2 faktor penentu untuk menjual syarikat anda

By | 11/05/2013

Bagi para usahawan yang perniagaannya sudah bergerak lancar, mendatangkan keuntungan dan mampu menyara kehidupan taukehnya, tentu bersetuju jika saya katakan,

Duit sentiasa tak ada bagi seorang usahawan, tapi kalau perlu, boleh diadakan”

Kebanyakan orang ingat, usahawan yang berkereta besar, rumah besar dan ‘isteri besar’, tentu ada sejumlah wang yang besar untuk dihabiskan.

Tetapi kebanyakan daripada mereka sebenarnya macam orang lain jugak. Kekadang ada duit dan kekadang tak ada duit langsung.

“Kalau begitu macam mana mereka dikatakan sebagai jutawan?”

Biasanya, mereka menjadi jutawan disebabkan oleh nilai bersih yang mereka miliki mencecah jutaan ringgit.

Usahawan tersebut mungkin memiliki hartanah yang bernilai jutaan ringgit, perniagaan yang bernilai jutaan ringgit dan lain-lain aset yang bernilai jutaan ringgit. Tetapi, bukan semuanya dalam bentuk nota wang kertas yang boleh ditunaikan sekelip mata.

Salah satu cara untuk mendapatkan tunai adalah dengan menjual perniagaan yang dia ada. Perniagaan yang anda ada sebenarnya merupakan satu produk yang boleh dijual beli.

Menjadi saudagar jual beli syarikat
Dalam dunia perniagaan, apa saja boleh dijual beli, samada hartanah, barangan, saham, makanan, galian, perkhidmatan, dan syarikat itu sendiri merupakan produk yang boleh dijual.

Saya pernah berjumpa seorang taukeh berbangsa Cina yang kemahirannya adalah membentuk perniagaan kedai runcit, membina dan kemudian menjualnya pada mereka yang berminat.

Kadangkala dia akan membeli mana-mana kedai runcit yang mahu dijual. Setelah membel;inya dia akan membaiki dan meningkatkan keuntungan serta sistem operasi kedai tersebut. Setelah itu dia akan menjualnya.

Bagi mereka yang ada kemahiran membaik pulih syaraikat dalam industri tertentu, boleh memikirkan idea menjadi saudagar membeli dan menjual syarikat.

Apa yang anda perlu hanyalah mencari syarikat yang bermasalah, membelinya klemudian memulihkannya dan menjualnya pada mereka yang berminat.

Para usahawan yang dah bosan, keletihan dan mahu pencen dengan jumlah wang simpanan yang mencukupi boleh memikirkan idea untuk menjual syarikat anda.

Walau bagaimana pun, untuk membolehkan syarikat anda laku dan mempunyai nilai, anda perlu melihat pada 2 faktor utama yang memberi indikasi samada syarikat akan laris di pasaran. 2 faktor tersebut adalah:

  1. Syarikat perlu lulus ujian taukeh kena langgar – Bayangkan jika anda sebagai taukeh dilanggar sebuah bas dan terlantar di hospital selama 3 bulan. Dalam keadaan itu, jika syarikat berjalan lancar dan sempurna, bermakna kemungkinan orang mahu membeli syarikat anda akan meningkat sekurang-kurangnya dua kali ganda.
  2. Syarikat mempunyai kumpulan pengurusan dan bukannya hanya seorang pengurus. Seandainya anda taukeh yang juga merupakan pengurus syarikat dan semua di bawah anda adalah pekerja biasa, besar kemungkinan tiada orang mahu beli syarikat tersebut.
Samada anda mahu jual atau tidak syarikat yang sedang anda usahakan, adalah satu langkah bijak untuk merangka perjalanan syarikat itu seolah-olah anda hendak menjualnya.
Oleh itu, pastikan anda memikirkan dua faktor yang saya terangkan di atas dan berusaha untuk merealisasikannya. Bagi usahawan yang berminat, boleh dapatkan khidmat HR Biz Coaching untuk meningkatkan nilai syarikat yang anda sedang jalankan sekarang.

 

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge