Di mana kedudukan perniagaan anda sekarang

By | 20/03/2013

Ada satu rumusan menarik dikeluarkan oleh Harvard Business Review tentang perkembangan dan perubahan sesebuah syarikat sepanjang percubaan untuk menghidupkannya. Tulisan ini ditulis oleh Larry E. Greiner pada tahun 1972.

Menurut Larry E. Greiner, terdapat 4 langkah syarikat berkembang bermula dari kosong, sebuah syarikat yang kecil sehinggalah membesar menjadi sebuah syarikat yang matang.

Berikut disenaraikan ke empat peringkat tersebut:

  1. Kreativiti
  • Semua syarikat bermula daripada idea kreatif pengasasnya. Mereka bersusah payah berusaha mengumpulkan segala sumber yang diperlukan untuk menjayakan perniagaan yang telah muncul dalam kepala mereka. Pada peringkat ini perniagaan muncul dan mula berkembang sedikit demi sedikit.
  • Tidak berapa lama setelah syarikat mula beroperasi masalah mula muncul menguji perjalanan pembesarannya. Masalah paling awal melanda sesebuah syarikat samada berseorangan atau berkongsi adalah “Masalah Kepimpinan”.
    • Jika anda berseorangan, masalah kepimpinan mungkin terbina daripada tidak adanya visi dalam kepala. Kemana agaknya anda mahu bawa perniagaan tersebut merupakan satu soalan yang perlu ada.
    • Jika anda berkonsi dengan beberapa orang rakan, masalahnya mungkin disebabkan ada 3 visi dalam kepala masing-masing jika anda bertiga. Atau mungkin juga seorangpun tak ada visi. Atau mungkin salah seorang ada, tapi dia bukannya ketua dan tak tahu pulak nak memimpin agar semua menyetujui dan mengikuti ideanya.
  • Arah Tuju
    • Krisis yang sedang dihadapi oleh syarikat atau perniagaan anda seperti disebutkan di atas hanya akan mula terurai jika masalah kepimpinan diselesaikan. Dengan itu syarikat akan mula berkembang dan meningkat semula dengan adanya hala tuju yang jelas.
    • Setelah berkembang dan meningkat semula, dalam tempoh beberapa lama syarikat anda akan dilanda satu lagi masalah atau kriris yang mula membantut perkembangannya. Masalah tersebut adalah “Masalah Kebebasan” atau autonomi.
      • Di peringkat ini hala tuju yang jelas dan perlu dipatuhi menyebabkan ada rakan kongsi ataupun pekerja rasa tersekat kerana mereka mempunyai idea hebat yang dirasakan mampu melonjakkan syarikat. Anda atau syarikat pula akan bertegas agar semua perlu kekal dengan hala tuju yang telah ditetapkan. Maka berserabutlah perjalanan syarikat jika tidak diselesaikan.
      • Hanya dengan memberikan kebebasan sahaja syarikat atau perniagaan akan berkembang semula. Ini boleh diselesaikan dengan menubuhkan jabatan-jabatan yang spesifik dengan meletakkan ketua masing-masing. Mereka perlu diberikan autonomi untuk merancang dan membentuk kreativiti mereka sendiri. Jangan kacau setelah autonomi diberikan
  • Koordinasi
    • Setelah anda mula membahagikan tugasan dan melepaskan kebebasan masing-masing, syarikat akan mula memecut semula berkembang naik. Dalam masa beberapa lama akan muncullah semula masalah baru yang bakal membantutkan perkembangan syarikat. Anda tentu dapat mengagak apa akan berlaku bila kebebsan diberikan, organisasi akan hilang kawalan. Krisis ini dinamakan sebagai “Krisis Kawalan”.
    • Keadaan yang berterabur dan liar dengan projek masing-masing hanya akan dapat diselesaikan bila anda berusaha membuat penyelarasan atau koordinasi. Dengan menyelaras keseluruh aktiviti sahaja syarikat akan mampu berkembang semula dan meningkat naik.
  • Kerjasama
    • Anda atau syarikat mungkin mampu menyelaras setiap perkembangan yang berlaku di jabatan masing-masing dengan jayanya dan ia mula menunjukkan peningkatan. Tetapi dalam masa tidak beberapa lama kemudian anda akan sedari peningkatan yang berlaku sudah tidak mencukupi untuk mempertahankan syarikat dan anda mula pening kepala.
    • Semuanya berpunca daripada masing-masing telah membina benteng birokrasi dalam berurusan. Semua berdegil dengan kerenah birokrasi masing-masing dan segala perkembangan mula menjadi perlahan atau terhenti terus. Jika tidak diselesaikan alamat syarikat akan bungkus atau mula menjunam dan tidak menguntungkan.
    • Segalanya akan dapat diselesaikan apabila anda menerapkan usaha kerjasama di keseluruhan organisasi. Samada anda sendiri atau perlu membawa orang luar untuk merealisasikan kerjasama tersebut terpulang. Asalkan kerjasama terbentuk, syarikat akan mula meningkat laju semula sehinggalah datangnya masalah baru….masalah itu tidak dinyatakan pula dalam kajian yang dijalankan.
    Jadi, jika anda tahu apakah krisis selanjutnya, pastikan anda muhasabah kedudukan syarikat anda sekarang dan besar serta tingkatkan dia berdasarkan langkah-langkah yang saya sebutkan di atas sehingga samapai ke peringkat yang ke empat…sila tuliskan dan huraikan krisis kelima yang anda hadapi diruang komen di bawah agar kita sama-sama dapat belajar.
    Author: Shubhi

    Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge