Ini soalan yang biasa kita dengar, “bagaimana anda bayangkan diri anda dalam tempoh 5 tahun dari sekarang?”. Anda semua tentu pernah dengar dan mungkin pernah ditanya soalan itu. Mungkin juga anda pernah bertanya pada diri sendiri soalan yang sama.
Soalan seperti itu amat popular di kalangan motivator. Teori menyatakan apa yang kita bayangkan dalam kepala kita tentang diri kita suatu masa nanti bakal menjadi kenyataan. Lebih jelas dan terperinci yang kita bayangkan lebih besar kemungkinan ianya akan berlaku.
Saya pernah dan sering tertanya-tanya ketika kecil, bagaimana agaknya diri saya bila saya berumur dalam lingkungan 40-an nanti. Pertanyaan itu sering bermain di kepala saya sebab teringin nak cepat dewasa agaknya. Cuma silapnya tak ada orang yang beritahu saya bahawa saya sendirilah yang perlu bayangkan macam mana diri saya berdasarkan apa yang saya ingini.
Logiknya teori membayangkan apa yang anda nak jadi lima tahun lagi penting adalah kerana ia seumpama satu destinasi perjalanan kehidupan. Jika tak tahu di mana destinasi, alamat kita sampai entah ke mana-mana walaupun hakikatnya kita sampai juga di sesuatu tempat. Perjalanan lebih mudah jika ada destinasi dan kita rancang dan susun perjalanan itu sehingga sampai.
Satu lagi teori mudah untuk mengetahui apa anda akan jadi dalam tempoh lima tahun lagi adalah dengan melihat pada dua perkara:
- Bahan bacaan apa yang kita baca
- Dengan siapa kita habiskan masa berkawan
- Menentukan apa yang kita ingin nak jadi lima tahun lagi.
- Memilih kawan yang sesuai dan boleh membantu keinginan tersebut.
- Memilih buku-buku yang sesuai untuk di baca bagi membantu kejayaan anda.
4 comments
setuju. Sangat setuju.
titan recently posted…My Dream Honeymoon Destination with Bali Honeymoon Package..
Ya, usaha itu penting. Semoga kita semua berjaya dunia akhirat, Aameen
Dapatkan buku saya yang bertajuk ‘Siapa Kita 10 Tahun Lagi?’ di pasaran.. Buku ini telah diterbitkan oleh Must Read Sdn Bhd pada Mei 2011.. Pelaburan anda cuma RM 19.90 sahaja!
Jangan lupa copy dan paste URL di bawah ini untuk LIKE LIKE LIKE page FB buku motivasi ‘Siapa Kita 10 Tahun Lagi?’ sekarang!
http://www.facebook.com/siapakita10tahunlagi
interesting…tqvm for the knowledge sharing