5 petua ringkas kuasai masa

By | 04/07/2013

Jumlah peredaran masa sehari tak pernah berubah.

Kita hanya ada 24 jam sehari, tidak lebih dan tidak kurang.

Tetapi semua daripada kita sedar masa kadangkala panjang dan adakalanya pendek.

Walaupun hakikatnya detik yang berlalu adalah sama, ia bergantung pada jiwa seseorang individu.

Jiwa bergelora menanti kekasih yang tak kunjung tiba, terasa terlalu lama.

Sebaik saja kekasih tiba di sisi dan jiwa menikmati kepuasan, masa dirasakan terlalu pantas beredar!.

Anda faham maksud saya bukan? kita semua pernah merasainya.

Oleh itu secara logiknya, kita mampu kawal masa samada untuk perlahankannya atau untuk lajukannya dengan menguasai jiwa.

Jika kita mampu perlahankan masa, sudah tentu lebih banyak perkara yang dapat dilakukan. Ditambah pula dengan melakukan perkara yang mendatangkan manfaat, sudah tentu kita lebih menghampiri kejayaan.

Jika anda sudi mencuba, lakukan perkara berikut secara rutin. Insyallah masa menjadi perlahan dan tanpa disedari, banyak perkara bermanfaat dapat dilakukan.

  1. Menambah ilmu. Ada banyak cara menambah ilmu. Apa yang anda perlu hanyalah meluangkan sedikit masa secara tetap untuk mempelajari perkara baru. Antaranya adalah dengan:
  • Menghadiri kuliah tetap di masjid atau surau.
  • Membaca buku terkini yang membahaskan perkara hebat dari para pemikir yang tersohor.
  • Mengikuti kelas yang mendedahkan ilmu baru atau meningkatkan skill.
  • Belajar bahasa baru
  • Zikir. Sebelum adanya sesuatu, Allah telah ada dan tidak ada perubahan padaNya. Dia yang menciptakan segala sesuatu termasuk ruang, masa dan segala makhluk selainNya. Dengan mengingati Allah, kita membebaskan segala belenggu yang mengikat kemajuan diri kita. Ada berbagai cara berzikir, antaranya adalah:
    • Menyebut Nama Allah, memujiNya dan membesarkanNya.
    • Melaksanakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.
    • Menunaikan solat dan semua ibadah wahib lain.
    • Menjalani kehidupan berdasarkan Al-Quran.
  • Fikir. Akal membezakan antara manusia dengan haiwan. Keupayaan untuk bermuhasabah amalan yang telah dilakukan membezakan diri kita dengan monyet. Sebab itu monyet kekal monyet dan manusia semakin maju. Ada berbagai cara untuk berfikir, antaranya adalah:
    • Bersendirian ditempat sunyi seeloknya satu jam sehari.
    • Berjalan sambil memberi perhatian pada alam sekitar juga merupakan satu sumber berfikir yang mampu tajamkan fikiran.
    • Berbincang atau membahaskan sesuatu persoalan dengan kawan-kawan di tempat yang aman untuk meluaskan perspektif dan pandangan.
  • Berkongsi. Apa saja kelebihan yang kita ada jika dikongsikan banyak mendatangkan faedah. Banyak cara berkongsi, antaranya adalah,
    • Mengajar ilmu atau pengetahuan yang kita tahu pada orang lain terutamanya pada keluarga.
    • Bersedekah atau menderma lebihan daripada yang ada untuk mereka yang memerlukan terutamanya pada keluarga atau mereka yang rapat.
    • Membantu atau menolong orang yang lemah dengan tenaga yang kita ada terutamanya keluarga.
    • Membina perniagaan dan menjadi pelabur atau membiayai projek juga satu bentuk perkongsian.
    • Mencari rakan kongsi untuk sama-sama berniaga sudah tentu satu perkongsian yang cukup bijak.
  • Hargai diri. Tubuh badan manusia merupakan satu kejadian yang ajaib dan sempurna asalkan kita menjaganya dengan baik. Oleh itu pastikan diri dihargai dengan melakukan perkara asas agar tidak rosak. Antara perkara yang perlu dilakukan adalah:
    • Bersenam. Tubuh badan manusia dicipta bukan untuk duduk tersepuk sepanjang masa. Ia memerlukan aktiviti seperti berjalan atau berlari atau bergerak. Setengah jam sehari sudah cukup sebagai aktiviti menghargai diri.
    • Makanlah makanan yang halal dan baik untuk kesihatan dan tubuh badan.
    • Berpuasa secara berkala mampu meningkatkan lagi ketahanan tubuh badan.
    • Berehat secukupnya. jangan abaikan tidur dan jangan paksa diri sehingga melemahkan sistem badan.
    Demikianlah 5 petua ringkas yang perlu dilakukan jika kita ingin menguasai masa.
    Lihat pada mereka yang hebat dengan berbagai sumbangan pada dunia dan masyarakat, biasanya merekalah menjadi pilihan untuk diserahkan lebih banyak lagi tugasan dan tanggung jawab.
    Pelik bukan? mereka amat sibuk dan dah punya banyak aktiviti, tetapi semua orang akan bertumpu pada mereka setiap kali ada tugasan yang mendesak dan peliknya mereka akan menerimanya dan biasanya mampu melaksanakannya.
    Jika kita lihat lagi, mereka juga tidak pernah lupakan amalan yang disebutkan di atas walau sebesar mana kesibukan yang menimpa.
    Tidakkah anda terfikir bahawa anda juga perlu mengamalkannya?
    Author: Shubhi

    Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

    9 thoughts on “5 petua ringkas kuasai masa

    1. Khairul Zamri

      Saya pun sangat singkat masa sekrang ini, byk kerja tak terbuat ini mungkin bermakna kurangnya keberkatan masa huhu kena muhasabah diri

      Reply
    2. Farmasi Tuah

      Saya cuba manfaatkan masa dgn tulis senarai kerja harian dlm 1 buku.bila siap je saya tanda.jika sy x bole buat, sy panjangkan pd org lain.ok tak mcm tu tuan?

      Reply
    3. Akmal Aizat

      Moga kita semua menambahkan amalan berzikir kerana hati yang tenang hadir dengan mengingatiNYA. Ameen.

      Reply
    4. maza

      mmg kekadang tu tak terkejar masa walaupun masa yang diberikan kepada manusia semuanya sama

      Reply
    5. Hafizul

      Emm susah nak kuasai masa..apa yang bro kongsikan memang tak kan merugikan masa yang ada..hehe..terima kasih bro saling ingt mengingati.,hehe

      Reply
    6. suri

      salam.ada banyak cara..saya semua masa sudah setkan…skrg sy dpt kuasai masa degan baik cuma kata hati mmg agak padat.dg blog, memasak, layan anak sampai anak tdo lagi..pikir menu petang dan sikit saya curi masa utk jana rm..

      masa tak tunggu kitakan 🙂

      Reply
    7. kakiblog

      saya sentiasa berfikir untuk mengamalkannya ..terima kasih kerana perkongsian artikel yang hebat ini.

      Reply

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge