Jangan lupa berhenti asah pahat!

By | 18/01/2013

Pesan tukang kayu yang mahir agar sentiasa peruntukkan masa untuk berhenti sejenak dari kerja ukiran bagi mengasah pahat.

Pahat yang tajam membuatkan hasil kerja pantas, berkualiti dan halus. Kemungkinan terselisih dan membuatkan kecederaan pada tangan juga menjadi amat berkurang apabila pahat tajam.

Untuk itu, tukang kayu yang mahir tak pernah lupa untuk berhenti sejenak dan mula mengasah pahatnya. Segala kerja dilakukan dengan teliti dan tidak tergopoh-gapah.

Iktibar yang sama perlu diambil oleh para usahawan dalam kesibukan melakukan urusan perniagaan mereka. Usahawan hendaklah sentiasa bijak meluangkan masa berhenti sejenak untuk mengasah ketajaman otak dan pemikiran.

Jika otak tajam berfikir, segala keputusan dapat dibuat dengan pantas, berkualiti dan berkesan. Sama juga dengan kes pahat di atas. Otak yang tumpul berserabut dan tertekan membuatkan keputusan sukar untuk dibuat dan jika dipaksa juga mengakibatkan kecelaruan.

Kebanyakan usahawan yang menjalankan perniagaan jarang mengambil kira faktor ini. Mereka sibuk bekerja dan tidak menganggap berhenti sejenak untuk sendirian merangka dan berfikirkan tentang hala tuju perniagaan sebagai satu kerja usahawan.

Maka tidak hairanlah jika usahawan lama kelamaan menjadi letih dan sering kali membuat keputusan bodoh yang akibatnya mencederakan perniagaan mereka. Paling selamatpun, perniagaan meningkat dalam kadar yang terlalu lembab dan tidak menarik.

Untuk itu, sentiasa sediakan masa sejam sehari untuk sendirian tanpa ada sebarang gangguan dari apa-apa saja. Samada pekerja, pelanggan, kawan atau lain-lainnya.

Amalan bersendirian selama sejam dengan sehelai kertas dan sebatang pen ini, jika dilakukan secara konsisten pasti akan membuahkan hasil yang cukup menakjubkan. Tak percaya cubalah!!!

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

10 thoughts on “Jangan lupa berhenti asah pahat!

  1. pinjaman tanpa agunan

    Sungguh pelajaran yang berharga yang bisa kita petik dari tulisan diatas..berhentilah sejenak & pikirkan apa saja yang sudah kita lakukan untuk menata langkah berikutnya. Mantap

    Reply
  2. Munawar Salagau

    wah.. tulisan anda sangat baik dan menambah pengetahuan dan informasi untuk saya, semoga bermanfaat bagi para pembaca yang lainnya dan menambah wawasan. salam dari saya, terimakasih yah

    Reply
  3. Dewi Anggraini

    Salam senyum dari saya
    terimakasih banyak atas tulisannya, semoga bermanfaat untuk kita smua yang membacanya, dan menambah pengetahuan kita semua, sekilahnya bisa saling silaturahmi, silahkan kunjung ke blog saya. terimakasih

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge