Apa saya buat bila bosan dengan perniagaan

By | 06/03/2013

Sekuat manapun semangat yang kita ada, sesekali malah sebenarnya banyak kali, akan dilanda juga dengan masalah bosan terhadap perniagaan yang sedang kita jalankan.

Antara perkara yang membuatkan diri rasa bosan adalah disebabkan oleh:

  1. Pulun macam nak ‘rak’, tapi progress syarikat dirasakan seperti siput babi yang terlalu lembab berjalan. Berbagai macam usaha dilakukan namun semuanya kelihatan macam itu juga sedangkan kawan atau orang lain yang kita lihat, relaks saja, perniagaan mereka nampak berdesup-desup meningkat.
  2. Perniagaan sungguh rancak, tetapi duit sentiasa tak ada atau tak pernah mencukupi. Kalau adapun, ngam-ngam untuk jalankan operasi sahaja. Kita mula berfikir kalau macam ini lebih baik tak payah berniaga, apa guna bertungkus lumus pada sesuatu yang tidak menguntungkan. Kadangkala terasa diri seperti pekerja buruh dari Bangladesh.
  3. Gangguan atau tekanan yang tak sepatutnya serta tidak perlu dari keluarga atau pasangan (suami atau isteri) yang menerjah bertalu-talu sedangkan kita gigih pulun menjayakan usaha niaga. Kenapa mereka tak faham seolah-olah kita selama ini hanya berfoya-foya. Tak tahukah mereka yang kita pulun sakan untuk kebaikan mereka juga. Berilah sokongan, bukannya menyusahkan!
  4. Hilang idea untuk melakukan pembaharuan agar perniagaan menjadi lebih maju. Perniagaan berjalan lancar tetapi kita rasakan masih tidak cukup dan jika tiada idea baru, risau perniagaan akan dilanda masalah.
  5. Konflik dalaman sesama rakan niaga. Masing-masing merasakan diri merekalah yang lebih banyak menyumbang kepada perkembangan perniagaan tersebut. Kita mula rasakan diri tidak dihargai sedangkan terlalu banyak pengorbanan yang telah dilakukan. Mula timbul idea untuk bergerak secar5a solo.
  6. Bisnes amat cemerlang dan hasil melimpah ruah sehingga tak tahu nak buat apa-apa. Bila perniagaan bermasalah, kita akan terlalu sibuk membetulkannya. Bila perniagaan berjaya pulak kita akan mula sibuk menguruskan kejayaan dan kurang beri perhatian pada perniagaan. Lebih-lebih lagi bila perniagaan berjalan dengan lancar walaupun tanpa kehadiran taukeh.
  7. Masalah modal tak cukup sedangkan idea untuk membesarkan perniagaan ada banyak dalam kepala. Fikiran rasa berserabut atas dorongan keinginan untuk melaksanakan idea meluap-luap.
  8. Semua berjalan lancar, pelanggan ramai, produk atau servis laris tetapi aliran wang tunai dalam keadaan bahaya. Dalam kertas sahaja nampak positif, sedangkan realitinya pelanggan tak bayar. Perniagaan menjadi sukar, pekerja tak cukup, nak tambah pekerja duit tak ada…telur dulu, ayam dulu, mana satu dahulu…pening!
  9. Dihinggap masalah angau!. Ini juga satu masalah yang agak biasa di kalangan usahawan. Maklumlah orang nampak dari luar Taukeh nampak macam hebat banyak duit, maka ramailah yang tertarik. Bila layan, semakin lama semakin terendam dan akhirnya tersedar di dalam jiwa ada penyakit angau. kalau bujang masih ok, elok teruskan secara serius. masalhnya bila dah berumah tangga.
Banyak lagi kalau nak disenaraikan. Mungkin pembaca yang dah berniaga boleh kongsikan di ruang komen bawah untuk maklumat saya dan semua pembaca….tolong jangan kemut ilmu untuk kongsikan masalah perniagaan anda…ok!.
Berbalik pada tajuk asal entri ini, bagaimanakah saya hadapi semua masalah tersebut jika ianya melanda?

Sebenarnya segala masalah yang dihadapi adalah perkara biasa dalam menjalani kehidupan sebagai seorang usahawan. Bila kita dilanda masalah, fikiran mula menjadi hilang arah dan kita sering silap faham dan meletakkannya kepada masalah hilang semangat dalam perniagaan. Akhirnya kita rumuskan bahawa kita telah dilanda bosan!.

Hanya ada satu saja cara untuk menyelesaikan segala masalah yang saya sebutkan diatas. Kita perlu meletakkan semula diri kita pada landasan yang betul. Untuk itu kita perlu mencari kaedah untuk meningkatkan semula daya tumpuan diri kita pada tugasan.

Untuk membolehkan diri fokus semula, syarat paling utama adalah dengan mencari ketenangan diri. Fikiran yang tenang membolehkan otak berfikir dengan tahap yang maksima. Bila otak tenang, daya tumpuan mula tajam dan semangat akan kembali meningkat.

Berikut saya senaraikan beberapa pendekatan yang biasa diambil bagi mndapatkan semula arah serta ketengan jiwa dan seterusnya membolehkan tumpuan dilakukan semula dalam mengatasi segala masalah yang menimpa:

  • Bahagikan kerja semaksimum mungkin kepada orang lain. Samada pada rakan kongsi, pekerja atau kawan atau sesiapa saja yang boleh membantu. Orang putih kata ‘delegate’. Ini akan membolehkan anda keluar sebentar dari keributan dan menjadi penonton.
  • Ambil cuti beberapa hari untuk berehat. Jangan fikirkan langsung tentang masalah yang sedang dihadapi., isikan dengan aktiviti lain yang boleh menceriakn diri anda.
  • Berjalan  makan angin samada dengan keluarga, kawan atau sendirian. Lihat kejadian alam, lihat keindahan pemandangan. Lihat warna warni kehidupan dan lihat apa saja yang anda tak sempat lihat ketika sibuk berniaga.
  • Anda juga boleh sekadar duduk rumah bersama keluarga. Layan anak-anak, layan pasangan, layan keluarga, ibu bapa, saudara mara.
  • Balik kampung. Jumpa kawan-kawan lama. Jumpa jiran kampung, jumpa orang tua, jumpa kawan-kawan kepada orang tua anda.
  • Keluar berborak dengan kawan-kawan yang ada banyak masa. Berbincang dengan mereka segala isu yang terlintas di kepala.
  • Cari mentor atau orang yang berpengalaman. Biasanya mereka yang dah pencen dah masak dengan pancaroba kehidupan. Kongsi impian anda dengannya dan minta dia ceritakan pengalaman kehidupannya yang manis atau pahit. Dia akan berbbesar hati jika anda sudi mendengar ceritanya. Banyak yang anda akan belajar darinya.
Anda boleh melakukan kesemua yang saya senaraikan di atas atau memilih salah satu daripadanya. Tetapi pastikan ada elemen yang berikut:
  1. Kawan
  2. Keluarga
  3. Mentor
Sebenarnya 3 golongan di atas amat diperlukan bagi mengekalkan motivasi diri sepanjang menjadi usahawan. Tanpa salah satu daripada elemen tersebut, anda akan mudah kecundang dan tidak dapat megembalikan semangat yang telah hilang.
Setelah melakukan aktiviti yang saya sebutkan di atas, anda pasti akan bersemangat semula. Bila semangat dah datang, mula berikan tumpuan semula bagi menyelesaikan segala masalah satu persatu.
Jika anda ada mentor atau jurulatih perniagaan, anda boleh dapatkan pertolongannya untuk mencari serta meyusun keutamaan. Utamakan yang lebih utama dan selesaikan satu persatu dengan bantuan mentor atau jurulatih perniagaan anda.
Kalau tak ada jurulatih, hubungi saya!
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

12 thoughts on “Apa saya buat bila bosan dengan perniagaan

  1. nazrimi

    salam…
    tang ayat yang last..paling saya suka..
    takde jurulatih..hubungi saya..
    memang dengan HR biz coaching kena sedut ilmu tuan banyak2..
    sesuai..nak berjaya kena ada mentor..
    semoga Tuan Subhi dan team membantu para usahawan untuk berjaya dunia akhirat..
    ameen ya Rabb..

    Reply
  2. Mohammad Ali

    saya berhenti kerja dan memulakan perniagaan 6 bulan yg lalu..sekarang ni masalah survival business dan personal commitment. Collection bulan2 hanya cukup utk overhead (sewa kedai & gaji pekerja), kadang2 ada terlintas nak bekerja semula akibat desakan kewangan. Buntu sbb tertekan dgn tekanan survivality perniagaan dan komitmen bulanan family

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul

      6 bulan berlalu, tentu dah banyak data dan maklumat yang dikutip, gunakan data tersebut untuk memperbaiki perniagaan, jangan putus asa. Alang-alang lari marathon biar sampai tamat…insyallah Tuan akan berjaya. Ya Allah! berikan kekuatan dan kebijaksanaan pada saudara Mohammad Ali untuk berjaya. Amin.

      Reply
    2. Anonymous

      betul tu kena sabar..banyakkan doa dan usaha..saya dulu pun macam tu

      Reply
  3. mamat stai

    sebagai part time business lagi susahkan?… Motivasi tak cukup kuat, kerja di office lagi, business lps kerja lagi, family lagi… tapi demi sesuap nasi digagahkan juga…

    Reply
  4. Anonymous

    Masalah saya,hutang terlalu banyak.income dan keuntungan pun jadi ngam2 untuk teruskan operasi perniagaan sbb nak byar hutang.Nak besarkan perniagaan pun terbantut..da setahun bisnes biasa je..

    Reply
  5. Anonymous

    Gangguan no 3, amat kena sekali bukan hanya mereka yg bergelar usahawan tapi ia terjadi kepada siapa sahaja…
    Bagi saya @ ana @ moi hadirkan diri d majlis ilmu @ kuliah magrib @ tazkirah, insallah d sana ada ketenagan. Lan X Inokom

    Reply
    1. Anonymous

      bahasa perancis rupanya..baru saya faham. 🙂

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge