Jika anda seorang usahawan, anda merupakan seorang boss. Begitu juga jika anda seorang suami, atau seorang pengurus atau apa-apa saja yang membuatkan anda mengetuai sekurang-kurangnya satu orang di bawah.

Satu perkara penting yang anda perlu tanya pada diri sendiri adalah,

Adakah anda seorang boss yang dibenci oleh orang di bawah?

Tak ada keseronokan hidup bersama dengan orang yang membenci diri kita. Apatah lagi jika orang yang membenci itu merupakan mereka yang perlu sentiasa bersama dengan kita dalam melaksanakan kerja atau apa-apa urusan penting.

Kenapa anda jadi boss yang dibenci

Secara ringkasnya, orang bawah membenci seorang boss apabila dia berkelakuan seperti seorang boss. Maksud saya kelakuan seorang boss yang orang biasa anggap betul.

Apa anggapan orang biasa terhadap seorang boss?

Kebiasaannya orang anggap bos kerjanya hanya berikan arahan untuk melaksanakan apa saja idea. Malah idea juga dia yang berikan tanpa mengambil kira idea orang lain.

Selepas beri arahan itu dan ini, dia tinggalkan orang bawahnya untuk melaksanakan segala idea tersebut. Dalam masa-masa tertentu secara rutin dia akan datang memeriksa perjalanan terhadap perlaksanaan ideanya.

Ketika memeriksa perkembangan, dia akan buat dua perkara. Kalau dilaksanakan dengan tidak baik, dia akan mengamuk marah-marah dan membuat berbagai ugutan.

Kalau perlaksanaan idea tersebut berjalan baik, dia tak akan memuji, malah berusaha mencari jalan untuk merendahkan hasil perlaksanaan itu. Dia menunjukkan rasa tak puas hatinya walau sehebat mana sekalipun perlaksanaan kerja telah dilakukan oleh orang bawahnya.

Kita boleh ringkaskan bahawa anda seorang boss yang dibenci jika anda hanya setakat beri arahan, beri idea dan kemudiannya lesap.

Bagaimana mengelak dari menjadi boss yang dibenci

Untuk elakkan diri anda daripada menjadi seorang boss yang dibenci, anda mesti bertindak menjadi seorang boss yang betul.

Apakah cara betul untuk menjadi seorang boss?

Boss yang betul kerjanya adalah membantu orang bawah melaksanakan segala idea yang telah disepakati. Idea pula dijana daripada aktiviti perbincangan yang positif.

Aktiviti perbincangan yang positif boleh digarap dalam sebuah mesyuarat yang mana boss akan memberikan pendapatnya atau ideanya pada giliran yang paling akhir sekali dalam perbincangan.

Itupun setelah mengambil kira segala idea yang diberikan oleh orang bawah dan boss akan tekankan bahawa ideanya itu adalah hasil daripada input semua orang lain dan bukan idea originalnya.

Boss yang betul tak kisah kalau ideanya tak bagus. Boss yang betul lebih suka jika idea orang bawahnya lebih baik daripada ideanya sendiri. Dia tak perlu ambil kredit daripada idea itu dan akan terangan nyatakan itu adalah idea orang bawahnya.

Bagaimana boss membantu perlaksanaan idea

Membantu perlaksanaan idea bukan dengan sekadar ambil tahu perkembangan dan kemudiannya kritik. Sebaliknya turut serta dalam aktiviti perlaksanaan idea dengan memberikan sumbangan tenaga dan masa.

Boss yang baik akan turun bawah kotorkan tangannya bila perlu untuk membantu orang bawahnya melakukan tugasan dengan lebih baik.

Segala kelemahan orang bawah akan dipimpin. Segala kelebihan orang bawah akan ditonjolkan dan berikan semangat dan galakan yang memberansangkan.

Boss yang baik akan sentiasa ada untuk pastikan apa saja keperluan orang bawah dipenuhi. Bukannya hanya beri arahan itu dan ini dan semuanya perlu dilakukan oleh orang bawah sedangkan dia tahu orang bawahnya dah tak cukup tangan dan masa.

Kita boleh ringkaskan bahawa boss yang disayangi merupakan orang yang sentiasa membantu agar orang bawahnya mampu menjalankan kerja dengan sebaik mungkin. Ingat! membantu!, bukannya mengarah !!!.

Moga artikel ringkas ini memberikan peringatan pada saya dan anda semua agar sentiasa elakkan diri daripada menjadi seorang boss yang dibenci.

Total
11
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

3 comments

  1. Allah selamatkan bos.. Allah murahkan rezeki bos.. Allah panjankan umur bos.., bos… terimakasih bos… (sedutan cerita P. Ramlee, hehehe)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge