3 syarat utama menjadi usahawan atau boss yang berjaya!

By | 17/07/2012

Samada anda mahu jadi usahawan yang berniaga atau menjadi pekerja yang berkhidmat pada majikannya tidak menjadi masalah asalkan kita melakukan yang terbaik dan bekerja dengan amanah. Saya suka dengan sikap berusaha menjadi yang terbaik di dunia dalam apa saja yang kita buat. Walaupun hanya sekadar tukang sapu sampah, jadilah seorang penyapu sampah yang terbaik di dunia. Untuk menjadi usahawan atau untuk menjadi Boss yang hebat dan berjaya ke peringkat yang lebih tinggi, anda perlu ada 3 ciri-ciri di bawah:

  • Bercita-cita tinggi – Hidup akan menjadi tidak bermakna bila kita tidak punya cita-cita. Dengan adaanya cita-cita maka timbulnya perjuangan. Tiada perjuangan, hidup seumpama mati. Oleh itu pra-syarat untuk berjaya samada sebagai seorang usahawan maupun pekerja, mestilah punyai sesuatu yang disasarkan dan sasaran biarlah tinggi.
  • Hidup ringkas – Orang yang hidup ringkas akan berusaha melapangkan kehidupannya agar banyak masa. Dia akan meninggalkan perkara remeh-temeh yang tidak memberikan kesan besar kepada kehidupannya. Hidup ringkas membuatkan kita cuba melapangkan masa kita untuk tidak buat apa selain daripada melayan fikiran dan mengasah ketajaman akal. Bila kita ada sikap begitu, maka kita akan mudah melepaskan tanggungjawab kerja kepada orang bawah yang kita percayai. Kita akan menyusun sebanyak mungkin kerja pada mereka sehingga masa kita menjadi lapang.
  • Bijak – Dengan kombinasi mahu Hidup Ringkas dan kebijaksanaan yang tinggi, kita akan sentiasa berfikir macam mana nak berjaya atau melaksanakan sesuatu tugas atau sasaran itu dengan cara yang lebih mudah ringkas dan kerkualiti. Kita akan memikirkan jalan penyelesaian melaksanakan sesuatu tanpa kita sendiri perlu melakukannya.
Ada bijak pandai mengatakan jika anda menemui seorang yang malas, bijak dan punyai cita-cita tinggi, letakkan dia sebagai ketua paling tinggi dalam organisasi anda. Ini ada kebenarannya setelah saya memerhatikan perjalanan kesemua perniagaan saya selama ini.
Untuk memastikan syarikat saya terbina dengan baik saya memerlukan seorang Boss atau Ketua yang malas, bijak dan bercita-cita tinggi. Malas di sini adalah bermaksud mahu hidup lapang dan hanya menumpukan pada kerja-kerja yang bermakna sahaja.
Tidak guna jika seorang Boss itu terlalu rajin dan membuat kerja remeh temeh seperti sapu sampah dan mencuci longkang di depan pejabat, ia lansung tidak membantu perkembangan syarikat. 
Ingat falsafah yang penting tentang pekerjaan berikut: “90% daripada kerja adalah berfikir”
Dengan adanya sikap mahu hidup lapang, kita akan mula melihat keperluan untuk menyerahkan tugasan kita pada orang bawahan. Untuk pastikan dia melaksanakan tugasnya dengan baik sebagaimana kehendak kita, kita akan mencari jalan terbaik mendidiknya sehingga dia faham dan cekap.
Dengan itu kita telah berjaya membina satu lagi pelapis pengurus untuk menguruskan syarikat kita. Sesebuah syarikat akan berkembang dan mampu bertahan lama selagi kita tidak kemut melabur pada pembinaan sumber manusia.
Ada sebuah daripada syarikat kepunyaan saya yang diuruskan oleh seorang yang bijak, bercita-cita tinggi tetapi terlalu kuat bekerja. Hasilnya adalah dia lansung tidak berjaya membina kekuatan syarikat sebaliknya syarikat terpaksa bergantung hampir 100% pada dirinya yang mahu buat semua perkara daripada jualan, operasi, kewangan dan pengurusan pentadbiran.
Sehingga kini syarikat tersebut tidak punyai pelapis bagi menggantikan sebahagian besar daripada tugasan pengurusannya. Ini bakal membunuh syarikat dalam jangka masa panjang. Bayangkan jika suatu hari dia mengalami masalah kesihatan dan terlantar sebulan di atas katil, syarikat akan menghadapi kesusahan. Nampaknya saya perlu berfikir bagaimana mahu menyedarkan orang yang sedang menguruskan syarikat saya itu.
Sebagai seorang yang sukakan kelapangan hidup saya sudah tentu tidak akan ambil langkah tidak bijak dengan menggantikan tempatnya, sebab itu saya berada di sini. Saya hanya perlu memikirkan bagaimana membuatkan dia sedar bahawa apa yang sedang dilakukannya bakal membunuh syarikat.
Memang susah untuk mengubah seseorang yang terlalu ringan tulang menjadi berat tulang. Ada ramai orang yang kuat bekerja merasakan satu dosa jika duduk saja dan berfikir cara bagi memudahkan perlaksanaan kerja. Ini perlu diubah jika kita mahu maju.
Melapangkan masa untuk lebih banyak berfikir dan hidup seimbang adalah salah satu nikmat hidup yang perlu dikejar oleh semua orang. Jika kita rajin menelaah Al-Quran banyak terjumpa ayat menyuruh manusia menggunakan akalnya untuk berfikir. Untuk membolehkan otak berfikir kita perlu meluangkan masa untuk melihat dan mendengar dan itu semua tak akan mampu kita capai jika kita sentiasa sibuk tak cukup tanah buat kerja macam nak runtuh rumah. Lapangkan dan perlahan sedikit masa dan isikan ruang tersebut untuk berfikir.
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

2 thoughts on “3 syarat utama menjadi usahawan atau boss yang berjaya!

  1. wan

    Perkongsian yang sangat menarik terutamanya tentang boss yang pemalas.tak terfikir pulak sebelum ni tuan.….Every big business start with small business…..itulah salah satu ungkapan penting untuk berjaya…

    Bagi mereka yg serius dalam mengembangkan perniagaan,akaun semasa syarikat merupakan satu kemestian.untuk membuka account semasa memerlukan introducer.insyaAllah saya membantu usahawan2 yg memerlukan introducer.boleh lawati blog saya.credit pada owner blog.terima kasih.maklumat lanjut: http://www.kaya-knowledge.blogspot.com.
    wan recently posted…Introducer current account maybank/cimb untuk syarikat.My Profile

    Reply
  2. faizah daud

    saya sangat berminat membaca dan mencari ilmu dengan membaca blogger tuan. Bolehkah tuan ceritakan bagaimana cara dan bila sepatutnya sesuatu perniagaan itu menambah stok barang didalam kedai atau perniagaannya? adakah disetiap hujung bulan pertengahan bulan atau di awal bulan? dan benarkah duit hasil jualan pada bulan tersebut boleh digunakan untuk tambah stok barang?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge