3 langkah jadi Melayu kreatif

By | 29/06/2012
Berusahalah menjadi Melayu kreatif

Kita perlu jadi Melayu kreatif sekarang ini. Dunia semakin hari menjadi semakin mencabar. Jika anda seorang usahawan, tentu dapat rasakan bagaimana mencabarnya situasi persaingan kini.

Boleh dikatakan apa saja yang terlintas dalam fikiran kita untuk dijadikan idea perniagaan, idea itu sudah ada di pasaran sebelum sempat lagi kita merangka rancangan perniagaannya.

Jika kita mahu melahirkan ramai lagi usahawan Melayu. Kita perlu mengatasi cabaran tersebut dengan berusaha menjadi Melayu kreatif.

Sebenarnya, orang kita semakin hari semakin merosot kreativitinya. Masalah kemerosotan kreativiti berlaku pada semua orang di kebanyak negara.

Masalah kepupusan minda kreatif merupakan salah satu masalah teruk yang dihadapi oleh negara barat seperti Amerika Syarikat terutamanya dalam dunia perniagaan dan juga kepimpinan.

Masalah yang sama juga sedang dihadapi di negara kita terutamanya dalam dunia kepimpinan. Kita ketandusan pemimpin Melayu kreatif yang mampu meraih sokongan semua pihak.

menjadi seorang melayu kreatif dengan 3 cara
Mungkin 3 langkah di bawah perlu diamalkan oleh orang Melayu agar kita mampu membentuk pemikiran kreatif dalam diri kita dan dapat menjadi Melayu kreatif:

  1. Kurangkan tekanan, tapi jangan keterlaluan – Jiwa yang sentiasa dalam keadaan tertekan membantutkan kreativiti. Dalam masa yang sama jiwa yang lansung tak ada tekanan, asyik relaks dan lepak maut juga tidak dapat membentuk pemikiran yang kreatif. Oleh itu berikan sedikit tekanan pada diri kita dan dalam masa yang sama kekalkan rasa tenang dalam jiwa. Hanya dalam suasana seperti itu, mampu mendatangkan idea-idea yang kreatif untuk menjadi Melayu kreatif.
  2. Pergi keluar dan tukar suasana persekitaran yang biasa kita lalui – Jangan biarkan diri kita terperangkap dalam keadaan yang sama saban waktu. Bebaskan diri kita daripada kebiasaan dengan pergi kerja berjalan kaki, naik basikal untuk ke pekan atau lain-lain seumpamanya yang berbeza daripada amalan harian selama ini. Apasalahnya pergi kerja naik basikal contohnya, jika ada yang berbuat begitu, tentu dia seorang Melayu kreatif.
  3. Biarkan fikiran hanyut bebas – Kita sering menegur kawan atau saudara yang kelihatan tercegat merenung sesuatu sedangkan fikirannya nampak hanyut melayang jauh. Sebenarnya ia adalah aktiviti yang baik untuk menjalinkan kreativiti. Dalam masa kita berjalan kaki meronda atau ke tempat kerja, kita perlu peka pada keadaan sekeliling dan dalam masa yang sama melayan pemikiran kita agar hanyut terawang-awangan. Ini mampu membebaskan minda kita daripada terbelenggu dengan cara pemikiran yang mendatar sahaja.

Dalam dunia ini semuanya telah tersedia dihamparan untuk kegunaan manusia. Kreatif tidak membawa makna mencipta sesuatu daripada tiada kepada ada.

Itu adalah sesuatu yang mustahil dilakukan oleh makhluk. Kreatif membawa makna menjalinkan hubungan antara dua perkara berbeza untuk melahirkan satu lagi keadaan yang berbeza dan bermanafaat.

Sebagai contoh mereka yang berjaya menjalinkan antara 4 batang kayu dengan sekeping papan lebar berjaya menghasilkan perabut yang dinamakan meja.

Jika kita sentiasa peka, melihat dan membuka minda, berbagai perkara, benda, peristiwa dan lain-lain berlaku didepan mata setiap saat.

Menjalinkan beberapa peristiwa atau benda atau objek atau perkara secara spontan itulah yang dinamakan idea atau inspirasi. Itulah yang kita namakan pemikiran kreatif yang perlu kita jadikan sebagai tabiat spontan diri kita.

Ayuh, jadilah Melayu kreatif dengan mengamalkan 3 perkara mudah di atas!!!

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge