Apa yang anda perlu kumpul untuk jadi usahawan berjaya

By | 03/12/2012

Jika hanya ada dua perkara yang anda ada perlu ada untuk menjadi jutawan dalam apa saja perniagaan, saya meletakkannya pada:

  1. Kedegilan
  2. Kesabaran

Berbekalkan dua sikap di atas setiap usahawan perlu menghabiskan masa yang dia ada untuk mengumpulkan perkara-perkara berikut di bawah:

  • Ilmu – segala pengetahuan yang diperlukan untuk memahami industri yang dijalankan.
  • Terus berusaha – Sentiasa berusaha dengan menggunakan ilmu yang ada untuk membuat perubahan demi perubahan bagi mencapai matlamat.
  • Cari peluang disebalik masalah – Berfikiran positif membuatkan seseorang itu berfikir secara berbeza berbanding kebanyakan orang lain. Tidak ada masalah melainkan diiringi dengan peluang
  • Kumpulan pembantu – Antara takrif usahawan adalah, “orang yang mengumpulkan segala sumber yang ada bagi merealisasikan impiannya”.
    • Kawan dalam bidang undang-undang
    • Kawan dalam perkara strategi dan pengurusan
    • Kawan dalam bab kewangan
    • Kawan dalam bidang yang anda ceburi
    • Kawan atau ustaz yang boleh memberikan nasihat agama serta mantapkan keimanan terutamanya jika anda seorang yang percaya pada aktiviti sihir dan bomoh buatan orang untuk menjatuhkan anda. 
    • Kawan yang anda boleh memberikan sumbangan nasihat dan bimbingan
  • Lakukan segala yang wajib dan tinggalkan segala yang haram – tak ada yang lebih mampu menyelamatkan manusia selain dari mengamalkan petua ini. Gigih berusaha dan jangan putus asa jika tersasar. Segera bertaubat setiap kali tergelincir.
  • Pilih beberapa amalan sunat dan berikan komitmen yang tinggi untuk mengamalkannya. Setiap daripada kita punyai kecenderungan yang berbeza. Ada yang lebih mudah bersolat, ada yang lebih mudah bersedekah, ada yang lebih mudah berpuasa, ada yang lebih mudah berzikir. Pilihlah mana yang anda selesa dan berikan komitmen penuh.

“Anda tidak perlu menjadi genius untuk menjadi usahawan berjaya!”

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge