Jaga hati pekerjaKejayaan sesebuah perniagaan banyak bergantung pada produktiviti pekerja. Tidak ada syarikat yang berjaya jika tidak ada bantuan, komitmen dan kesungguhan para pekerja mereka.

Walau sehebat manapun prosedur atau sistem yang kita rangka bagi menjalankan sesebuah perniagaan, selagi kita masih menggunakan manusia, semua sistem atau strategi yang ada bergantung pada sikap manusia itu sendiri.

Pekerja adalah manusia biasa. Sikap manusia pula banyak bergantung pada perasaan mereka. Jika mereka selesa, perasaan mereka rasa bahagia atau puas, maka hasil kerja mereka secara sendirinya akan menjadi baik.

Sebaliknya, jika kita tak pandai jaga perasaan pekerja, mereka rasa tak selesa dan tak puas, buatlah apapun strategi atau sistem. Kesemua itu akan menjadi sia-sia.

Kisah kilang yang mahu tingkatkan produktiviti pekerja

Saya ada baca kisah yang diceritakan oleh seorang Consultant pengurusan. Dia dianugerahkan tugasan bagi meningkatkan hasil keluaran sebuah syarikat perkilangan yang besar di luar negara.

Setelah beberapa lama mengkaji dan melihat serta menemuramah kesemua pekerja di sembilan buah kilang tersebut, dia membuat sedikit perubahan pada cara kilang itu beroperasi. Hasilnya pengeluaran kilang itu berjaya meningkat antara 9 % ke 15%.

Pihak pengurusan kilang berpuas hati dengan kejayaan itu dan mebuat bayaran padanya. Juruperunding dan kumpulanya berjaya memulihkan semula prestasi kilang tersebut.

Setelah beberapa lama, pihak pengurusan kilang menghubunginya semula. Mereka perlukan khidmatnya sekali lagi kerana hasil produktiviti kilang mula merosot semula. Malah kali ini lebih teruk lagi.

Kenapa produktiviti pekerja merosot semula

Setelah bertemu dengan pihak pengurusan kilang, perunding bertanyakan beberapa soalan samada mereka melakukan apa-apa perubahan pada cara kerja atau situasi kilang.

Ternyata tiada apa-apa perubahan yang dilakukan sejak perunding itu melakukan sedikit perubahan dulu. Semua kekal seperti biasa.

Bila ditanya bila kali terakhir pihak pengurusan turun ke bawah untuk melihat keadaan para pekerja mereka, sebagaimana yang dah di duga oleh perunding, mereka turun kali akhir adalah pada sembilan bulan yang lampau.

Sebenarnya itulah masalah yang dihadapi oleh syarikat pengeluaran tersebut. Pihak pengurusan melayan para pekerja mereka seperti robot yang tak punya perasaan.

Perunding menerangkan bahawa produktiviti meningkat ketika mereka turun melakukan rombakan bukan atas sebab sistem atau starategi yang diubah.

Sebaliknya banyak disebabkan oleh aktiviti para perunding yang turun ke bawah bertemu dengan hampir kesemua pekerja dan berkomunikasi dengan para pekerja. Itu membuatkan pekerja rasa dihargai.

Bila mereka rasa dihargai, pekerja gembira dan bila mereka gembira, kerja mereka secara automatik berkualiti. Itulah yang tak difahami oleh pengurusan.

Tingkatkan produktiviti pekerja anda dengan sering berkomunikasi dan ambil tahu hal mereka

Oleh itu, jika anda ada pekerja dan mahu kealkan prestasi para pekerja jangan lupa untuk bina satu platform bersama dengan mereka secara konsisten.

Anda  mungkin boleh laksanakan satu sistem mentor mentee sesama para pekerja di berbagai peringkat atau anda juga boleh laksanakan sistem coaching antara pihak pengurusan dengan pihak bawahan.

Apa yang penting, anda tidak akan tingkatkan prosuktiviti pekerja jika jarang-jarang dengar suara mereka. Moga para usahawan yang berjaya jangan asyik uruskan kekayan anda sahaja. Uruskan juga hati perasaan para pekerja.

 

Total
4
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

6 comments

  1. Saya sudah apply sikit-sikit tips yang tuan sarankan, dulu saya selalu marah-marah pada pekerja sebab masalah perangai. akhirnya bikin kita panas 1 hari. kerja pun jadi tak ok.

    tapi sekarang banyak yang saya sudah RINGKASkan.. cara berfikir dan cara bekerja.. Alhamdulillah senang..hati pun lapang. pekerja pun dah semakin ok. yang ada masalah sudah berhenti. yang menyesal berhenti pun ada. haha..yang tinggal seronok bekerja..sale pun ada peningkatan.

  2. Bagus perkongsian saudara ni..agak2 kalau diimplement di sektor awam boleh bantu meningkatkan produktiviti kakitangan awam tak..apa yang berlaku di tempat saya bekerja..bos besar jarang turun padang kecuali ada event besar..mungkin staff rasa terbiar..dan rasa dia buat keje suam2 kuku ke bersungguh ke xde bezanya pada orang atas..

    Nak Jana Pendapatan Tambahan?
    zara recently posted…Petua Sembuhkan Demam DenggiMy Profile

  3. salam tuan…apa habaq…harapnya dalam keadaan sihat sejahtera. alhamdulillah banyak tips yg diperolehi di sini dan saya sendiri sebagai salah seorang usahawan, sentiasa kagum dengan banyaknya ilmu yg tuan kongsikan di sini.

    ada satu persoalan yg berlegar di minda saya…iaitu berkaitan dengan gaji para pengarah. syarikat saya ni ada 3 pengarah dengan gaji tetap. syarikat punya sales utk tahun lepas ialah 5.2 juta ringgit dan tahun ini dijangka akan berkurangan sedikit atau meningkat sedikit. bergantung dapa tender yg tengah kami bid skrg ni.

    base on sales 5.5 million, revenue 1.1 juta dan profit before tax ialah 290k, berapa agaknya gaji, bonus dan dividen yg patut kami ambil. nak jugak dok rumah bunglow dan pakai kereta merc tapi nak la dapat semua tu pada masa yg sesuai. bukan simply2 jer…tul tak?

    1. Tajuk berapa owner syarikat patut ambil gaji dan bonus serta dividen memang tajuk hangat yang tak ada kata putus. Asasnya senang saja, ambil ikut suka berapa kita mahu sebab itu syarikat kita.

      Jika kita ambil pendekatan ikut suka, dalam kes tuan perlulah persetujuan kesemua pengarah yang ada. Ertinya jika semua setuju dengan jumlah yang ditetapkan , itulah jumlah yang sesuai.

      Tapi kita perlu pertimbangkan juga implikasi terhadap cukai, keuntungan syarikat sendiri untuk meneruskan operasi dalam kegawatan atau membuat Business Development dll.

      Saya punya cara senang saja, gaji ikut jawatan dan sumbangan. Walaupun rakan kongsi, tapi jawatan adalah pengarah operasi sahaja, tak sepatutnya ambil lebih daripada pengarah urusan.

      Jumlah gaji pula akan ditentukan agar jumlah pembayaran cukai adalah minimum jika digabungkan gaji dan pendapatan syarikat. Kena duduk dapatkan nasihat auditor atau tax advisor untuk tahu jumlah tersebut.

      Bab keselesaan hidup seperti kereta, makan minum, jalan-jalan, belanja orang, keluarga, rakan dan lain-lain, syarikat yang tanggung. Kalau boleh semuanya tanggungan syarikat termasuklah rumah penginapan (tapi ada pro dan contra cara ini).

      Sebab utamanya adalah untuk belanja dulu semua pendapatan, dan bakinya baru dikira untuk cukai. Kalau kita ambil gaji banyak-banyak untuk sara gaya hidup kita, kita kena bayar tax dulu, baki baru boleh dibelanjakan…. Wallahualam.

      Insyaallah saya cuba buat sedikit research dan tulis tentang tajuk ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge