4 benda yang boleh digunakan untuk buat perubahan

By | 02/08/2013
Kebajikan

Kejayaan adalah sinonim dengan perubahan.

Orang yang memburu kejayaan adalah orang yang sering melihat peluang untuk melakukan perubahan.

Apakah perubahan?

Rasanya semua orang Melayu tahu apa maknanya perkataan tersebut, tapi apa salahnya kita berikan sedikit penafsiran.

Sesuatu itu dikatakan berubah hanya apabila berlaku salah satu daripada dua perkara berikut:

  1. Daripada kurang baik kepada lebih baik
  2. Daripada baik menjadi kurang baik
Begitulah lebih kurang takrifan terhadap perubahan. Memang sesuatu yang dulunya bulat kini bertukar menjadi empat segi juga dikatakan berubah.
Tetapi, perubahan bentuk sahaja tidak membawa apa-apa makna dan tidak memberikan apa-apa kesan atau impak pada kita.
Kesan hanya berkisar dalam lingkungan samada perubahan itu memberikan faedah yang lebih baik atau kurang baik. Itu saja dan tidak lebih dari itu.
Hanya manusia yang berupaya menilai antara baik dengan tidak baik.
Haiwan tidak ada keupayaan sebegitu. Monyet, orang Utan atau Gorilla yang nampak seperti manusia itu kekal sebegitu sejak dulu sampai sekarang atas sebab tiadanya keupayaan menilai antara yang baik dengan yang lebih baik.
Apabila kita bercakap tentang perubahan di sudut kaca mata seorang muslim, sudah tentu kita sedang memperkatakan perubahan daripada kurang baik kepada yang lebih baik.
Bagi saya itulah kejayaan yang sebenar, iaitu berjaya membuat perubahan demi perubahan menuju kebaikan demi kebaikan sehinggalah ajal datang menjemput.
Oleh itu mereka yang mahu mengecapi kejayaan perlu sentiasa melakukan perubahan,
  • Pertamanya, dia mesti melakukan perubahan pada dirinya sendiri.
  • Keduanya dia hendaklah membantu manusia lain untuk berubah.
Apakah peralatan atau kelengkapan yang kita perlu ada untuk melakukan perubahan?
Hanya ada 4 benda yang diperlukan. Dan kita semua sudah tentu mempunyai salah satu atau lebih daripada 4 benda ini:
  1. Wang
  2. Masa
  3. Kemahiran
  4. Usaha
Lihat kesemua yang saya senaraikan di atas dan semak yang mana satu ada pada diri anda. Gunakan ia sebaiknya untuk melakukan perubahan pada diri anda dan juga pada orang sekeliling anda.
Mulakan dengan:
  1. Diri sendiri
  2. Saudara serta keluarga terdekat
  3. Jiran-jiran sekeliling
  4. Kawan-kawan rapat
  5. Masyarakat
Ingat kaedah menjadikan diri daripada kurang baik kepada lebih baik perlu ditekankan. Oleh itu kadangkala tidak memberikan duit berupaya mencapai matlamat tersebut dengan lebih baik.
Membantu orang menjadi lebih baik tidak terhad hanya pada orang-orang susah sahaja, malah semua manusia tidak kira susah atau senang layak menerima bantuan.
Oleh itu apabila disebut menolong orang, janganlah kita hanya berpaling pada peminta sedekah atau orang yang susah atau miskin sahaja.
Orang kaya juga memerlukan bantuan atau pertolongan agar dia dapat berubah.
Apabila kita faham makna menjadi agen perubahan ini, maka kita tidak akan memilih bulu samada susah atau senang, kaya atau miskin, lelaki atau perempuan, tua atau muda, hitam atau putih dan lain-lain lagi…
Jom kita berusaha menjadi ajen perubahan masyarakat dengan berusaha melakukan perubahan. Insyallah
Nota:
Sebab itu Allah itu Maha Sempurna dan Maha Suci daripada sebarang perubahan. Lihat takrif berubah di atas. Kedua-dua takrifan itu mustahil bagi Allah!
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

16 thoughts on “4 benda yang boleh digunakan untuk buat perubahan

  1. Zuan

    Den sedang berusan untuk yang lebih baik, tetapi bukan untuk den, untuk keluarga den inshaAllah

    Reply
  2. Hafizul

    Bukan senang kan nak merubah segala-gala..InsyaAllah akan beruabh sikit demi sikit..

    Reply
  3. azwan

    usaha itu yang kena berterusan. bila cakap pasal usaha. ianya bermaksud disiplin diri perlu kena kuat.
    jangan hangat-hangat tahi ayam.

    terima kasih atas perkongsian ini

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge