Berehat dengan makan gaji – Pilih perniagaan cara saya

By | 20/09/2012

Kerja semula untuk fikir niaga
Mulanya berhenti kerja untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Selepas lebih 2 tahun bergelomang dengan dunia niaga dan bergaul bebas dengan usahawan jaya. Saya terpaksa masuk semula ke dunia kerja makan gaji.

Makan gaji kali ini agak berbeza seperti sebelumnya kerana ia lebih merupakan percutian makan angin untuk merehatkan diri menentukan perniagaan apa yang saya nak jalankan sebenar-benarnya. Seperti yang saya ceritakan sebelum ini saya diterima bekerja di sebuah syarikat multinasional di Shah Alam.

Sakit juga untuk memulakan kerja makan gaji setelah lama hidup tak ada jadual keluar masuk bangunan. Bila makan gaji kita terpaksa mendisiplinkan diri seperti mana semua pekerja lain. Kalau semua orang datang dan balik ikut suka, alamat tak akan ada syarikat yang dapat bertahan lama. Jadi saya menurut apa yang orang lain semua lakukan.

Oleh kerana takut nanti nampak sangat yang saya kerja untuk berhenti, maka saya masuk kerja lebih awal setengah jam dari orang lain dan pulang sekurang-kurangnya sejam lebih lewat dari waktu balik. Saya juga terima apa saja tugasan tak kira samada senang atau susah tanpa banyak soal sepanjang makan gaji itu.

Semua itu membuatkan saya disayangi oleh semua boss. Kalau ada kenaikan pangkat tentu saya yang lebih diutamakan. Nampaknya sepanjang makan gaji saya belajar macam mana seorang pekerja mahu membuatkan bossnya sayang. Tentu ini amat berguna bila saya jadi boss kelak ketika berniaga.

Mula mencatit idea perniagaan
Diringkaskan cerita saya tak curi tulang sepanjang makan gaji itu. Saya tidak amalkan makan dan berak di tempat yang sama. Bila kerja, amanah dengan tugasan dan lakukan aktiviti peribadi diluar waktu kerja. Atas dasar itulah saya pulang lewat sedikit setiap hari untuk melayari internet di kilang.

Selain belajar mendalami ilmu IT serta Telekomunikasi yang diperlukan untuk kerja saya di situ, saya juga membaca apa saja maklumat tentang perniagaan yang boleh sekadar menambahkan pengetahuan. Setiap hari saya catitkan perniagaan yang tercetus di kepala pada kertas.

Peringkat mula saya hanya perhatikan apa saja perniagaan yang melintas dan catit tanpa membuat apa-apa kajian. Hasilnya terlalu banyaklah perniagaan yang disenaraikan. Akhirnya saya buat keputusan untuk senarai pendekkan dengan menyediakan kriteria perniagaan yang saya mahu. Berikut kriterianya:

  1. Tidak perlu modal yang banyak
  2. Tidak perlu mengharapkan kontrak atau tender kerajaan
  3. Boleh berniaga dengan sesiapa saja samada swasta atau kerajaan.
  4. Boleh berniaga terus kepada pengguna atau orang ramai.
  5. Tidak punyai kekangan untuk masuk.
  6. Tidak perlu glamour
  7. Tidak diceburi oleh ramai Melayu
  8. Boleh berkembang jauh
Apabila ada kriteria, senarai mula menjadi pendek. Setiap perniagaan yang terlintas akan dipertimbangkan samada memenuhi kriteria di atas atau tidak. Ia memudahkan lagi kerja pencarian saya.

Sebenarnya kriteria yang disenaraikan di atas banyak dipengaruhi oleh bacaan saya terhadap sebuah buku yang menyenaraikan golongan jutawan senyap di Amerika. Hampir kesemua jutawan senyap di sana yang bermula dari kosong dan kaya dalam tempoh satu jenerasi menjalankan perniagaan yang lansung tidak glamour dan boleh dilakukan oleh sesiap saja.

Berikut antara contoh perniagaan tidak glamour dan boleh dilakukan oleh sesiap saja:

  • Buang sampah
  • Cuci toilet
  • Kedai runcit
  • Kutip barang buangan
  • Khidmat potong rumput
  • Khidmat kemas rumah atau pejabat
  • Pest Control
  • Pemborong, pembekal dan pengedaran
  • Logistik atau pengankutan
  • Kedai kereta potong
  • Jual barang scrapt
  • Dan lain-lain seumpamanya
Ia merupakan satu penemuan mengejutkan ketika membacanya tapi saya percaya ia logik boleh diterima akal kerana kecenderungan manusia lebih suka pada benda glamour. Oleh itu bioa sebut bab berniaga mereka secara semula jadi cuba mengelak untuk benda yang lansung tak glamour.
Senarai idea business saya semakin pendek dan saya mula melakukan sedikit kajian terhadap setiap idea yang dicatitkan. Berikut maklumat yang saya cari:
  • Berapa besar pasarannya setahun. RM10 juta?, RM100 juta? atau berapa?
  • Siapa pesaing utama dan berapa banyak syarikat besar yang ada. Adakah pesaing luar begara yang masuk dan lain-lain seumpamanya.
  • Apakah ada syarat atau lesen tertentu yang dikenakan oleh kerajaan atau ianya bebas untuk sesiap saja keluar masuk.
  • Berapa ramai pesaing kecil-kecilan dan bagaimana taburannya di seluruh negara.
  • Bagaimana keadaan dan siapa pembekal peralatan dan juga keperluan sokongan dalam industri tersebut.
  • Adakah industri tersebut mempunyai persatuan
  • Apakah demografik pengguna terhadap perniagaan tersebut.
Kaji punya kaji akhirnya saya buat keputusan untuk memilih perniagaan Pest Control. Syarikat yang saya perlu jadikan bayangan ikutan adalah tidak lain dan tidak bukan Rentokil, sebuah syarikat antarabangsa yang punya cawangan di seluruh pelusuk muka bumi ini termasuklah di pulau-pulau atau di tanah besar.
Dari situ saya terus mendalami dan mengumpul maklumat sebanyak yang boleh tentang industri Pest Control di Malaysia. Kajian menjadi lebih mendalam sehingga setiap tuan punya syarikat yang telah lama dalam perniagagan tersebut di malaysia saya temui dan berkawan. Saya serta  persatuan dan dapatkana segala maklumat di mana dan bila pemain industri berkumpul.
Disitulah bermulanya penglibatan saya dalam dunia Pest Control….anda pula bagaimana?
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

4 thoughts on “Berehat dengan makan gaji – Pilih perniagaan cara saya

  1. Anonymous

    Terima kasih.kepala da ligat kluar dari kepompong mkn gaji

    Reply
  2. Jank Fairuz

    wah,,,, memang terbaik bang.
    seronok baca post dari pengalaman sendiri.
    Salam dari saya penjual aiskrim.

    Reply
  3. Denim

    Terima kasih di atas maklumat yang berguna. Semoga Tuan terus berkongsi pengalaman dan ilmu di sini.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge