Apa yang orang tak pernah berniaga tak nampakJika anda tak pernah berniaga, tak pernah ada pengalaman melalui proses membina satu perniagaan, ada banyak perkara yang sebenarnya anda tak nampak berlaku dalam sesebuah perniagaan.

Kebiasaannya orang yang tak ada pengalaman dalam menjalankan sesuatu perniagaan hanya nampak sebahagian kecil sahaja aktiviti yang berlaku di dalam dunia menjalankan perniagaan.

Nampak yang dimaksudkan di sini adalah jika seseorang itu memikirkan tentang sesuatu idea perniagaan, orang yang pernah berniaga dan berpengalaman akan nampak banyak perkara yang perlu dilaksanakan secara lebih terperinci.

Sebaliknya, orang yang tak pernah berniaga tak akan nampak sebagaimana yang sepatutnya. Proses yang orang tak pernah berniaga nampak kebiasannya hanyalah:

ada produk —> jual produk —>dapat untungĀ 

Apa yang orang tak pernah berniaga tak nampak

Sebenarnya ada banyak lagi perkara penting yang berlaku untuk mengubungkan ketiga-tiga proses yang disebutkan di atas. Secara mudahnya, orang yang tak pernah berniaga tak akan nampak proses sebelum adanya produk dan bagaimana nak adakannya.

Orang yang tak pernah berniaga juga tak nampak bila dah ada produk, ianya perlu diuruskan dengan baik sehinggalah kesemua produk tersebut dijual kepada para pelanggan.

Orang yang tak pernah berniaga juga tak akan nampak jelas selepas menjual produk pada pelanggan bagaimana nak pastikan bayaran diterima dan hasil keuntungan adalah mencukupi untuk menjalankan kesemua operasi dan pengurusan serta pemasaran dan seterusnya digunakan semula hasil keuntungan tersebut untuk proses pembaikan syarikat.

Apa yang orang tak pernah berniaga perlu tahu

Untuk memudahkan mereka yang tak pernah berniaga tetapi ada hasrat untuk menjadi usahawan, berikut saya kongsikan petua mudah bagaimana anda boleh memikirkan secara betul setiap kali mahu melaksanakan idea perniagaan yang terlintas di kepala anda.

Secara asasnya, setiap perniagaan mesti ada 4 perkara asas di bawah:

  1. Pengurusan sumber manusia. Anda perlu fikirkan siapa orang yang akan menguruskan setiap peringkat proses perniagaan yang nak dijalankan. Anda juga perlu kenal pasti kriteria yang sesuai sebelum melantik seseorang itu menjalankan tugas mereka. Jangan berikan tugasan pada orang yang bukan ahlinya.
  2. Pengurusan operasi. Fikirkan bagaimana pengurusan operasi akan dijalankan. Jika anda ada produk, bagaimana produk itu bergerak daripada sumbernya sehingga sampai ke tangan pengguna. Buat carta dan kenal pasti apakah persediaan serta peralatan dan kemudahan yang diperlukan agar produk sampai ke tangan pengguna dengan baik.
  3. Pegurusan pemasaran. Fikirkan juga bagaimana orang yang menjadi sasaran anda berada dan bagaimana maklumat tentang perniagaan anda dapat sampai ke pengetahuan mereka. Anda perlu bijak menarik perhatian mereka kerana semua orang sibuk dengan urusan dunia masing-masing.
  4. Pegurusan kewangan. Fikirkan berapa kos yang diperlukan bagi melaksanakan kesemua urusan yang tersebut di atas tadi dan dari mana anda boleh dapatkannya. Fikirkan juga bagaimana untuk pastikan setiap jualan yang dibuat ada pembayaran dan pembayaran dibuat tepat pada masanya.

Semua yang disenaraikan di atas tadi perlu diconteng atas kertas atau white board agar anda boleh melihatnya dengan jelas. Sudah tentu ianya tidak akan sempurna 100%, tetapi sekurang-kurangnya anda tidak akan dikejutkan dengan perkara yang tidak disangka-sangka sehingga membuatkan anda diserang strok.

Demikianlah sedikit perkongsian ringkas untuk anda yang tak pernah berniaga fikirkan setiap kali adanya idea nak jalankan perniagaan. Jangan terlalu merahsiakan idea anda sehingga takut berkongsi dengan orang lain (takut dicuri ideanya) dan akhirnya anda tak dapat ilmu yang secukupnya untuk berjaya.

Total
3
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

5 comments

  1. perkara yang dlm artikel di atas adalah dlm teori shj….satu lagi benda yang orang tak pernah beniaga tak nampak adalah hal berkaitan dengan sihir dlm perniagaan. jangan ingat melayu shj yang guna…..dlm bab bisnes ni semua bangsa: cina, india ….guna sihir. mula2 buka restoran ok, tapi bila pelanggan dah mula ramai, waktu tu lah akan kena kacau dgn syaitan. perkara mcm ni boleh berlaku bkn bermakna di dengki oleh orang shj, tp pelaris dari bomoh yang di guna oleh kedai berhampiran yg punya angkara. kalu nk senang berniaga, anda pun kena guna bomoh…tapi syirik beb…dosa besar….hidup dunia kaya. tapi akhirat sengsara….tpk dada tanya iman…sekian

    1. perkara yang dlm artikel di atas adalah dlm teori shj….satu lagi benda yang orang tak pernah beniaga tak nampak adalah hal berkaitan dengan sihir dlm perniagaan. jangan ingat melayu shj yang guna…..dlm bab bisnes ni semua bangsa: cina, india ….guna sihir. mula2 buka restoran ok, tapi bila pelanggan dah mula ramai, waktu tu lah akan kena kacau dgn syaitan. perkara mcm ni boleh berlaku bkn bermakna di dengki oleh orang shj, tp pelaris dari bomoh yang di guna oleh kedai berhampiran yg punya angkara. kalu nk senang berniaga, anda pun kena guna bomoh…tapi syirik beb…dosa besar….hidup dunia kaya. tapi akhirat sengsara….tpk dada tanya iman…sekian

      1. sihir memang ada, tapi jangan apa saja tak kena sihir dirujuk dahulu, adalah seribu satu masalah lain dalam perniagaan selain dari sihir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge