imgRunningTimer2Ini satu idea bagaimana anda dapat melonjakkan perniagaan yang sedang dijalankan dengan menggunakan faktor masa sebagai tema pembaharuan.

‘Masa itu emas’, semua orang kenal dengan ayat ini. Tapi bagaimana kita gunakan masa itu sebagai salah satu perkara penting dalam melonjakkan perniagaan kita?

Kalau anda pernah ikuti salah satu daripada bengkel perniagaan yang saya anjurkan, anda tentu ingat saya telah kongsikan berkenaan dengan takrifan matawang di dalam dunia perniagaan.

Kalau tak ingat saya ulang kat bawah ini apakah yang dikatakan sebagai matawang:

  1. Sumber berharga. Contohnya seperti emas, kemahiran, makanan, dan lain-lain seumpamanya
  2. Masa. Kita ada 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun, masa berlalu tiada gantinya.
  3. Fleksibiliti. Mempunyai pilihan yang luas atau kekangan yang minimum dalam membuat pilihan.

Anda boleh lihat bahawa ‘ masa ‘ adalah salah satu daripada sumber matawang yang amat bernilai dalam apa saja aktiviti seharian kita termasuklah dalam urusan perniagaan.

Namun begitu, terlalu sedikit daripada kita cuba menggunakan masa sebagai salah satu daripada tema untuk melonjakkan perniagaan yang sedang dijalankan.

Ukur masa untuk melonjakkan perniagaan

Untuk menggunakan masa sebagai tema melonjakkan perniagaan anda, anda perlu terlebih dahulu mengukur masa yang di ambil dalam setiap proses perniagaan.

Ertinya anda perlu buat terlebih dahulu carta aliran proses daripada mendapat pelanggan sehinggalah anda memenuhi permintaan daripada pelanggan. Mungkin ada 5 proses atau mungkin ada 10 proses.

Tulis satu persatu dan kenal pasti berapakah masa yang diambil dalam menjalankan aktiviti tersebut. Senaraikan satu persatu dan lihat senarai kerja yang paling memakan masa dalam keseluruhan proses.

Anda akan dapati bahawa biasanya ada 20% sahaja daripada proses atau kerja yang memakan masa lebih kurang 80% daripada keseluruhan masa menyiapkan seluruh aktiviti.

Jangan lupa juga untuk mengukur kos dalam bentuk RM yang diperlukan dalam melaksanakan setiap proses yang disenaraikan dalam carta aliran kerja. Anda juga akan dapati bahawa 20% daripada proses kerja menyumbang kepada 80% daripada keseluruhan kos.

Dan biasanya kos dalam bentuk RM ada hubungan yang amat rapat dengan masa yang diambil dalam menyiapkan proses tersebut.

Jadi, perkara penting di sini adalah, jika anda dapat kurangkan separuh daripada masa yang diambil dalam menyiapkan proses, sudah tentu anda dapat menjimatkan lebih dari separuh daripada kos keseluruhan!.

Melonjakkan perniagaan dengan kepuasan pelanggan

Selepas kenal pasti proses-proses yang makan masa, dan nekad untuk kurangkan masa tersebut kepada separuh, tanya pula soalan ini…

” apakah pelanggan akan suka jika masa untuk melakukan proses ini dikurangkan kepada separuh?”

Jika jawapannya adalah ya!, jangan tunggu lagi dan mula fikirkan bagaimana segalanya dapat disusun agar masa yang diambil untuk melaksanakan proses tersebut dapat dikurangkan kepada separuh.

Biasanya jika anda kurangkan masa, pelanggan akan suka.

Contohnya…

Jika anda seorang peniaga kedai makan. Pernahkan anda ukur berapakah masa yang diambil daripada pelanggan mula masuk dan duduk di meja makan sehingga pelayan di kedai anda datang dan membuat tempahan minuman dan makanan?

Kalau selama ini anda ambil masa 10 minit untuk proses itu, bayangkan jika anda kurangkannya kepada hanya 2 minit?

Begitu juga masa yang diambil untuk menyediakan makanan dan seterusnya menghantar makanan ke atas meja makan pelanggan. Jika dikurangkan daripada 30 minit menjadi 10 minit, sudah tentu pelanggan akan bangun dan memeluk tokeh kedai tersebut… dia amat gembira.

Jika kesemuanya berlaku dengan cekap, keseluruhan kerja menjadi pantas dan bersistem, pelanggan akan datang lebih ramai lagi dan pekerja anda dapat melayan pelanggan dengan lebih pantas dan pendapatan anda menjadi lebih tinggi…

Anda sebenarnya boleh naikkan sedikit dalam lingkungan 30% harga makanan dan minuman di kedai makan anda itu dan pelanggan tak kisah kerana semuanya cekap dan boleh dijangka waktunya.

Yang pentingnya jangan lupa sampaikan maklumat itu pada pelanggan melalui medium komunikasi yang jelas dan baik agar pelanggan yang harga masa tahu apa yang mereka mahu.. mungkin moto ini dapat membantu…

“Jika anda duduk lebih dari 5 minit tanpa dilayan… semua makan dan minuman anda adalah percuma!!!”

Mesej itu memberikan maklumat jelas bahawa kedai amakan anda cekap dan pantas… dan kalau itu yang mereka mahu sila datang dan mereka sebenarnya tak kisah bila anda buat apa yang anda janjikan dan makanan dan minuman anda mahal 30% daripada biasa.

Bayangkan betapa hebatnya kedai makan anda!, kos berkurangan sebab pantas buat kerja dan harga mahal pula sebab pelanggan suka… anda bakal jadi jutawan tak lama lagi… cubalah!

Total
16
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge