5 langkah hadapi kawan yang sedang marah

By | 26/10/2012
kena marah

Siapa yang tak pernah kena marah…?

Adat berkawan dan berhubungan tidak lepas dari buat kesilapan. Bila kita buat kesilapan yang besar dan teruk, orang akan marah.

Samada ianya pasangan, kawan maupun pelanggan, anda pasti pernah hadapi pengalaman dimarahi oleh mereka.

Bagaimana cara terbaik menghadapi situasi kena marah tersebut dan seterusnya dapat mengeratkan lagi perhubungan dan kepercayaan?

Berikut saya perturunkan 5 langkah mudah bila kena marah untuk kita amalkan:

  1. Biarkan mereka lepaskan perasaan marah. Tidak ada orang yang waras bila mereka dikuasai oleh rasa marah. Jadi jangan rasa kecil hati. Jangan mencelah atau buat apa-apa. Berikan ruang untuk dia lepaskan kemarahan tersebut. Paling penting jauhkan diri jika dia memegang senjata.
  2. Tunjukkan yang anda berada di sebelah pihaknya. Berikan harapan pada orang yang sedang marah yang anda di situ untuk selesaikan masalah dan bukan untuk bertengkar. Katakan anda memahaminya dan bersedia lakukan apa saja untuk membantu. Contohnya katakan, “saya faham perasaan anda..”. Jangan kata, ” Betul ke ni…?”, atau “siapa yang salah ni?..”.
  3. Jelaskan padanya apa yang anda akan lakukan. Terangkan satu persatu dengan jelas apa yang anda akan buat untuk selesaikan masalah atau rasa marah orang itu. Berikan juga masa bila anda akan kembali untuk memberikan status semasa.
  4. Ambil langkah penyelesaian paling pantas. Jangan tangguh-tangguh untuk selesai atau dapatkan maklumat lanjut terhadap masalah berbangkit. Jadi juara penyelesai masalah dalam masyarakat anda dan lenyapkan segala salah faham.
  5. Segera laporkan perkembangan. Sebaik saja masalah atau pencerahan selesai, segera dapatkan mereka dan laporkan perkembangan. Kalau boleh berikan kejutan jauh melebihi apa yang mereka jangkakan.

Begitulah lima langkah yang anda perlu ambil satu persatu setiap kali berhadapan dengan orang yang datang untuk marah. Kesemua lima langkah yang saya sebutkan di atas perlu dilakukan dengan sempurna dan bukan lakonan.

Jika anda berlakon dan dapat dikesan, orang yang sedang marah itu akan bertambah marah pada anda. Ini akan mengusutkan lagi keadaan dan sukar untuk ditangani.

Latih dan amalkan setiap kali menghadapi situasi kena marah sehingga ia menjadi tabiat diri yang berkekalan dalam diri, insyallah darjat kedudukan anda semakin lama semakin tinggi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge