Erti kualiti dalam perniagaanJika anda sedang berniaga, pernahkah terlintas dalam kepala apa makna tawaran berkualiti dalam perniagaan yang sedang anda jalankan sekarang?

Bila sebut perkataan kualiti apa yang kita faham? Biasanya kita akan ambil faham kualiti itu dengan perkara baik, bermutu tinggi, barangan hebat dan lain-lain lagi seumpamanya.

Lalu kita ambil rasa, kita faham bahawa perniagaan yang dijalankan perlu menghasilkan produk yang baik dah hebat untuk diberikan pada pelanggan.

Ramai yang keliru dengan makna tawaran berkualiti

Pemahaman itu nampak macam jelas dan mudah, tapi macam mana nak diterjemahkan barangan atau perkhidmatan yang perniagaan kita tawarkan para pelanggan itu berkualiti?

Apakah kita perlu bandingkan dengan produk orang lain atau pesaing?

Apakah kita perlu bandingkan dengan produk alternatif?

Apakah perlu kita bandingkan dengan harga?

Dengan beberapa soalan di atas, nampaknya bukan mudah nak terjemahkan bahawa tawaran kita berkualiti. Jika kita landaskan kualiti dengan membandingkan produk atau perkhidmatan dengan pesaing atau pilihan alternatif, maka sudah tentu ada saja yang tak kena.

Semuanya jadi serba salah dan ahirnya kita sesat dan buntu kerana ada saja yang tak kena dalam perniagaan yang kita lakukan sekarang. Ada saja aduan tak puas hati dari pelanggan dan setiap aduan nampaknya berbeza-beza…last sekali kita pening!.

Permudahkan makna tawaran berkualiti

Sebenarnya semua persoalan tentang kualiti akan mudah ditangani jika kita ringkaskan pemahaman terhadap makna tawaran berkualiti.

Oleh itu mari saya bantu sedikit dalam memberikan penjelasan mudah terhadap makna tawaran berkualiti dengan formula ringkas di bawah:

Kualiti = (Apa yang anda tunaikan) – (Apa yang anda janjikan)

Ya! mudah saja makna kualiti di atas. Kualiti tidak bermaksud teknologi terkini. Kualiti bukan bermaksud lebih bagus daripada produk atau perkhidmatan pesaing.

Kualiti juga bukannya bermaksud produk anda sekarang lebih hebat dari sebelumnya, buakn!, bukan!, tak ada kena mengena dengan semua itu.

Walau apapun yang anda jual, walau apapun yang anda tawarkan, yang menentukan samada ianya berkualiti atau tidak adalah pelanggan.

Dan pelanggan akan merujuk produk anda pada janji yang telah diberikan padanya. Bila dia dah faham apa yang dia akan dapat, lalu bersetuju untuk keluarkan duit bagi mendapatkan apa yang anda janjikan, maka sebaik saja dia menerima barang atau khidmat dari anda dia akan mula bandingkan formula yang saya berikan di atas.

Faham makna tawaran berkualiti membuatkan anda tak buat janji yang tak mampu ditunaikan

Oleh itu berwaspadalah setiap kali anda berikan janji pada pelanggan.

Jangan janji sesuatu yang anda tak dapat penuhi.

Jangan juga janji pada perkara yang anda tak dapat kawal.

Walaupun produk atau tawaran anda paling canggih dan tak ada langsung pesaing yang dapat tiru, jika anda janji lebih-lebih dan tak dapat tunaikan….produk anda sebenarnya tak berkualiti langsung!

Begitu juga jika produk anda ketinggalan zaman, bukan dari teknologi terkini dan bukannya hebat berbanding orang lain dan ramai lagi pesaing lain menawarkan produk sama, jika anda tak janj lebih-lebih dan pelanggan puas hati kerana mendapat apa yang anda janjikan…produk anda berkualiti.

Makna tawaran berkualiti hebat!

Bila anda berjanji tanpa berbohong, bila anda janji apa yang mampu dilakukan, bila anda sentiasa konsisten dengan barangan anda..kemudiannya bila anda tunaikan lebih sedikit saja daripada apa yang dijanjikan, maka pelanggan akan terkejut dan terus merasakan bahawa tawaran perniagaan anda memang berkualiti tinggi! (sumber gambar)

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

1 comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge