Amoi! macamna lu jual?

By | 11/01/2013

Persinggahan terakhir makan gaji saya adalah di sebuah syarikat logistik terbesar dunia. Saya bertugas sebagai seorang jurujual. Hanya terdapat dua orang Melayu dalam jabatan yang dikuasai oleh majoriti besar orang Cina.

Tujuan utama saya masuk menyertai angkatan jurujual syarikat tersebut adalah untuk cuba memahami apa itu  jualan dan pemasaran. Saya juga ingin tahu bagaimana mereka yang dah lama dalam lapangan tersebut menjalankan tugasan mereka.

Pada awal kemasukan, saya diberikan latihan secara tidak formal dengan mengikut beberapa jurujual syarikat menjalankan ekpedisi jualan. Salah seorang yang saya ikut adalah seorang amoi yang saya dapat tahu antara yang hebat di situ.

Amoi hebat itu memang cukup seksi dan manja. Keterampilannya memang mengiurkan dan tidak hairanlah orang suka melayannya. Ketika mengikutinya saya bertanyakan satu soalan yang sering bermain di dalam kepala sejak menyertai syarikat itu.

“Amoi!, macam mana lu jual aa?” tanya saya pada suatu hari ketika duduk di depan mejanya. Amoi itu merenung muka saya dan berkata:

“Cuba awak fikirkan jawapan kepada soalan ini”, kata amoi.

“Sebelum awak menemui seseorang pelanggan, sudah ada lebih daripada sepuluh jurujual lain yang datang menemuinya. Semua orang menjual benda yang sama dengan harga yang lebih kurang sama dan kesemuanya berjanji akan memberikan khidmat terbaik”. sambung amoi itu lagi.

“Apa yang awak rasa akan dapat membuatkan pelanggan tersebut memilih awak?”. Tanya amoi pada saya serius. “Jika awak tak dapat jawab soalan itu, tak payah teruskan kerja di sini kerana awak hanyalah membuang masa!”. Itu ayat penamat yang menimbulkan rasa meluat saya pada amoi itu.

Namun setelah beberapa lama, saya terfikir-fikirkan soalan amoi itu pada saya. Saya cuba mencari jawapan setiap hari. Saya sering bertanya kenapa orang perlu memilih saya berbanding lebih sepuluh orang lagi yang menjual benda yang sama dengan harga yang sama.

Saya cuba bayangkan bagaimana jawapan amoi pada soalan yang sama. Mungkin jawapannya adalah:

  • Sebab gua seksi, manja dan menawan serta menggoda.
  • Sebab saya boleh tawarkan servis luar biasa di luar waktu pejabat.
  • Apa lu mau gua bolehj kasi.
Ternyata apa saja yang amoi boleh tawarkan pada pelanggannya, tidak dapat saya tandingi. Terdapat berbagai kekangan yang membuatkan amoi sentiasa menjadi pilihan berbanding diri saya. Sudahlah baru dalam industri, tidak seksi pulak. Jadi apa yang saya perlu lakukan?.
Menemui jawapan
Setelah lama berfikir dan berusaha mencari jawapannya, akhirnya saya mendapat satu rumusan. Jika kesemua sepuluh orang tadi menjual benda yang sama seperti yang saya jual, kemungkinan besar pelanggan akan memilih tawaran dari orang yang paling dia kenali dan yakin. Formulanya adalah:
“Jadikan pelanggan sebagai kawan anda dahulu, jualan akan menyusul kemudian”

Saya merumuskan begitu kerana saya juga berpendirian sedemikian. Saya akan lebih selesa membeli produk dari kawan walaupun produk yang sama dijual oleh beberapa orang lain yang saya tak kenal. Itu sajalah keputusan yang paling mudah bagi seorang pembeli.
Bina hubungan sebagai kawan
Sejak dari itu, setiap kali saya bertemu pelanggan, matlamat utama saya adalah untuk membina jalinan agar kami dapat menjadi kawan.

Saya akan kurang bercerita tentang apa yang saya jual tapi lebih banyak berusaha mengenali dirinya dengan bercerita perkara-perkara yang menarik minatnya. Saya mahu menjadi kawannya dengan ikhlas.

Dengan berbuat begitu, pelanggan mula selesa dan tidak rasa saya hanya membuang masanya. Mereka rasa saya seperti kawan-kawannya yang lain yang tidak ada kepentingan dan bertemu bukan hanya semata-mata untuk menjual barang.

Lagipun ianya berbaloi. Jika kita bersikap begitu kita akan dapat 4 perkara:

  • Dapat satu lagi kawan baru sebagai teman berkongsi pengalaman hidup
  • Dapat menjual barangan pada kawan jika dia memerlukannya dan dapat berkhidmat pada kawan dengan jujur dan membantu memudahkan urusan kerjanya.
  • Dapat mengenali kawan-kawan pelanggan yang lain pula.
  • Mungkin dari situ kita bakal mendapat lebih ramai lagi pelanggan yang berminat dengan barangang kita.
Mulakan dengan kawan lama
Cara tersebut sebenarnya agak memakan masa sebelum hubungan rakan dapat dijalin. Untuk mengatasi masalah tersebut, usaha kita perlulah seimbang antara menemui kenalan baru dengan usaha menemui kenalan yang telah lama kita jalin.
Kita hendaklah memberikan tumpuan awal pada kawan-kawan yang telah ada terlebih dahulu sebelum pergi pada orang lain. Jangan lupa untuk sentiasa menjalinkan hubungan dengan kesemua kawan yang kita ada dan ingat, mereka akan memilih produk anda kerana anda kawan mereka!.
Ada yang berpendapat, kawan biasanya tidak suka membeli daripada kawannya. Betul!, saya juga kadangkala begitu tetapi ada sebabnya.
Sebab yang paling utama adalah kerana saya mengenali kawan saya tersebut dan saya tahu tahap kualiti kerjanya samada dapat memuaskan hati atau tidak. Kebiasannya saya akan beralih pada orang lain jika saya tahu kawan tersebut seorang yang tidak bersungguh dan berdisiplin dalam apa saja kerjanya.
Oleh itu, jika kawan anda tidak memilih produk yang anda jual sebaliknya memilih orang lain yang dia tidak kenal rapat, ia tentulah disebabkan sikap atau atbiat buruk yang ada pada diri anda. Kenal pasti perkara tersebut dan ubahlah diri.
Namun  seandainya kawan suka menggunakan khidmat atau membeli apa saja yang anda tawarkan, anda sebenarnya mampu menjual pada sesiapa saja kerana anda memang benar-benar berkualiti!

Oleh kerana ada pertanyaan seperti komen di bawah, saya sambung sedikit lagi berkenaan hasil daripada rumusan yang saya buat di atas agar menjadikan pelanggan sebagai kawan.

Sejak itu saya memberikan fokus pada mereka yang saya kenal terlebih dulu sebelum menghampiri orang yang saya belum kenal.

Saya mula kerap berjumpa kawan-kawan untuk memahmi apa keperluan kerja serta bagaimana saya boleh membantu mereka. Oleh kerana kami sudah saling mengenali, maka lebih mudah untuk mendapatkan maklumat.

Segala maklumat yang didapati saya gunakan bagi merangka produk yang memenuhi keperluan dan membantu mereka. Diringkaskan cerita dalam masa yang sekejap saja saya membuat perjanjian kontrak perkhidmatan yang bernila lebih daripada RM12 juta.

Dalam masa yang sama syarikat tempat saya bekerja dapat menjimatkan berjuta-juta ringgit hasil dari penyelesaian yang saya tawarkan. Tiada unsur rasuah dan lain-lain dalam proses tersebut dan saya tidak perlu berpakain seksi untuk menawan hati kawan saya!

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

5 thoughts on “Amoi! macamna lu jual?

  1. miesya78

    Assalamualaikum,

    Cara nya sangat halus dan berseni. Terima kasih atas perkongsian tuan. Mohon saya sharekan titipan tuan pada sahabat2 saya yang lain. Semoga memberi inspirasi. Paling penting, semoga ia menjadi ilmu yang di manfaatkan.

    Reply
  2. adanaberkat

    hebat tuan ya..juta2 masuk.Jika tuan punya Syarikat Sendiri sudah semustinya tuan Seorang jutawan..

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul

      Saya dapat close sales lebih daripada RM12 juta dalam tempoh 6 bulan. Sales yang syarikat menghadapi kesukaran untuk masuk sebelum ini…!

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge