Cari kawan yang boleh bantu anda berniaga

By | 14/03/2013

Selain daripada keluarga, kawan-kawan juga boleh menjadi agen penghasut bagi mematahkan semangat menjadi usahawan.

Jika anda mahu menjadi seorang usahawan, perkara utama yang wajib dilakukan adalah dengan memilih siapa kawan yang sering anda berhubung dan berjumpa.

Pengaruh daripada kawan-kawan amat penting dalam mengubah cara kita berfikir terhadap sesuatu perkara, jesteru itu kita perlu tahu menggunakannya untuk membetulkan pemikiran kita.

Bagaimana kita berfikir, begitulah juga kita bertindak. Jika dari awal berfikir dengan cara yang tidak betul, sudah tentu segala tindakan juga jadi tak betul. Ada dua jenis cara berfikir,

  • Cara orang makan gaji.
    • Mereka yang makan gaji sering berangan-angan menjadi usahawan, namun mereka terlalu memikirkan ketakutan yang bakal dihadapi jika mereka berhenti kerja dan mula berniaga. Mereka pilih untuk membayangkan perniagaan yang menghadapi kegagalan.
    • Hasilnya, mereka menjadi pakar dalam membentangkan alasan ‘kenapa aku mesti terus makan gaji’.
    • Berkawan dengan golongan ini mendedahkan latihan pada kita dalam mencari seribu satu alasan kenapa aku perlu kekal makan gaji.
  • Cara orang berniaga. Ada tiga pula cara pemikiran orang yang berniaga.
    • Mereka yang sudah lama berniaga dan berjaya.
      • Jika kita sering berjumpa dengan mereka yang telah lama berniaga dan telah pergi jauh, kita akan didedahkan dengan berbagai cara untuk berjaya.
      • Mereka sentiasa berfikiran positif. Jika menceritakan masalah, fokus utamanya adalah untuk menyelesaikannya dan bukan untuk mematahkan semangat.
      • Kebanyakan dari mereka lebih gemar untuk menceritakan manisnya berniaga dan sering kali menutup kesusahan atau cabaran serta ketakutan dalam dunia mereka.
    • Mereka yang sudah lama berniaga, tetapi masih berada di takuk lama tanpa ada sebarang kemajuan.
      • Golongan yang berniaga kecil-kecilan dan telah bertahun-tahun berada di takuk yang sama dan sentiasa susah, kita akan didedahkan dengan berbagai cabaran yang nampak seperti tiada jalan penyelesaian.
      • Kita akan diberi persepsi bahawa keadaan makan gaji adalah seribu kali ganda lebih baik dari dia, dan dia akan sentiasa menyatakan bertapa bagusnya jika dia menjadi seperti anda. Mereka akan membuatkan anda selesa dan merasakan tidak perlu membinasakan diri dengan berniaga.
    • Golongan yang pernha mewah, bergaya dan kemudiannya jatuh terseput tidak bangun-bangun lagi.
      • Mereka meneruskan sisa-sisa hidup dengan makan gaji dan menjatuhkan talak tiga pada dunia keusahawanan.
      • Mnceritakan hasrat untuk berniaga pada mereka, akan sambut dengan maki serapah. Dia akan memberikan segala contoh keburukan yang telah dialaminya yang boleh membuatkan anda menjadi ngeri untuk berniaga.

Untuk mula menanam pemikiran yang betul bagi menyediakan diri anda menjadi seorang usahawan, berikut adalah langkah-langkah yang anda perlu ambil:

  1. Senaraikan semua kawan-kawan yang kita sering berjumpa. Pecahkan dalam kategori kekerapan perjumpaan seperti Setiap Hari, Seminggu Sekali, Sebulan Sekali dan seumpamanya.
  2. Perhatikan siapakah mereka itu dan apa pekerjaan mereka. Hanya terdapat 2 kumpulan kawan-kawan yang kita sering berjumpa.
  • Jika semua senarai nama kereka yang sering kita jumpa adalah dari kalangan mereka yang makan gaji, maka anda ada banyak kerja yang perlu dilakukan dalam membina rangkaian kawan-kawan yang berniaga.
  • Jika kebanyakan mereka yang anda jumpa adalah rakan yang berniaga maka anda sebenarnya telah mempunyai satu ciri-ciri yang boleh membuatkan anda menjadi seorang usahawan.
  • Susun semula senarai kawan yang sering anda jumpa dan habiskan masa bersama (Bergantung kepada jenis kawan-kawan yang anda sering bertemu sekarang). Susun semula seperti berikut:
    • Paling kerap berjumpa – Kalangan para peniaga yang berjaya.
    • Paling jarang berjumpa – Kalangan mereka yang makan gaji.
  • Jika anda tidak mempunyai kenalan kawan-kawan yang berniaga, mulakan pencarian anda segera dan buat apa cara sekalipun untuk berkawan rapat dengan mereka yang berniaga. Mungkin anda boleh bertanya dikalangan kenalan anda dan meminta anda diperkenalkan.
  • Jika anda sudah biasa berkawan rapat dan sering berjumpa dengan mereka yang berniaga, anda perlu menapis menjadikan mereka yang kerap anda jumpa adalah kawan berniaga yang telah berjaya dan berfikiran positif. Ketepikan buat sementara waktu mereka yang tidak berniaga dan berfikiran negatif terutamanya mereka yang tidak bercita-cita tinggi.
  • Setelah anda berjaya mengatur gaya berkawan anda dengan mengutamakan kawan berniaga yang telah berjaya, maka anda akan dapati kenalan kawan-kawan anda dalam kategori tersebut akan bertambah dan anda mula mempunyai persepsi yang positif untuk berniaga dan berjaya.
  • Anda boleh mula menawarkan kemahiran anda jika perlu untuk membantu rakan-rakan tersebut secara percuma atau berbayar agar anda dapat memastikan kekuatan utama anda untuk digunakan dalam perniagaan anda.
  • Jangan lupa untuk sekali sekala bertemu dengan mereka yang berniaga dan pernah berjaya namun telah kecundang untuk mendapatkan tip-tip kesilapannya untuk anda pelajari.
  • Jika anda memulakan langkah-langkah seperti di atas anda pasti akan mampu menjadi seorang usahawan yang berjaya dalam masa pantas. Selamat mencuba.

    Author: Shubhi

    Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

    7 thoughts on “Cari kawan yang boleh bantu anda berniaga

    1. Anonymous

      Salam saudara, terima kasih sekali lagi untuk artikel yang sangat bermanfaat, dah lama rasanya saya tak email dekat bihi, tapi cukup lah dengan komen dekat sini, kat situ nampak shahbudeen jugak, blog dia pun selalu saya follow, hopefully next teh tarik session saya dapat join.

      -Dzariff-

      Reply
    2. M.Ridzuan

      Dalam gambar atas tu ,orang yang baju biru bercermin mata tu nampak macam jiran dekat rumah saya aje. Siapa nama dia ye? Dia tinggal di Ulu Klang AU3 ke?
      Atau mungkin pelandok dua serupa kot.

      Reply
      1. M.Ridzuan

        Restoren depan Kilang Transformer tu ye..Mmmm..dah dekat dah kat rumah saya tu. Tu yg tanya kat gambar tu sebelah kanan tu macam rupa jiran saya…Tak silap dia pernah ada buka bisnes kedai jual buku.Kalau betul kirim salam la ye..

        Reply

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge