Apa yang membezakan anda dengan Boss anda

By | 19/12/2012

Sehebat manapun anda sudah tentu ada yang lebih hebat. Terdapat jutaan orang lain yang lebih berjaya dan hebat dari saya dan lebih berjaya perniagaan mereka.

Boss anda sudah tentu lebih hebat dari anda walaupun anda tak mahu akuinya dan merasakan anda lebih bijak atau baik dari dia. Kalau anda seorang supervisor, tentu ada manager di atasnya. Kalau anda manager tentu ada General Manager di atasnya dan begitulah seterusnya.

Apa yang membuatkan mereka jauh lebih hebat dari anda? saya yakin semua orang yang normal sama bijak. Anda dan juga saya sudah tentu tidak lebih bodoh daripada orang yang hebat dari kita. Tetapi kenapa mereka jauh lebih berjaya dan kita berada di takuk ini juga?

Dalam pengamatan saya mereka yang lebih hebat dan berjaya daripada kita hanya disebabkan oleh dua perkara sahaja:

  1. Mereka berfikir dengan cara yang berbeza dan
  2. Mereka buat atau melaksanakan kerja dengan cara yang berbeza dari kita
Dalam apa saja yang  mereka lakukan, dua perkara di ataslah yang membuatkan mereka berbeza daripada kita. Samada dalam hal belajar, dalam hal mengurus, dalam hal berniaga atau apa saja yang dilakukan.
Berita baik
Mengetahui rahsia yang disebutkan di atas, sebenarnya ia adalah satu berita baik untuk semua. Terutamanya bagi mereka yang rasa bahawa mereka kurang berjaya disebabkan faktor seperti kebijaksanaan, bernasib baik atau sebagainya.
Berita baiknya adalah anda dan juga saya juga boleh menjadi seperti mereka dengan memberikan perhatian kepada satu perkara, iaitu:
” Lihat, belajar dan tiru bagaimana mereka buat kerja!”
Cara mereka buat kerja sebenarnya adalah terjemahan daripada cara mereka berfikir. Semakin hampir kita meniru cara mereka buat kerja maka semakin hampirlah kita mengikuti cara mereka berfikir.
Langkah mula
Bagaimana anda boleh berjaya seperti mereka yang lebih berjaya boleh dimulakan dengan:
  1. Mengenal pasti siapa yang anda mahu contohi. Jika anda seorang penyelia, lihat cara pengurus anda buat kerja, jika anda seorang usahawan kecil, lihat bagaimana cara seorang usahawan besar buat kerja dan begitulah seterusnya.
  2. Mendekati dan rapat dengan orang yang telah anda kenal pasti. Anda tak akan dapat belajar dengan sempurna dengan orang yang anda tak suka. Anda juga tak akan dapat belajar dengan orang yang tidak menyukai anda.
  3. Dalam sebanyak mungkin apa yang mereka lakukan. Lihat buku apa mereka baca, dengan siapa mereka berkawan, berita apa yang menjadi perhatian mereka, bagaimana mereka habiskan masa lapang dan lain-lain lagi.
Bagaimana mereka mengklasifikasikan tahap kepentingan kerja
Trade mark mereka yang berjaya biasanya adalah keupayaan mereka mengenal pasti mana perkara yang perlu didahulukan dan mana yang perlu ditangguhkan.
Jika kita sering perhatikan sikap tersebut, kita akan mula melihat peningkatan yang hebat dalam diri kita. Semua orang mengakui bahawa terlalu banyak yang mahu dilakukan. Berdasarkan masa yang kita ada, adalah hampir mustahil untuk buat kesemuanya.
Tetapi jika anda tahu mana yang lebih penting di antara yang paling penting. Kemudian berikan komitmen penuh untuk melaksanakannya dengan baik sampai sempurna, perkata lain yang kecil yang tidak sempat dilaksanakan tidak akan memberikan kesan kepada kejayaan anda.
Selamat berfikir dan mencuba demi kejayaan dunia dan akhirat!
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

One thought on “Apa yang membezakan anda dengan Boss anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge