Kenali diri untuk pilih kerjaya sesuai

By | 10/06/2013
Kerjaya sesuai

Sejak berabad-abad lamanya takrifan bijak atau punyai IQ tinggi hanya ditekankan dalam perkara berkaitan Matematik, Bahasa dan Sains sahaja.

Maksudnya hanya mereka yang bijak dalam Matematik, Bahasa atau Sains sahaja yang akan diiktiraf sebagai bijak. Selain daripada itu, minta maaf!, anda punya IQ yang rendah.

Oleh itu kalau masa dulu anda seorang ahli sukan atau ahli ukir kayu yang mahir dan seumpamanya, anda berada di tempat yang rendah di mata masyarakat, kerana ukuran IQ tidak memasukkan kemahiran sukan atau tangan sebagai bijak.

Sekarangpun masih ada lagi manusia yang berfikiran sebegitu. Bijak matematik, sains dan kadangkala bijak bahasa sahaja yang akan diiktiraf sebagai bijak. Selain daripada itu akan dipandang rendah.

Cuma dalam zaman kini, ada satu perkara lagi yang mengatasi semuanya termasuklah kebijaksanaan. Jika anda ada wang yang banyak, glamour menjadi pujaan orang, maka tak kisah samada anda bijak atau tidak.

Terutamanya di negara kita, sikap materialistik yang tinggi membuatkan kebijaksanaan tidak menjadi perkara pokok dalam menghormati orang lain seandainya tidak dicukupi dengan harta benda.

Takrifan bijak yang lebih meluas
Selepas tahun 1983, takrifan kepada bijaksana telah mula berubah, Dr Howard Gardner telah memperkenalkan takrifan bijaksana dalam ruang lingkup yang lebih luas. Beliau namakannya sebagai Teory of multiple intelligence.

Beliau pecahkan kebijaksanaan kepada 8 bahagian utama iaitu:

  1. Verbal – Kemahiran bahasa
  2. Logical – Kemahiran Matematik
  3. Visual – Kemahiran ruang (spasial) berkenaan seni.
  4. Bodily – Kemahiran Kinestetik
  5. Musical Intelligence – Kemahiran musik
  6. Interpersonal – Kemahiran bekerjasama
  7. Intrapersonal – Kemahiran memahami diri
  8. Naturalistic – Kemahiran alam
  9. Existential – Kemahiran rohani (ini merupakan tambahan daripada teori di atas).
Kenapa saya berikan maklumat di atas?
Sebab pertamanya adalah, dengan mengetahui maklumat di atas anda sepatutnya merasa lega walaupun tak pandai dalam matematik, sains ataupun sastera (bahasa), anda masih tidak boleh di anggap sebagai tidak bijak.
Tuhan jadikan kita semua dengan kemahiran tertentu dan juga kecenderungan terhadap sesuatu yang biasanya orang katakan pada kita sebagai bakat.
Tetapi malangnya sejak sekian lama, hanya 3 bakat saja mendapat pengiktirafan manusia iaitu math, sains dan bahasa. Bakat selain dari itu dipandang sepi dan kita menjadi tak bersemangat dengannya.
Oleh itu sekarang elok buang rasa rendah diri yang ada dan mula perhatikan dalam kesembila bakat atau kebijaksanaan yang saya senaraikan di atas, mana satu yang anda ada.
Sebab keduanya adalah lanjutan daripada kembalinya semangat bahawa anda sebenarnya bijak, anda hanya perlu gunakan kebijaksanaan tersebut untuk melakukan perkara yang mengembirakan dan menceriakan hidup.
Melakukan sesuatu yang mana penggunaan bakat atau kecenderungan kita ada lah maksimum, membuatkan kerja menjadi sesuatu perkara mudah.
Ini membuatkan kerja menjadi hobi yang mendatangkan keseronokan. Sebab itu orang kata jika anda melakukan kerja pada perkara yang menyeronokkan anda, anda akan mengakhiri hidup dengan tidak satu haripun masa digunakan untuk bekerja!.
Sebab ketiganya pula adalah bagi merungkai pertanyaan ramai para peminat usahawan terhadap masalah nak berniaga apa?
Jika anda mahu menurut petua Warren Buffet, dia memberikan nasihat agar hanya memberikan tumpuan pada kekuatan yang kita ada dan lupakan pada kelemahan.
Sebagai contoh, jika anda tak pandai matematik, tak perlu nak pulun dengan teruk untuk belajar sampai mahir. Biarkan orang yang ada kebijaksanaan tersebut melakukannya samada dengan menjadi pekerja atau rakan bisnes.
Namun semua nasihat Warren Buffette tak bermakna jika kita tak tahu apa bakat kemahiran yang kita ada. Oleh itu renungkan semula dan rujuk senarai kebijaksanaan yang saya senaraikan di atas untuk mengenal pasti bakat yang ada.
Kalau masih tak jumpa, apa salahnya tanya pada kawan rapat atau keluarga yang hidup lama melayan kerenah anda. Cari sampai jumpa kekuatan diri dan fikirkan bagaimana ianya boleh diaplikasikan dalam hidup.
Sebab terakhirnya pula berkaitan dengan sikap manusia yang materialistik sekarang ini. Mereka akan pandang tinggi seandainya anda banyak harta.
Apabila anda buat apa yang disukai berdasarkan bakat yang ada. Dikuatkan pula dengan mengikuti nasihat Warren Buffette melakukan apa yang anda tahu dan bijak dan memberikan tumpuan yang maksimum.
Maka sudah tentu anda bakal mendapat kejayaan yang boleh diukur dengan kekayaan berupa wang ringgit. Bila sudah dihormati, cakap anda akan didengari.
Oleh itu gunakan semula kelebihan tersebut untuk menyedarkan masyarakat kepada jalan yang benar dan lurus……
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

2 thoughts on “Kenali diri untuk pilih kerjaya sesuai

  1. teh ramuan

    bijak bercakap juga boleh jadi kaya raya
    pendek kata asal jangan bijak buat perkara negatif je
    hehe

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge