Bagaimana lampu isyarat membuatkan anda hebat!

By | 24/10/2012

Semua orang yang ada lesen memandu pernah melihat ‘traffic light’. Kalau ada lagi manusia zaman ini yang terpingga-pingga tak tahu apa traffic light, bermakna dia sudah lebih dari 50 tahun duduk dalam hutan tak pernah keluar.

Sepanjang pengalaman berkawan dengan orang yang ada lesen memandu, kebanyakannya akan cuba sedaya upaya menjauhi jalan raya yang banyak lampu isyarat. Bagi yang keras hati pulak, akan cuba sedaya upaya menipu lampu isyarat samada dengan tidak mematuhinya atau berpusing ke sebelah jalan yang lampunya hijau (Kalau pernah buat tentu faham cara ini).

Apa yang boleh dirumuskan di sini adalah kebanyakan orang tidak suka dengan kehadiran lampu isyarat. Semakin berkuasa atau laju kenderaan yang seseorang bawa, lebih tinggi tahap kebencian dia akan kehadiran traffic light.

Kesimpulannya, jika kita rasa lampu isyarat tidak berguna maka apa saja akan dilakukan untuk mengelakkannya. Sebaliknya jika mengambil pendekatan bahawa lampu isyarat amat berguna dan banyak membantu meringkaskan kehidupan, maka kita akan tersenyum lebar setiap kali bertembung dengan lampu isyarat.

Berikut saya senaraikan beberapa idea kenapa lampu isyarat boleh membuatkan kita gembira:

  • Membantu kita merehatkan otak. Jika tak ada lampu isyarat otak terpaksa bekerja keras bagi memastikan kenderaan kita dapat melintas jalan tersebut dengan selamat. Dengan adanya lampu dia, kita sudah tidak perlu berfikir lagi bila nak jalan atau bila nak berhenti.
  • Menambahkan ilmu. Banyak buah buku telah saya habiskan hanya di dalam kereta di baca ketika lampu isyarat merah. Setiap kali naik kereta saya tak pernah lupa sediakan sebuah buku yang mahu dibaca. Jika buku itu menarik saya sering tak sabar menantikan lampu isyarat yang kereta berbaris dengan panjang supaya saya terpaksa berhenti 3 atau 4 kali. Masa ini boleh digunakan untuk membaca.
  • Merehatkan kaki dan lain anggota. Kedudukan kaki sepanjang memandu adalah menegak bagi menakan minyak. Kedudukan ini menyakit dan melenguhkan tumit. Bila ada lampu isyarat kaki boleh relaks dengan selesa. Peluang menunggu juga digunakan untuk mengeliat dan menghurut anggota-anggota lain.
  • Jawab sms. Sama macam membaca, jika terlupa bawa buku, saya akan buka sms atau edit nombor kenalan dan lain-lain.
  • Menjamu mata. Ini antara perkara paling menyeronokkan ketika menunggu lampu hijau. Berbagai ragam pemandu yang boleh kita saksikan. Ada yang terkocoh-kocoh macam tahik dan separuh keluar dari dubur. Ada yang suka testing hon kereta. Ada makwe lawa. Ada kereta mewah dan bermacam-macam lagi.
  • Mengasah otak. Jika ada doa atau bacaan ayat Al_Quran yang saya mahu hafal masa inilah yang paling ditunggu-tunggu. Saya akan buat salinan dan sematkan pada sisipan kereta. Bila berhenti saya bukan dan baca dan bila berjalan saya cuba hafal.
  • Berlatih berpidato. Masa kereta berhenti saya boleh menggayakan tangan bebas sambil berlatih berucap tentang tajuk-tajuk tertentu. Biasanya tindakan sebegini membuatkan orang di sebelah atau belakang rasa cuak untuk mencucuk atau memotong Q.
  • Potong kuku. Saya sentiasa sediakan pemotong kuku dalam kereta terutamanya pada hari khamis atau jumaat yang mana potong kuku adalah disunatkan. Kalau barisan kereta panjang dan waktu menunggu lama, kuku kakipun boleh kita potong.
  • Jaga ktrampilan lain. Saya ada sediakan juga gunting kecil. Bila kereta terpaksa berhenti menunggu, keluarkan gunting untuk trim misai atau janggut. Kita juga boleh trim bulu hidung yang tersembul keluar yang boleh menghodohkan rupa serta ketrampilan diri.
Waduh!, tak sangka juga banyak benda saya sering buat setiap kali bertembung dengan lampu isyarat. Memang betul rupanya selain mengawal lalu lintas, lampu isyarat juga membuatkan saya lebih hebat!. Anda bagaimana?
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge