3 Langkah mudah ubah diri jadi orang baru!

By | 10/10/2012

Setakat mana kejayaan anda sekarang. Adakah anda berpuas hati dengan apa yang telah dicapai?. Jika anda rasa pencapaian yang ada, nampak macam tak ada kesan dan sama saja seperti masa-masa sebelum ini, saya ada jawapannya kenapa jadi begitu.

Ramai yang biasa dengar ayat ini:

“Mengulang-ulang amalan yang sama dengan harapan untuk menghasilkan perkara yang baru adalah satu kerja sewel!”

Semua orang mahu berubah menjadi lebih baik tetapi adalah mustahil anda berubah seandainya cara berfikir dan cara bertindak tetap sama seperti biasa. Bagaimana cara anda berfikir dan bagaimana cara anda bertindak selama ini, itulah yang menghasilkan apa yang anda ada sekarang ini.

Oleh itu untuk menghasilkan sesuatu yang baru anda perlu ubah teknik berfikir dan seterusnya ubah cara anda menghadapi dan bertindak terhadap apa yang difikirkan. Untuk mengubah cara berfikir agar anda lebih berkembang maju kehadapan anda perlu amalkan 3 langkah mudah.

  1. Lindungi diri dari segala perkara yang negatif.
  • Kita tidak dapat kawal apa yang berlaku disekeliling kita dan tidak ada apa-apa yang dapat kita lakukan pada orang lain yang bersikap negatif. Cara yang paling mudah adalah dengan mengelakkan diri daripada mereka.
  • Anda juga perlu berlatih membayangkan seolah-olah anda dilindungi oleh pelindung lutsinar setiap kali keluar rumah dan bertemu dengan masyarakat atau sesiap saja. Pelindung itu kerjanya memantulkan semula segala perkara negatif kembali pada pencetusnya.
  • Berlatih menggunakan pelindung itu sehingga ia dapat dikuasai dengan baik. Tentu anda akan tersenyum lebar setiap kali melihat pantulan semula perkara negatif balik mengenai pencetusnya, Padan muka, kesian dia, itulah bisikan anda…hehehe!
  • Luangkan masa setiap hari selama 20 minit bersendirian tanpa buat apa-apa.
    • Setelah kuasai segala penerimaan hanya perkara positif saja. Anda menjadi lebih segar, ceria dan bersemangat untuk hidup. Tapi cara berfikir masih cara lama kerana jaringan saraf otak anda masih macam itu juga.
    • Tiba masanya membentuk jaringan saraf-saraf otak baru yang boleh digunakan bagi mencetuskan idea, pengalaman dan cara bertindak yang baru. Ada boleh yakin selepas ini tindakan anda adalah positif hasil dari bantuan pelindung lutsinar.
    • Setiap pagi, amalkan untuk duduk ditempat sunyi, nyaman dan selesa selama 20 minit. Kalau boleh diawal pagi. Mungkin di balkoni rumah anda dan lakukan selepas atau sebelum solat subuh.
    • Jangan fikir atau buat apa-apa selama tempoh 20 minit itu. Relaks dan rasakan kewujudan anda. Rasai pernafasan anda. Rasai setiap anggota tubun badan anda dan biarkan ianya berlalu.
    • Aktiviti ini membantu pembentukan jaringan saraf otak yang baru.
  • Tuliskan harapan atau impian anda dan bayangkan seolah-olah anda telah milikinya
    • Anda perlu tulis impian atau apa yang anda mahu capai dengan terang, ringkas dan padat.
    • Tak perlu buat perancangan terperinci bagaimana untuk mencapainya. Anda hanya perlu berlatih bayangkan setiap hari seolah-olah anda telah memiliki impian tersebut.
    • Bagaimana anda akan milikinya, biarlah minda separa sedar yang lakukan untuk anda.
    Berlatih dan jadikan petua di atas sebagai amalan harian anda. Insyallah anda akan berubah dan sentiasa berubah menjadi seorang yang lebih baik dan hebat sepanjang waktu tahun demi tahun. Selamat mencuba…!
    Author: Shubhi

    Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge