Very Neet Office Desk With laptop, Smartphone And NotebookApapun yang kita lakukan dalam hidup ini, fokus dan pengurusan diri amat penting untuk pastikan kejayaan datang kepada kita.

Keupayaan menguruskan diri dengan baik dan keupayaan untuk memberikan tumpuan pada kerja yang mahu dilaksanakan merupakan salah satu tabiat untuk berjaya yang perlu ada pada semua usahawan.

Tanda pengurusan diri yang tersasar

Cuba lihat bagaimana tempat anda bekerja. Adakah berselerak atau tersusun rapi?.

Lihat juga meja pejabat di mana anda duduk buat kerja sekarang, adakah tersusun rapi atau berselerak?

Ada banyak pejabat usahawan kecil dan sederhana yang saya lawat kucar kacir keadaannya.

Contohnya, ada banyak pejabat usahawan yang menjalankan perkhidmatan membaiki kenderaan berkeadaan seperti baru selesai kena bom tangan!.

Yang lebih menarik lagi adalah bila kita tanyakan apakah salah satu daripada kekuatan perniagaan atau perkhidmatan mereka, mereka akan menjawab dengan pantas… “KUALITI”.

Mereka dengan yakin merasakan kerja atau perkhidmatan atau produk mereka berkualiti tinggi berbanding dengan kerja orang lain.

Tapi melihatkan keadaan diri mereka, melihatkan keadaan tempat kerja mereka dan melihatkan keadaan meja tempat duduk mereka, saya merasa sangsi dengan kenyataan tersebut.

Tanam tabiat pengurusan diri yang baik

Untuk membolehkan anda fokus dalam kerja yang dilakukan, terlebih dahulu pengurusan diri hendaklah di baiki dan dimantapkan.

Berikut beberapa perkata penting yang anda mesti lakukan untuk tanam tabiat pengurusan diri yang baik.

  1. Kemaskan pejabat. Ini perkara utama yang perlu dilakukan terlebih dahulu. Saya ada tulis bagaimana nak kemaskan pejabat agar anda dapat suntikkan ciri-ciri hidup ringkas di sini.
  2. Kemaskan kedai atau pusat operasi anda. Sama juga dengan pejabat peribadi anda, kemaskan kedai atau keseluruhan pusat operasi di mana perniagaan anda dijalankan.
  3. Diary. Bagaimana anda catitkan tugasan penting yang perlu dilakukan. Dulu orang guna diary, sekarang ada banyak cara lain dengan gadget teknologi yang banyak. Apapun anda mesti sediakan satu alat bantuan untuk mengingatkan anda semua urusan penting kerana kita mudah lupa.
  4. Senaraikan tugasan utama. Selepas meja semua dah kemas tersusun, baru seronok nak buat kerja. Sekarang buat satu senarai tugasan utama anda. Tugasan yang anda perlu buat untuk memajukan perniagaan anda. Buat senarai dulu dan bertanya jika aku lakukannya adakah ia memberikan kesan besar kepada perniagaan aku. Jadikan senarai tugasan tersebut sebagai ‘master task list’ dan rujukan.
  5. Buat sistem filing. Bila tempat kerja dah tersusun rapi, jangan selerakannya lagi. Dari senarai tugasan penting yang disediakan tadi, bina satu sistem filing bahan atau dokumen dan lain-lain yang penting yang anda sering capai dan perlu merujuknya semula dengan kerap. Bina dan susun sistem filing agar pejabat dan meja tidak berselelerak lagi.
  6. Peruntukan masa untuk merancang. Buat satu jadual wajib untuk diri anda sendiri bagi merancang diri dan merancang perniagaan anda. Sediakan masa sekurang-kurangnya satu jam sehari untuk aktiviti tersebut secara tetap.
  7. Halang gangguan. Pastikan anda berikan mesej pada semua pekerja agar masa yang diperuntukkan untuk anda bersendirian merancang itu tidak diganggu walau apapun yang terjadi. Jika ada masalah, kumpulkan untuk dibincangkan pada masa lain yang akan ditetapkan kelak. Ajar para pekerja selesaikan masalah sendiri dan buat satu jadual tetap perjumpaan dengan pekerja untuk perbincangan masalah.
  8. Semak status. Masa yang anda peruntukan untuk diri sendiri perlu digunakan sebaik mungkin untuk menyemak status kemajuan tugasan yang anda senaraikan di ‘master task list’ tadi. Ubah atau potong mana-mana yang perlu. Masukkan dalam senarai bila ada keperluan lain muncul yang dapat membantu anda maju.

Demikianlah sedikit tips untuk pengurusan diri untuk anda amalkan kalau nak fokus dalam kerja atau perniagaan yang sedang anda lakukan sekarang.

Jangan berlagak sibuk berputar pergi dan balik ke sana-sini, atas dan bawah tapi akhirnya anda sendiri tak ingat apa yang anda telah lakukan.

Ramai yang nampak sibuk tak terhingga sampai tak berdunia dengan orang, tapi masih berada di tahap yang sama walaupun setelah bertahun-tahun berniaga.

Semuanya berpunca daripada tersasar dalam bab pengurusan diri dan hilang daya fokus untuk memajukan perniagaan.

Selagi anda rasa duduk sejam melihat senarai tugasan utama, menyemak status tugasan dan merancang adalah sesuatu yang tidak termasuk dalam senarai buat kerja, selagi itulah anda akan terus berlagak sibuk ke hulu dan ke hilir tanpa ada apa-apa perubahan dalam kehidupan.

Pengurusan diri bermula dengan menguruskan pejabat dan suasana kerja di sekeliling kita.

Selamat menguruskan diri, fokus dan tempah kejayaan !

Total
18
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge