Berniaga, tak naik-naik, kenapa?

By | 04/09/2012
“Maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang. (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya”
(Al-Maa’uun ayat 4 & 5)
Lihat ayat di atas. Bersolat tapi mendapat celaka. Kenapa jadi begitu? Buat keputusan untuk bersolat merupakan satu keputusan yang terbaik, tapi nanti dulu, itu belum habis lagi kerana keputusan yang baik perlu dilaksanakan dengan betul barulah mendatangkan hasil yang dikehendaki.
Belajar dari ayat di atas. Membuat keputusan untuk berniaga merupakan satu keputusan yang cukup baik. Kita menyahut cabaran fardu kifayah. Kita mengambil iktibar kelebihan berniaga berbanding makan gaji.
Tapi ingat! melaksanakan perniagaan dengan betul adalah perkara pokok untuk mendapatkan ganjaran yang disediakan kepada para usahawan. Jangan laksanakan perniagaan secara membabi buta hentam kromo ikut suka hati kita, itu menempah maki hamun pelanggan namanya.
Melaksanakan perniagaan dengan betul memerlukan ilmu. Belajarlah dari mereka yang berjaya. Belajarlah dari kesilapan, perbetulkan sehingga berjaya. Insyallah hidup akan berubah.
Tak faham lagi? tak apa lihat contoh ini:
Untuk main bola dan untuk menang lawan bola, kena jaringkan gol. Bawa bola sampai ke gawang gol. Itu keputusan yang baik. Sepak untuk sumbat masukkan gol. Itu juga keputusan yang baik. 
Tapi jika sepak macam pondan, tepat kearah penjaga gol. Selamba saja penjaga gol kutip bola sambil tersenyum. Buat penat bawa bola naik atas. Jadi sepak dengan betul. Baru boleh jaringkan gol.
Ada faham ke? kalau tak faham lagi…tak payah berniaga!
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge