Hati-hati dengan apa yang anda fikir!

By | 25/09/2012

Pernah dengar teori keseimbangan Newton? kalau pernah belajar sains tinggi tentu anda tahu, kalau tak tahu saya perturunkan di sini:

“Jumlah Tenaga = 0”

Jumlah keseluruhan tenaga yang ada jika dicampurkan adalah bersamaan dengan kosong. Itu teori keseimbangan yang ditemui oleh newton. Kalau kita naik basikal dan kayuh dengan aman tanpa jatuh, maknanya kita sedang berada di dalam keseimbangan. Sebab itu tak jatuh.

Apa saja perubahan tenaga yang kita cetuskan pada sesuatu benda menyebabkan benda tersebut mencari perseimbangan semula dengan berubah. Jika kita tolak cawan dari atas meja, kita telah mengenakan perubahan keseimbangan yang tadinya kosong.

Untuk mencari keseimbangan semula maka cawan bergerak dan jatuh lalu pecah dan statik semula, iaitu seimbang semula. Sebenarnya dalam Al-Quran sudah menyatakan perkara ini. Allah berfirman bahawa dia menjadikan segala sesuatu dan dia menjadikan segalanya seimbang. Itulah yang Newton jumpa dari aktiviti pengamatannya.

Apa kena teori seimbang dengan apa yang kita fikirkan pulak?

Einstein pulak berkata setiap benda mempunyai tenaga. Hatta idea atau buah fikiran yang tercetus di dalam kepala kita juga mengeluarkan tenaga. Jadi setiap kali kita terfikirkan sesuatu atau mengeluarkan idea, kita telah menghasilkan tenaga.

Einstein juga memberikan teori bahawa tenaga tidak musnah setiap kali ia dikeluarkan. Ia akan berubah-ubah menuju kepada titik keseimbangannya untuk berhenti berubah dan bila diganggu akan mula melakukan perubahan semula.

Oleh sebab itu, kata Einstein setiap idea yang tercetus keluar dari otak kita akan mengeluarkan tenaga. Bila dalam keadaan seimbang perubahan terhenti dan bila ada suntikan tenaga baru ia mula berubah lagi. Begitulah perubahan demi perubahan yang mana akhirnya menjadi benda.

“Setiap apa yang difikirkan oleh otak kita pada akhirnya akan menjadi benda”

Bila kita ada idea nak buat meja bulat, idea itu mengeluarkan tenaga yang berubah-ubah dan akhirnya bertukar menjadi meja bulat. Bila kita keluar apa saja idea, tenaga demi tenaga yang dipadukan akan menghasilkan sesuatu pada akhirnya. Begitulah powernya tenaga yang terhasil dari tercetusnya idea!

Sebab itu kita perlu berhati-hati dengan apa yang kita fikirkan. Jika fikir negatif, hasilnya adalah benda yang negatif manakala fikirkan positif akan menhasilkan sesuatu yang positif. Jika kita selarikan dengan jumlah tenaga sama dengan kosong untuk seimbang.

Maka 1000 fikiran negatif disulam dengan 10 fikiran positif yang tersembul dari kepala akan menghasilkan 990 perkara negatif. Hasilnya dada kita semak dan sesak dan hidup penuh dengan benda negatif. Pening kepala, panas baran, gagal peperiksaan, pinggan pecah, tumbuk muka orang dan lain-lain seumpamanya.

Berapa kali perkara positif yang kita fikirkan dan berapa kali yang negatif kita fikirkan dalam sehari?, kawal mental agar hanya fikiran positif saja yang keluar. Untuk pastikan fikiran kita positif elakkan semua input yang negatif, antaranya adalah:

  1. Tinggalkan kawan yang berfikiran negatif. Ada di kalangan kawan-kawan yang kerjanya asyik komen dan kondem habis semua orang. Semua orang tidak betul. Jika kita dengar ceritanya kita rasakan semak dada dan nampaknya semua orang sudah tidak boleh dipercayai lagi. Jangan buang masa dengan orang sebegini.
  2. Jangan baca surat khabar. Surat khabar sekarang dipenuhi dengan berita sensasi tapi malangnya kebanyakan yang sensasi sekarang adalah yang negatif. Anak pukul bapak, bapak rogol anak, nenek dihentak cucu, lelaki putus tangan ditetak isteri dan berbagai-bagai lagi. Kita rasakan dunia sudah tidak selamat lagi bila sering membaca akhbar begini.
  3. Jangan dengar atau tonton berita TV dan Radio. Sama seperti surat khabar, TV atau Radio seolah-olah huru-hara berlaku di sana sini. Tak ada orang yang selamat jika berada di jalan raya dan lain-lain. Elakkan berita begini atau tutup saja.
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

6 thoughts on “Hati-hati dengan apa yang anda fikir!

  1. Anonymous

    Terima kasih Tuan. Blog Tuan ini banyak memberi nasihat dan kebaikan.

    Reply
  2. sharif

    Syaitan mendorong kita berfikir tentang perkara yang bukan bukan , tak berfaedah.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge