3 cara mudah tingkatkan kecekapan pekerja hingga 25%

By | 21/08/2012

Jika anda seorang usahawan yang mempunyai pejabat dan pekerja yang agak ramai. Gunakan tips di bawah untuk meningkatkan tahap kecekapan pekerja sihingga 25% daripada tahap sekarang. Peningkatan tahap kecekapan pekerja sekali gus membawa kepada meningkatnya tahap kecekapan syarikat. Berikut 3 langkah mudah yang perlu dilakukan segera:

  1. Jangan biarkan para pekerja keluar makan sendiri-sendiri. Lagi ramai mereka keluar bersama lebih bagus. Jika ada pekerja yang suka menjadi kera sumbang, beri amaran agar dia berubah atau tinggalkan syarikat untuk bekerja di tempat lain. Ini kerana kajian mendapati mereka yang bersosial rapat sesama rakan sekerja lebih cekap sumbangannya pada syarikat.
  2. Susun kedudukan para pekerja dengan betul dan berkesan. Jangan biarkan pekerja yang saling bekerjasama untuk tugasan mereka berada berjauhan. Permudahkan mereka untuk saling bertemu dan berbincang. Jika pekerja terpaksa berjalan jauh atau sukar bertemu dengan rakan sekerja yang mereka perlukan, ia akan meruntuhankan tahap moral mereka bekerja.
  3. Kurangkan penggunaan e-mail ke tahap maksimum. Lebihkan mereka berkomunikasi secara terus dan bukannya melalui e-mail, FB atau sebagainya. Melaksanakan tugasan sesama rakan sekerja secara berdepan jauh lebih cekap daripada sekadar e-mail. Galakkan mereka berbincang secara berdepan dan sediakan kemudahan untuk perbincangan tersebut.
Ramai di kalangan kita usahawan kecil-kecilan yang punyai beberapa pekerja mengambil ringan semua faktor di atas. Jika kita serius untuk berjaya, jadikan ia satu pedoman dalam menyusun para pekerja di pejabat agar kita bersedia untuk pergi lebih jauh dan membuka peluang lebih besar merekrut pekerja yang cemerlang.
Author: Shubhi

Penulis merupakan seorang usahawan. Memiliki beberapa syarikat sendiri dan perkongsian dan diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Selesa dengan gaya hidup yang sederhana dan ringkas. Selain menulis dan membaca penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui program HR Biz Coaching. Jika anda ingin berbual dan ajak penulis minum kopi O, sila whatassp ke 013-3360807

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge