3 langkah mudah gandakan pendapatan

By | 29/04/2013

Ini merupakan satu peluang untuk tunaikan impian ekonomi kehidupan anda. Hanya satu syarat sahaja untuk saya tunaikan hasrat anda itu, jangan beri apa-apa alasan!.

Jika anda sanggup terima cabaran itu, maka insyallah sebut saja apa impian ekonomi anda, akan saya berikan jalannya.

Langkah satu
Berapa pendapatan yang anda mahu sebulan? berapa banyak jumlah duit simpanan yang anda ada di akaun bank ?

Kebiasannya jumlah yang sering kita sasarkan bergantung kepada berapa jumlah wang yang biasa atau sedang kita nikmati sebulan.

Sebagai contoh, jika pendapatan bulanan anda sekarang adalah RM3,000 anda biasanya akan berkata, “kalaulah aku dapat RM4,000 sebulan, tentu kehidupan aku tidak terhimpit sebegini.”

Begitulah jumlah impian kita. Hanya dalam lingkungan 30% peningkatan sahaja daripada apa yang kita nikmati sekarang. Jika anda lihat semula kebelakang, itulah sebenarnya yang anda sering dapat apabila berpeluang melompat kerja ke syarikat lain.

Bagi yang lebih ke hadapan, dia meletakkan impian untuk mendapat melebihi 50% peningkatan daripada apa yang dia ada sekarang. Bagi yang lebih advance lagi, dia akan meletakkan peningkatan 100% daripada apa jumlah sekarang.

Lihat kembali ke belakang dan pasti anda dapati, apa saja sasaran yang diletakkan atau yang pernah terlintas di hati sebelum ini telah anda dapat dalam tempoh beberapa lama.

Ada yang makan masa setahun ada yang dua tahun atau lebih. Masa mungkin berbeza untuk setiap orang, tetapi semuanya pasti dapat kadar yang telah menjadi impian atau harapan mereka sebelum ini.

Bagi yang sering harapkan peningkatan 30%, selang beberapa lama, memang dia akan dapat jumlah tersebut dengan berbagai cara samada tukar kerja, naik pangkat atau mungkin pendapatan sampingan.

Bagi yang harapkan 50%, juga biasanya dapat jumlah tersebut selang beberapa lama, begitulah bagi mereka yang impikan 100% atau lebih.

Oleh itu, tolong ikut nasihat saya di bawah dalam meletakkan sasaran dan impian anda untuk meningkatkan pendapatan:

“Sasarkan sekurang-kurangnya 3 kali ganda daripada apa yang anda dapat sekarang”

Ingat!, jangan malu, jangan segan dan terutama sekali kunci mulut dan kepala otak anda dari sebarang alasan kenapa aku tak boleh dapat peningkatan yang sebegitu banyak.

Saya dengar anda kata dalam hati, “Aku lebih tahu kemampuan diri aku berbanding kamu…”. Minta maaf, anda sebenarnya tak tahu sejauh mana kemampuan diri anda dan anda sentiasa memandang rendah terhadap keupayaan diri anda sendiri.

Langkah dua
Relaks dan teruskan kehidupan seperti biasa. Tak perlu tertekan. Tak perlu bandingkan keupayaan anda dengan orang lain.

Apabila anda mula bandingkan diri anda dengan orang, akan timbul rasa bersalah kerana impian yang anda letakkan sama nilainya atau lebih besar lagi daripada boss anda sendiri sedangkan diri terasa terlalu kecil berbanding kemampuan boss anda itu.

Tak perlu rasa begitu kerana tidak ada salahnya orang yang anda anggap dua kali lebih bodoh itu mempunyai pendapatan 10 kali ganda lebih besar dari anda. Dan paling penting sekali, ia sering terjadi!.

Oleh itu relaks dan katakan pada boss, “jangan terkejut satu hari nanti…” setiap kali anda berselisih dengannya. Yang penting jangan kasi dia dengar ayat itu!.

Langkah tiga
Mula rancang apa yang anda nak buat dengan jumlah pendapatan sebegitu. Rancanglah dengan terperinci agar tidak ada satu senpun yang tidak dimasukkan dalam perkiraan.

Kalau anda tak pasti harganya sebagai contoh jenis rumah yang diimpikan, pergi semak dan dapatkan harganya dengan menelefon jurujual atau melawat sendiri di tapak jualan.

Jangan lupa jumlah simpanan yang anda perlu buat untuk menjayakan jumlah duti simpanan yang anda mahu. Atau anda boleh juga mendapatkan maklumat tentang pelaburan saham unit trust dan lain-lainnya.

Buat keputusan rumah anak yatim atau pusat tahfiz mana atau masjid mana yang anda akan buat sumbangan tetap setiap bulan. Nyatakan jumlahnya. Atau anda boleh bahagikan pada beberapa tempat yang berbeza.

Begitu juga dengan kenderaan atau destinasi yang anda mahu pergi. Berapa kerap setahun dan lain-lain lagi.
Cuma pastikan jangan sampai melakukan sesuatu yang tidak perlu, yang membazir, yang mempamerkan keangukahan yang menimbulkan rasa kembang punggong dan lain-lain seumpamanya

Langkah seterusnya
Tidak ada lagi langkah seterusnya yang perlu anda lakukan selain daripada kesemua yang saya sebutkan di atas sahaja. Ulang aktiviti terutamanya yang ke 3 untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci.

Jalani kehidupan seperi biasa dan jangan rasa tertekan kerana sedikit demi sedikit anda akan dapati diri anda akan dibawa menuju kepada perlaksanaan impian tersebut secara tidak anda sedari.

Biarkan otak berfikir bagaimana caranya. Memang itupun kerja otak. Untuk membantu memikirkan apa yang tuannya mahu. Jadi tak perlu susah-susah memberikan tekanan.

Insyallah anda akan mendapatkannya sebagai mana yang telah lama berlaku selama ini. Cuma bezanya adalah selama ini anda rasa malu untuk meletakkan sasaran yang besar kerana hidup dikaburi dengan sikap terlalu membandingkan diri dengan orang lain.

Tak percaya?
Kalau tak percaya, cuba try test tengok…dan lihat hasilnya. Lagipun tak ada ruginya mencuba. Yang pastinya anda tentu akan berterima kasih pada saya satu hari nanti, itupun jika masih ingat…! Selamat mencuba.

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

One thought on “3 langkah mudah gandakan pendapatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge