3 perkara yang perlu anda elakkan dalam twitter atau FB

By | 07/06/2012

Media sosial sekali pandang macam memberikan banyak manafaat pada kita. Kita dapat berhubungan semula dengan kawan yang telah lama terpisah umpamanya, amat baik untuk hubungan silaturahim. Tapi berhubungan semula dengan bekas teman wanita yang telah lama terpisah sedang kita dan dia sudah berkahwin bukanlah sesuatu yang bijak untuk dilakukan walaupun sekadar di laman media sosial.

Fenomena media sosial yang terlalu luas dan dapat dibawa ke mana-mana dengan peralatan canggih sekarang ini membawa sejenis penyakit kepada golongan manusia moden. Salah satu perkara yang saya sering lihat adalah aktiviti merakamkan gambar makanan, suasana, dan apa-apa sahaja yang lalu depannya, lalu dipamerkan ke laman media sosial untuk tontonan kawan-kawan. Banyak masa kita habis untuk aktiviti seperti itu.
Banyak kali saya lihat majlis makan beramai-ramai sekeluarga dicemari dengan aktiviti media sosial. Kebiasannya hanya kelihatan seorang atau dua sahaja yang berbual mesra, selainnya terutamanya yang muda terbenam dengan aktiviti berFB atau bertwitter mereka, seolah-olah mereka hanya sendirian di situ. Mereka lansung tidak memperdulikan kehadiran saudara mara mereka untuk merapatkan hubungan dengan bermesra dan berbual-bual sesama saudara.

Jika kita mahu jalani hidup ringkas, aktiviti buang masa daripada FB dan juga Twitter perlu ditinggalkan segera agar masa tersebut dapat digunakan untuk perkara lain seumpama membaca, berbual dengan rakan-rakan, baring tengahhari lepaskan lelah, berjalan di taman atau lain-lain lagi yang mendatangkan manafaat.
Bertwitter atau berFB bukannya tak boleh, tapi ia perlu dilimitkan kepada perkara penting dan mendatangkan faedah sahaja agar masa tidak terbuang dengan sia-sia. Berikut 3 perkara sebagai pedoman yang kita perlu elakkan daripada laman sosial kita:

  1. Elakkan membuat laporan di mana anda berada atau apa yang anda sedang lakukan sekarang. Segala maklumat yang menjawab di mana anda berada dan apa yang anda sedang buat tak payahlah nak susah-susah untuk laporkan habis pada kawan atau pengikut. Melainkan anda seorang artis glamour, apa yang anda buat dan di mana anda berada tak ada orang nak ambil peduli. Ramai yang perasan macam glamour sangat dengan update apa dia sedang buat dan segalanya didedahkan pada semua orang.
  2. Jangan buat kemaskini dengan rungutan dan celaan atau menyumpah dan seumpamanya. Laman sosial sama juga dengan aktiviti bercakap, orang tak gemar mendengar anda berleter, merunggut dan sebagainya. Anda boleh buat begitu jika mahu selitkan tips atau nasihat yang berguna dari pengalaman anda. Kalau setakat nak updat FB atau Twitter dengan perkataan seperti “aku bosan lah…”, tak payahlah anda membuang masa anda dan masa orang lain, dan sebenarnya tak ada yang pedulipun apa yang anda rasa.
  3. Tak payahlah update pada laman sosial semata-mata untuk beritahu orang ramai kehadiran anda seperti “Assalamualaikom, pagi yang ceria!”. Simpanlah dulu sehingga ada sesuatu yang bagus dan bermakna serta amat bermanafaat untuk anda kongsikan dengan orang lain barulah mulakan dengan ayat tersebut.
Rumusan di atas didapati daripada bancian terhadap aktiviti twittter yang dijalankan bagi mengenal pasti tahap mesej yang berlegar diruang cyber samada berguna atau tidak berguna dan apakah orang pedulikan apa yang anda tuliskan dalam akaun twittter anda. Baca di sini
Sekali lagi saya ingatkan diri saya serta semua jangan sia-siakan masa yang terhad ini dengan membuat kelalaian dan perkara yang tidak ada mendatangkan faedah. Hidup terlalu singkat untuk disia-siakan. Selamat beramal.
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

6 thoughts on “3 perkara yang perlu anda elakkan dalam twitter atau FB

  1. suahati

    tapi ianya lebih baik dari dok kutuk orang sana sini atau dok kempen ajak sokong sesebuah pertubuhan yg disukainya.

    dan yg lebih xbaik ialah dok marah atau pertikai pendapat atau komen yg dipaparkan oleh rakan2 lain yg tidak sependapat dengannya……

    bagi ana ia adalah hak dan laman individu, tulis apa saja yg dia mahu asalkan tidak menyakiti hati ornag lain atau rakan2 lain….sesiapa yg berminat utk komen silakan, kalau x biarkan dan baca pun jangan dan kalau xberkenan remove terus dari menjadi rakan.

    itulah sebabnya ana hanya add rakan yg benar2 dikenali sahaja……

    Reply
    1. Anonymous

      Ana setuju dgn anta/anti (x pasti) ya… suahati…

      Reply
    2. Mohd Shubhi Abdul

      Terima kasih atas pendapat anda. Apa yang saya paparkan di atas adalah berdasarkan bancian terhadap apa yang orang tak suka tentang FB atau Twitter.

      Majoritinya tak suka pada 3 perkara yang saya sebutkan di atas. Sudah tentu ada yang berpendapat berbeza sebagaimana pendapat anda.

      Anda berhak dengan pendapat anda dan orang lain perlu hormati pendapat anda begitulah juga anda perlu menghormati pendapat mereka yang berbeza.

      Sekurang-kurangnya kita dapat satu maklumat tentang berbagai pendapat yang berbeza dalam bab ‘apa yang patut kita tulis pada twitter atau FB’.

      Terima kasih

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge