7 perkara penting dalam pemasaran

By | 01/04/2013

Setelah pertimbangkan saluran pemasaran yang akan dipilih sebagaimana yang telah disenaraikan dalam posting sebelum ini. Anda perlu memberikan perhatian kepada 7 perkara yang disenaraikan di bawah:

  1. Pantau, ukur dan catitkan setiap teknik pemasaran yang anda lakukan – Orang yang berjaya dalam perniagaan mereka tak ambil remeh dengan maklumat atau data perniagaan. Jangan buang duit dengan ┬áiklan tanpa mencatitkan segala hasil dari iklan tersebut. Berapa orang telefon, berapa yang beli dan sebagainya. Ayat-ayat iklan yang berbeza juga perlu dilihat kesannya terhadap sambutan orang ramai.
  2. Beriklan tanpa membawa apa-apa hasil dari segi jualan hanyalah satu pembaziran – Bayangkan anda bayar RM20 ribu untuk masuk iklan dalam satu majalah glamour. Semua orang kampung bangga bila lihat gambat dan perniagaan anda di dalam majalah tersebut. Tetapi malangya tak ada satu jualan pun terhasil daripada iklan di situ!. Jangan tenggelam dalam khayalan glamour seperti itu!.
  3. Ingat! bakal pelanggan hanya akan membeli dari anda bila mereka perlukannya – Oleh itu pastikan anda tidak jemu-jemu mengemaskini dan tidak kehilangan perhubungan dengan mereka. Dunia media sosial sekarang memungkin semua itu berlaku apabila anda buka blog yang berkait rapat dengan bisnes anda dan berinteraksi dengan mereka yang melanggan blog tersebut. Matlamatnya adalah bila pelanggan itu nak beli, anda akan dipilihnya.
  4. Tangkap semua yang melintas di depan perniagaan anda – Seperti yang diterangkan di atas, jika dalam alam maya, buat apa saja agar mereka yang singgah di blog atau web anda tinggalkan maklumaty perhubungan. Jika di kedai, pastikan anda buat sesuatu agar mereka tinggalkan kad atau nombor telefon atau alamat berhubung. Ini untuk membolehkan anda berterusan berhubung dengan pelanggan tersebut yang entah bila akan membeli dari anda.
  5. Bezakan diri anda dan perniagaan dari orang lain – Jangan bezakan diri anda dari pesaing dengan hanya lawan harga. Semakin anda turunkan harga semakin banyak kemungkinan anda sendiri akan kena jual…macam cerita P Ramlee. Cari dengan gigih jawapan kenapa anda berbeza daripada pesaing.
  6. Semua iklan perlu berupaya menangkap perhatian pelanggan dengan pantas dan cekap – Tajuk atau permulaan yang baik akan mendapat perhatian daripada mereka yang membaca iklan anda. Belajar teknik buat ayat pada iklan adalah satu kemestian agar anda tidak sia-siakan wang anda.
  7. Kita perlu anggap pelanggan sebagai pelanggan seumur hidup – Ramai yang rasa sekali pelanggan beli, mereka akan terus melupakannya dan beri tumpuan pada orang baru. jangan buat begitu. Anggaplah sebaik saja anda mendapat pelanggan baru, fikirkan bagaimana dia akan setia dan tetap menjadi pelanggan anda sehinggalah dia mati!!!.
Begitulah beberapa tips ringkas untuk para peniagan yang sedang memerah otak memikirkan strategi pemasaran syarikat mereka. Mungkin anda tak paham sepenuhnya tapi secara dasarnya ia mencukupi agar anda berada di landasan yang betul.
Bagi mereka yang berkesempatan menggunakan khidmat HR Biz Coaching, anda akan didedahkan dengan kesemua teknik tersebut secara lebih mendalam sepanjang setahun bersama dengan saya, Insyallah.
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge