Idea niaga ringkas

By | 08/09/2013
Ringkaskan perniagaan

Jika anda terasa terlalu susah untuk cari idea niaga ringkas, merangka dan membinanya sehingga berjaya, saya turunkan satu petua mudah untuk merangka satu perniagaan yang ringkas tetapi insyallah berkesan.

Berikut langkah-langkah idea niaga yang perlu diambil:

  1. Tentukan satu produk atau servis yang berkenan di hati. Idea niaga berikut boleh membantu.
    1. Apakah produk kegemaran yang anda cukup yakin dengannya dan setia menggunakannya. Jika ada peluang menjadi penjual barangan tersebut, sudah tentu cukup mudah untuk anda meyakinkan orang lain menggunakannya sama.
    2. Apakah lingkungan kenalan atau kawan-kawan yang anda ada. Fikrkan satu produk mudah yang mana mereka semua berkongsi keinginan atau keperluan dan sering menggunakannya.
    3. Apakah hobi atau minat yang anda ada yang boleh ditukarkan kepada perniagaan.
    4. Apakah kemahiran yang anda ada yang boleh ditawarkan pada orang lain.
  2. Setelah pilih satu produk atau perkhidmatan untuk diniagakan, pecahkan idea niaga kepada 3 kategori tawaran yang akan diberikan pada pelanggan. 3 kategori itu adalah seperti berikut.
    1. Produk atau perkhidmatan standard – Mulakan idea niaga anda dengan satu produk asas sahaja untuk anda mula pasarkan pada pengguna. Biasanya produk asas ini merupakan identiti perniagaan anda untuk dipasarkan pada umum dengan harga yang berpatutan.
    2. Produk atau perkhidmatan Premium – Daripada produk asas di atas bentuk satu produk istimewa yang berkualiti dan bermutu tinggi serta mempunyai nilai belian yang tinggi untuk ditawarkan pada mereka yang ada duit dan yakin dengan produk yang ditawarkan oleh syarikat anda. Biasanya produk istimewa ini dijual dengan harga jauh lebih mahal berbanding produk asas tadi.
    3. Perkhidmatan selepas jualan – Ini adalah tawaran terakhir yang perlu difikirkan setelah kedua langkah di atas dilaksanakan dengan baik. Matlamatnya adalah untuk menjadikan pembeli barang atau servis anda sebagai pelanggan sepanjang hayat.

Tips idea niaga yang mudah

Contoh mudah idea niaga
Untuk memahami konsep idea niaga ringkas yang saya utarakan di atas, mari kita ambil perniagaan kereta sebagai contoh idea niaga anda.
Untuk memudahkan lagi pemahaman, andaikan anda menjalankan perniagaan jual kereta Camry.
Dalam kes ini mari kita pecahkan produk idea niaga tersebut kepada 3 kategori:
  1. Produk standard – Di sini kereta Camry standard merupakan produk asas yang anda tawarkan pada pengguna. Harganya berpatutan dan kualitinya tidak dapat dipertikaikan dan bersesuaian untuk kebanyakan pengguna.
  2. Produk premium – Bagi mereka yang yakin pada produk anda dan dalam masa yang sama tidak ada masalah untuk berbelanja besar. Anda tawarkan pada mereka ‘Lexus’.
  3. Perkhidmatan selepas jualan – Jangan lupa membuka rangkaian pusat servis kereta Camry dan juga Lexus yang telah anda jual pada pelanggan tadi. Berikan mereka khidmat terbaik dan pamerkan bahawa pusat servis anda perlu menjadi pilihan utama untuk para pembeli menghantar servis atau membaiki kereta yang telah mereka beli.
Jika kita perhatikan, kebanyakan syarikat besar multinasional menggunakan formula idea niaga yang sama dalam memastikan perniagaan mereka membesar dan berdaya saing serta berkekalan dalam masa yang cukup lama.
Anda boleh lihat produk seperti sistem penghawa dingin, komputer, software, jam tangan, dan banyak lagi.
Tugas anda sekarang adalah untuk menjadi peka dan melihat sekeliling anda. Lihat produk atau jenama terkenal dan hebat yang telah lama wujud untuk mendapatkan ilham dan cuba memahaminya sehingga terpancul idea niaga anda.
Ingat!!!, mulakan idea niaga dan perniagaan anda seringkas mungkin dan jangan jadikan perniagaan tersebut sebagai sesuatu yang bercelaru dan berserabut. Orang putih kata “make it simple and do not make it complicated”
 
Nota akhir idea niaga:
  • Apabila kehidupan anda mula bercelaru, itu tandanya anda bakal merudum jatuh ke bawah, jalan keluarnya adalah dengan meringkaskannya semula.
  • Perkara sama dalam perniagaan. Apabila perniagaan dan produk anda mula bercelaru dan berserabut,  itu tandanya anda akan gulung tikar tak lama lagi. Jalan keluarnya adalah dengan ringkaskan semula proses dan idea niaga anda, jadikan produk dan perniagaan tersebut seringkas mungkin.
Ingat! selagi anda mampu meringkaskan keadaan, peluang untuk meningkat naik dan pergi lebih jauh adalah cukup tinggi. Ingat pesan Nabi,

“Permudahkan…permudahkan….”

One thought on “Idea niaga ringkas

  1. Izzuddin Fauzi

    Pengelasan jenis produk nie penting sebenarya – kalau perasan bende nie banyak apply dalam produk dari MLM.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge