Bagaimana nak tahu anda berbakat sebagai jurujual hebat

By | 07/08/2013
Jurujual

Bagaimana majikan memilih untuk merekrut seorang jurujual?

Kebiasaannya, kita dikategorikan dalam 3 jenis perangai atau sikap:

  1. Peramah tegar
  2. Sederhana
  3. Pendiam
Kebiasaannya para majikan lebih cenderung untuk membuat anggapan bahawa seorang jurujual yang hebat semestinya seorang yang berada di dalam kategori pertama.
Mereka yang over-peramah dianggap sebagai superstar dalam bidang jualan. Orang yang over peramah biasanya senang memulakan perbualan.
Mereka tebal muka mula bercakap dengan sesiapa saja tak kira seseorang itu bengis mukanya atau manja mukannya.
Kedinginan bilik yang ditup hawa dingin akan panas dengan adanya seorang yang kaki bercakap dan peramah.
Bagi seorang yang pendiam pula, mereka tetap akan diam samada berada seorang diri maupun ketika bersama dengan ramai orang.
Malah lebih teruk lagi, seorang yang pendiam lebih suka mengelakkan berada bersama dengan orang ramai kerana takut terbuka mulut mereka lalu tersembul keluar mutiara yang sedang dikulumnya.
Secara logiknya, memberikan sesuatu produk kepada seorang yang pendiam untuk melakukan jualan akan berakhir dengan produk tersebut terpaksa bercakap dengan sendiri memperkenalkan dirinya.
Itupun jika produk boleh bercakap, jika tidak alamat ia tidak akan terjual dalam masa yang lama.
Oleh itu, para majikan akan berebut memilih orang yang peramah untuk diletakkan sebagai jurujual produk atau perkhidmatan mereka.
Betulkah begitu?
Segalanya terbongkar apabila kajian dilakukan terhadap 3 jenis jurujual yang saya sebutkan di atas tadi. Orang yang peramah didapati tidak menunjukkan prestasi yang paling hebat dalam aktiviti jualan.
Orang yang pendiam pulak didapati tidak pula gagal melaksanakan tugasan mereka sebagai jurujual. Malah prestasi mereka hanya kurang sedikit saja berbanding si peramah.
Apa yang mengejutkan adalah jurujual yang paling hebat jatuh kepada mereka yang sederhana. Mereka tidak terlalu peramah dan tidak juga seorang yang pendiam.
Prestasi mereka yang bersikap pertengahan berjaya menunjukkan prestasi yang jauh lebih menonjol berbanding peramah dan juga pendiam!.
Apa maksudnya?
Untuk pengetahuan anda, perangai pertengahan antara peramah dan pendiam merupakan golongan majoriti paling besar manusia.
Golongan peramah tegar dan pendiam merupakan golongan minoriti. Kalau dalam graph loceng, mereka berada di penjuru kiri dan kanan graph tersebut. Golongan sederhana berada di tengah graph.
Ertinya di sini adalah anda atau saya berkemungkinan besar merupakan golongan yang sederhana yang tidak terlalu peramah dan tidak pula terlalu pendiam.
Apa yang saya nak berii tahu di sini adalah, anda dan saya sebenarnya punyai pakat besar untuk menjadi jurujual yang hebat dan berjaya!!!.
Buang kepercayaan karut bahawa anda tidak ada bakat menjadi jurujual.
Orang Melayu terutamanya amat fobia dalam aktiviti menjual. Kerjaya sebagai jurujual menjadi kerjaya yang paling akhir sebagai pilihan.
Kita sangkakan bahawa kita tiada bakat sebagai seorang jurujual sedangkan iatu merupakan satu kepercayaan karut.
Bagaimana ini boleh berlaku?
Orang yang terlalu lebih bercakap biasanya tak berikan peluang pada orang lain bercakap. Apabila orang itu merupakan prospek pelanggan anda, anda sebenarnya sedang membunuh potensi menjual.
Orang yang tak bercakap pulak kelihatan macam seorang yang sombong. Nak jual barang macam tak nak jual. Jadi bakal pelanggan akan cabut begitu saja.
Orang pertengahan pula akan bercakap bila perlu dan diam bila perlu. Proses ini membolehkan adaptasi dan pemahaman terhadap kehendak pelanggan dikenal pasti.
Tidak hairanlah mereka sering menjadi jurujual yang hebat.
Oklah! selepas ini, jika anda rasa tak layak jadi jurujual, fikirkan semula….!
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

3 thoughts on “Bagaimana nak tahu anda berbakat sebagai jurujual hebat

  1. Ezad

    Paling menyedihkan apabila kita tidak sedar dgn bakat yg semula jadi ada dlm diri kita kerna dgn bakat yg ada itulah kita dapat gunakan utk jadi kaya.tapi lebih buruk lagi jika kita tertipu dgn bakat yg konon2 ada tetapi sbnrnya itu hanyalah minat dan hobi dan bukannya bukan bakat..bakat sahaja tidak cukup tetapi perlukan ilmu dan teknik…Org melayu mmg tidak suka jd jurujual sbb fikir tidak pandai bercakap..tapi jika kita lihat jurujual kereta bangsa asing ..bercakap bahasa melayu tidak betul pun boleh menipu orang melayu..sy mulakan kerjaya sbg pegawai bank sblm menjadi jurujual kereta..skrg dlm bidang insurans dan takaful…jika ada yg berminat utk dibimbing sila hubungi sy Hafeeda 0179431607

    Reply
  2. yanmie

    Salam,

    Kalau saya memang takde ciri-ciri yang boleh buat sale, pokok pangkalnya kalau nak berniaga kena ada minat kot, takde minat maka sale pun tak boleh jalan..tu saya lah tu..hihihi.

    Tapi untung orang yang pandai meniaga ni kalau kena cara. Mak saya di kampung meniaga kedai runcit, alhamdulillah syukur ada juga sedikit rezeki dari hasil tersebut.

    Terima kasih atas perkongsihan.

    Reply
  3. daddydee

    Saya pun susah untuk buat sale. Dulu senang.je kungkin sebab dah lama tinggalkan bidang ni

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge