Elak perniagaan lingkup sebelum genap setahun!

By | 03/10/2012

Samada suka atau tidak, percaya atau tidak, tahu atau tidak,…fakta sebenar dunia perniagaan menyaksikan:

  • Hanya 10 dari 100 perniagaan yang bermula selamat pada tahun pertama. Selebihnya yang 90 perniagaan lagi hanyut tinggal kenangan yang melekat di kepala tuan punya perniagaan.
  • Bagi yang berjaya melepasi tempoh tahun pertama pula menyaksikan hanya 10 dari 100 berjaya menyambut ulang tahun perniagaannya yang ke 5.
Mahukah jika saya perturunkan pada anda bagaimana kita dapat tahu bahawa perniagaan yang baru kita mulakan akan berkubur sebelum sempat genap satu tahun? Kalau anda sedang dan baru mula berniaga tentu teringin nak tahu, kan! kan! kan!…?
Anda akan berjaya menggulung tikar perniagaan anda dalam tempoh setahun pertama perniagaan jika:
  • Tak nampak ke mana tujuan perniagaan anda.
  • Tak nampak dan tidak dapat bayangkan bagaimana rupa perniagaan anda apabila berjaya mencapai sasarannya.
  • Kalau dah tak nampak sudah tentu anda lansung tak ada idea bagaimana anda boleh pastikan perniagaan akan sampai ke sana.
Bila kesemua yang disebutkan di atas tidak ada, tidak hairanlah anda hanya akan memikirkan kegagalan dan perkara yang negatif sahaja. Sila baca tulisan saya sebelum ini tentang Bisnes lingkup dalam tempoh setahun.

Bagaimana mengelakkan perkara ini terjadi?

  1. Pastikan anda nampak ke mana perniagaan yang anda sedang jalankan. Lebih jelas lebih bagus.
  2. Pastikan anda yakin ada jalan untuk sampai ke sana. Sekurang-kurangnya anda masih boleh mencari dan bertanya pada mereka yang lebih berpengalaman. Anda perlu ingat ada banyak jalan dan pilihlah jalan yang bersesuaian dengan cara anda.
  3. Sentiasa bayangkan bagaimana perasaan anda bila anda telah sampai di sana.
  4. Sediakan penunjuk yang boleh dilihat dan dikira (Quantify) apabila anda telah sampai. Ia mungkin jumlah pelanggan, jumlah pendapatan, jumlah cawangan, atau lain-lain seumpamanya.
  5. Pantau, fikir, dan jiwai data penunjuk yang telah ditentukan tadi sekurang-kurangnya sejam setiap hari sehingga ia tercapai.
Kebiasannya, jika sesebuah perniagaan itu melepasi tempoh setahun, ia menunjukkan perniagaan itu ada potensi dan sudah tentu sudah ada pelanggan. Bagaimana seterusnya untuk memastikan perniagaan itu dapat melihat sambutan ulang tahunnya yang kelima? Tunggu di lain tulisan, insyaallah
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge