10 amalan usahawan di bulan ramadan

By | 10/07/2013

Semalam bermula solat tarawih di semua Masjid dan Surau. Hari ini merupakan hari pertama kita semua umat Islam berpuasa fardu Ramadan.

Sempena masuknya bulan ramadan ini, tak lengkap jika tidak diselitkan cerita Ramadan di dalam blog ini. Terutamanya yang berkaitan dengan para usahawan.

Ada dua jeis usahawan wujud dalam bulan ramadan ini:

  1. Usahawan yang memang dah menjadi usahawan samada dalam bulan ramadan ataupun bukan ramadan.
  2. Usahawan yang baru terjun jadi usahawan sempena menambah pendapatan menjelangnya bulan ramadan.
Artikel ini ditujukan khas hanya untuk usahawan kategori pertama sahaja. Ini kerana merekalah usahawan tulin yang berniaga untuk sara hidup diri dan keluarga sepanjang masa tak kira bulan apapun.
Untuk usahawan yang kedua pula mereka hanyalah usahawan celup sekiranya selepas habis ramadan tidak lagi berniaga.
Untuk ringkaskan penulisan sempena bulan puasa yang biasanya mata cepat mengantuk, kita terus kepada senarai perkara yang usahawan tulin perlu lakukan:
  1. Puasa. Sudah tentu sebagai seorang muslim, usahawan tidak boleh tinggalkan puasa wajib ini tanpa ada apa-apa sebab yang sah. 
  2. Perlahankan aktiviti. Ini bukan bermaksud kurangkan aktiviti. Sebaliknya urusan perniagaan perlu dilaksanakan dengan berhemah dan kyusuk penuh kesempurnaan yang mungkin. Ini untuk menambahkan lagi pahala di samping meningkatkan kelazatan berpuasa. Dengan puasa, masa seorang usahawan menjadi panjang kerana:
  • Tak perlu rehat makan pagi, tengahari dan petang. Kita telah selamatkan 3 jam waktu makan untuk digunakan buat kerja perniagaan lain.
  • Tak perlu lepak di kedai kopi buat PR dengan kawan-kawan, pelanggan atau kenalan baru. Kita selamatkan lagi 3 jam melepak dan boleh digunakan untuk urusan yang lain dalam perniagaan.
  • Solat berjemaah. Kalau dalam bulan biasa kita sering tergopoh gapah sehingga melewatkan solat, jangan buat perkara yang sama dalam bulan ramadan. Tak ada alasan tak cukup masa kerana kita telah selamatkan lebih kurang 6 jam pembaziran seperti yang disebutkan di atas.
  • Balik awal. Hadkan kerja atau apa-apa urusan setakat pukul 5 atau pukul 6. Pastikan anda pulang ke rumah untuk bersedia berbuka dengan keluarga. Jangan sibuk setahun 12 bulan pulun cari duit yang tak pernah cukup. Ini bulan penumpuan untuk rohani dan jasmani bagi melahirkan usahawan yang lebih hebat selepas berakhirnya ramadan.
  • Makan ala kadar. Amalan melantak ala buffet yang dianjurkan oleh hotel-hotel sepanjang bulan ramadan mesti dielakkan. Ini tidak menambahkan apa-apa faedah pada tubuh badan dan jiwa seorang usahawan. Mulakan dengan makan kurma dan air kosong dan terus tunaikan solat. Kalau boleh berjemaah samada di surau, masjid atau dengan keluarga. Selesai magrib baru sambung makan yang berat sikit. Tapi jangan sampai tak larat angkat perut untuk solat Isya dan Tarawih nanti.
  • Baca Quran. Selesai tarawih seeloknya terus balik atau tinggal sebentar di surau atau masjid untuk baca Quran. Jangan tak baca langsung seperti di bulan-bulan yang lalu. Ini peluang untuk merasa sedih kerana merangkak-rangkak baca Quran yang selama ini kita tak sedar. Bacalah walaupun dua tiga ayat dan istiqamah sehingga habis ramadan agar kita tidak lagi merangkak selepas itu.
  • Rehatkan diri. Selesai semua yang di atas segera tidur dan jangan keluar berborak dengan kawan-kawan sampai sahur. Sediakan diri untuk urusan keesokkan harinya pulak.
  • Cari malam Lailatul Qadar. Petua untuk bertemu dengan malam seribu bulan itu tidak ada cara lain selain dari mencarinya. Orang yang tak cari tak akan jumpa apa-apa. Kalau terjumpapun kita termaggu-manggu tak tau nak buat apa. Oleh itu pasang niat untuk cari malam tersebutr dengan tidak lamgsung terlepas beribadat dari hari pertama sehingga babis ramadan.
  • Banyak bersedekah. Cukup baik jika syarikat menaja kos berbuka puasa, more dan sahur yang masjid anjurkan untuk para musafir dan juga mereka yang mahu berbuka dan makan di masjid sepanjang bulan puasa ini. Buatlah tajaan ini untuk sehari dua atau lebih ikut kemampuan.
  • Berdoa setiap malam. Jika usahawan ada visi besar untuk dilaksanakan dalam perniagaannya, inilah peluang untuk minta pada Allah. Jangan henti minta selama sebulan setiap kali selesai tunaikan solat. Jangan pula minta hal dunia sahaja sampai terlupa esok akan mati. Doa mesti jelas dan terang. Contohnya jangan sekadar minta berjaya. Sebaliknya mintalah ‘berjaya membesarkan perniagaan menjadi 1200 cawangan di seluruh Malaysia dalam tempoh 10 tahun’.
  • Sekian sedikit pedoman untuk para usahawan sempena bulan ramada ini. Selamat beramal!
    Nota: Bonus sempena ramadan.
    Klik pada gambar yang dipaparkan dan simpan dalam komputer anda untuk dijadikan wallpaper.
    Author: Shubhi

    Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

    10 thoughts on “10 amalan usahawan di bulan ramadan

    1. Anonymous

      TK utk nasihat dan wallpaper. – Tokey kek raub.

      Reply
    2. suri

      saya tahun lepas cuba2 tak tahu ia mendapat sambutan hee ..tapi tahun ini terlalu banyak saingan sampai ada jual produk tu lebih murah gila2 dari saya..

      tapi berusaha sahaja rezeki tangan Allah

      Reply

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge