raja.

Pelanggan jenis itulah sebenarnya yang masuk dalam kategori saranan ayat

“Pelanggan sentiasa betul !”

Jika anda perhatikan segala catitan untung dan rugi, pelanggan jenis itulah yang memberikan keuntungan paling besar melebihi kesemua para pelanggan lain dalam perniagaan.

Maka sebab itulah berdasarkan faktor tersebut, saya akan senaraikan kesemua pelanggan yang ada, lihat sumbangan mereka terhadap untung dan rugi perniagaan.

Kemudiannya dengan tidak ada rasa sayang, akan dibuang semueapelanggan yang tidak mendatangkan keuntungan dalam perniagaan.

Biasanya, jika disenaraikan kesemua pelanggan yang anda ada, hanya 20% sahaja daripada kesemua mereka yang menyumbang 80% daripada keuntungan perniagaan anda.

Jadi apa nak risau?

Jika anda buang 80% daripada pelanggan yang ada sekarang, hanya 20% daripada keuntungan sahaja akan berkurangan.

Sedangkan anda dapat mengurangkan kos, masa, bebanan, stress dan segala bagai dengan banyak sekali dengan membuang 80% daripada pelanggan tersebut.

Masa dan sumber yang ada boleh disalurkan pada pelanggan sebenar yang 20% itu.

Mereka akan lebih berpuas hati dan akan membawa jenis pelanggan yang sama macam mereka pada perniagaan anda.

Maka dari situ terjawablah persoalan kenapa saya buang pelanggan untuk menghadapi ekonomi meleset.

Sebenarnya, saya hanya membuat perkara yang wajib dibuat oleh semua perniagaan tak kira zaman mewah atau zaman merosot.

Kenal pasti siapa sebenarnya pelanggan sasaran anda !

Total
44
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

9 comments

  1. oh baru faham.konfius sangat dengan ayat “customer alway right” ni kadang-kadang kalau asyik ikutkan kehendak pelanggan tertekan rasanya dan hidup x bahagia.Macam-macam karena pelanggan yang pelik2.
    btw thanks for this info..

  2. assalamualaikum Tuan Shubhi … saya ingin memulakan perniagaan western food , menu saya cuma ada 8 jenis , harga 8 ringgit ke 15 ringgit , tak banyak untung, boleh ke berniaga mcm ni ?
    sekian
    terima kasih

  3. kaedah dan method untuk berniaga walau apa jua keadaan sekalipun..lebi2 lagi ekonomi tengah down..terima kasih atas perkongsian yang menarik dari Tuan Shubhi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge