Jangan bercinta melalui FB

By | 19/11/2012
Penipuan Media sosial

Sejak media sosial menjadi terkenal, dunia perhubungan berubah sama sekali.

Selain dari dunia politik, dunia pemasaran juga turut berubah dengan kehadiran media sosial, malah dunia pergaulan mencari pasangan juga berubah.

Banyak kes-kes pembohongan berlaku melalui media sosial. Jutaan wang lesap kerana kes tipu melalui media sosial.

Ramai juga anak dara yang dirogol berpunca dari perkenalan di media sosial.

Dalam pada itu, media sosial juga banyak membantu pasangan mendirikan rumah tangga dan media sosial juga menyumbang pasangan meruntuhkan rumah tangga.

Dalam bab mencari pasangan, penggunaan media sosial sebenarnya lebih banyak mendatangkan masalah daripada kebaikan. Kalau tak percaya cuba tanya mereka yang mendirikan rumah tangga hasil daripada perkenalan melalui FB.

Puncanya adalah disebabkan:

  1. Kita hanya mempamerkan 10% atau kurang, dari diri kita yang sebenarnya di FB.
    1. Jarang orang letakkan gambar dirinya yang sebenar di dalam FB.
    2. Maklumat atau biodata juga tidak semuanya benar.
  2. Kita tonjolkan hanya yang baik sahaja ketika menulis di dinding FB
    1. Ramai yang tergoda dengan ayat-ayat power yang ditulis.
    2. Kita bayangkan orang tersebut cukup sempurna.
    3. Kita mula berangan-angan kononnya tentu akan bahagia jika dapat miliki makluk yang terlalu sempurna dengan ayat-ayat yang cukup power tersebut.
  3. Kita tak pernah dedahkan keburukan diri yang sebenarnya jauh lebih banyak dari kebaikan.
    1. Bila ditimpa masalah, kita dengan cukup hebat mengadu pada Tuhan dengan ayat yang cukup indah.
    2. Bila dikritik, kita dengan tenang menjawab seperti orang yang sangat cool.
  4. Kita boleh menasihati semua orang yang dilanda masalah
    1. Apa saja masalah orang kita nasihat seperti seorang yang pro yang membuatkan semua berasa takjub.
    2. Orang lain tak tahu kalau menghadapi masalah yang sama kita terus lupa arah dan bertukar menjadi orang yang jelik.
Rumusannya, tiada langsung kebenaran diri ketika kita menggunakan FB atau lain-lain media sosial. Pasti ada pemalsuan atau aktiviti sorok dari hakikat yang sebenarnya.
Oleh itu malanglah mereka yang terpedaya jatuh cinta hanya kerana berhubungan melalui media sosial. Anda akan terperangkap dengan kehidupan yang tidak berpijak di bumi yang nyata.
Setelah kenal, rapat mesra lalu berkahwin rupa-rupanya budiman yang kita kenal dulu adalah penyangak. Perangai tak ubah macam biawak.
Samalah juga disatu pihak lagi, akan terkezut dengan diri kita sebenarnya. Kejelekan selama ini yang kita tutup terbuka satu persatu.
Akhirnya kedua-dua kecewa. Aku salah kan kamu dan kamu salahkan aku. Sedangkan hakikatnya masing-masing telah tertipu dalam dunia angan-angan FB yang tidak pernah mempamerkan keadaan sebenar pemiliknya.
Jika anda terjebak bagaimana?
Tiada jalan penyelesaian melainkan terima keadaan sebenar dan kembali berpijak di bumi nyata. Tidak ada manusia yang sempurna. Kembalilah ke bumi nyata, isnyallah anda akan sedar semula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge