Petua ringkas memaju dan membaiki perniagaan

By | 08/12/2012

Kenapa perniagaan orang barat maju?

Kenapa banyak perkara yang orang barat lakukan semakin lama semakin hebat?

Anda boleh mendapat jawapan kepada semua soalan di atas dengan mula ambil inisiatif membuat analisa terhadap perniagaan anda.

Buat analisa perniagaan

Untuk menganalisa perniagaan, anda perlukan data. Berikut saya berikan langkah-langkah yang perlu dilakukan:

  1. Anda perlu terlebih dahulu mengenal pasti senarai produk yang ada. Senaraikan produk atau perkhidmatan yang perniagaan anda tawarkan.
  2. Anda juga perlu mengenal pasti jenis pelanggan yang menjadi sasaran. Buat senarai pelanggan anda yang menjadi pembeli atau pengguna kepada perniagaan anda.
  3. Data jualan. Ada perniagaan yang pelanggan mereka jenis walk-in. Ini biasanya melibatkan perniagaan jenis peruncitan atau makanan. Ada juga perniagaan yang memerlukan anda pergi mendapatkan pelanggan. Contohnya perniagaan jenis perundingan atau perkhidmatan.
    1. Catitkan semua jualan syarikat berdasarkan produk jika perniagaan anda jenis peruncitan.
    2. Catitkan data jualan berdasarkan produk atau servis dan juga pelanggan atau jenis pelanggan jika perniagaan anda bukan dari jenis peruncitan
  4. Data kos yang dikeluarkan dalam perniagaan amat penting dicatit secara terperinci. Itu merupakan data yang boleh membantu anda membuat perubahan atau pembaikan pada perniagaan.
    1. Senaraikan kos tetap perniagaan anda seperti gaji, sewa, bil letrik dan lain-lain
    2. Senaraikan kos berubah perniagaan anda seperti bahan mentah, pengangkutan dan lain-lain.
  5. Maklumat atau respon dari pelanggan juga amat penting.
    1. Catitkan pujian serta perinciannya yang anda terima dari pelanggan
    2. Catitkan cemuhan atau komplain serta perinciannya yang anda terima dari pelanggan.
  6. Lain-lain maklumat penting seperti jumlah jualan berdasarkan waktu, jumlah jualan berdasarkan jurujual dan lain-lain seumpamanya.

Dengan semua maklumat yang ada di atas anda boleh merangka berbagai strategi selanjutnya dengan membuat analisa berdasarkan prinsip pareto.

Anda pasti akan terkejut apabila melihat data analisa tersebut.

Biasanya data akan menunjukkan kecenderungan yang sedikit menghasilkan yang banyak. Atau dalam perkataan lain, input yang sedikit menghasilkan output yang banyak!

Contoh:

  1. Jika anda ada sepuluh produk, kebiasannya hanya 2 atau 3 produk yang menyumbang pada 80% daripada hasil jualan. Samada 80%. lebih dari itu atau kurang tidak penting, tetapi biasanya hanya sedikit sahaja dari produk yang ada menghasilkan jualan yang cukup banyak sedangkan produk selain dari itu menghasilkan jualan yang sedikit.
  2. Jika anda ada seratus pelanggan. Biasanya hanya sedikit pelanggan (10% ke 50%) yang menyumbangkan hasil jualan yang cukup banyak (antara 60% ke 90%).

Anda boleh mula membuang produk yang kecil jualannya dari senarai dan mula memberikan tumpuan pada produk yang lebih banyak jualannya.

Begitu juga anda boleh membuang ramai pelanggan yang menyumbang kepada hanya sedikit jualan lalu memberikan tumpuan pada pelanggan yang sedikit.

Tindakan pembaikan yang dijalankan daripada usaha kecil di atas membolehkan anda memberikan lebih masa dan tumpuan untuk meningkatkan perniagaan.

Demikianlah serba sedikit petua pembaikan perniagaan yang boleh dilakukan dengan mengambil inisiatif mencatatkan data perniagaan.

Jika anda tak faham dan perlukan penerangan lanjut, boleh daftarkan diri masuk program HR Biz Coaching yang Hidup Ringkas Dot Com Sdn Bhd tawarkan. Program ini adalah program berbayar.

Daftarkan diri untuk program HR Biz CoachingĀ dengan Klik di sini

One thought on “Petua ringkas memaju dan membaiki perniagaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge