Kenapa orang bunuh diri?

By | 15/09/2012

Sebab apa manusia bunuh diri?. Hidup susah bukan faktor utama orang bunuh diri, kalau tidak tentu ramai orang gelandangan di serata dunia yang telah bunuh diri. Keadaan sekeliling yang cukup mencabar juga bukan satu faktor orang bunuh diri.

Jika keadaan sekeliling yang sukar adalah faktor bunuh diri tentu tak ada orang kaya yang bunuh diri dan sudah tentu ramai rakyat dari negara dunia ketiga yang dah lenyap sebab bunuh diri. Jadi apa sebabnya orang bunuh diri.

Data menunjukkan jumlah orang bunuh diri semakin tinggi di negara yang membangun, maju dan taraf kehidupan meningkat. Ia juga banyak berlaku di negara maju yang tahap pendidikan semakin tinggi. Maklumat ini tentu pelik sebab kita sering sangka sebaliknya.

Contoh kenapa orang bunuh diri:

  1. Orang kaya yang cukup mewah dan berada tiba-tiba jatuh miskin, muflis dan tiada apa-apa lagi.
  2. Pelajar yang sentiasa dapat keputusan yang hebat-hebat, tiba-tiba keputusannya merosot teruk mengalahkan orang yang paling bodoh di sekolahnya.
  3. Orang yang hidup ceria berkahwin, beranak pinak tiba-tiba bercerai akibat masalah perhubungan yang teruk.
  4. Orang yang hidup damai dan cukup dihormati di kalangan masyarakatnya, tiba-tiba jatuh hina dina seperti sampah masyarakat.
  5. Pemuda baik yang disayangi masyarakat, tiba-tiba diberkas dan disumbat masuk penjara kerana bersalah merogol beberapa anak orang kampung.
Itu antara beberapa contoh orang bunuh diri. Jika diperhatikan ia menunjukkan satu persamaan tabiat. Seseorang yang berada ditempat yang tinggi, kemudiannya jatuh menjunam di kedudukan yang cukup rendah.
Pakar merumuskan sikap manusia yang bunuh diri yang meletakkan jangkaan yang cukup hebat terhadap dirinya membuatkan mereka hilang pedoman. Sikap jangkaan tinggi itu dikaitkan pula pada jangkaan masyarakat pada dirinya. Ringkasnya semua yang dilakukan lebih condong untuk mempamerkan diri pada masyarakat sekeliling.
Oleh itu, jangan sesekali berusaha menjadi hebat atau berjaya untuk memuaskan hati orang lain. Jangan hidup untuk membuat apa yang orang lain jangkakan terhadap diri anda. Buat semua itu untuk mencari keredhaan Allah.
  • Jadi pandai kerana Allah
  • Jadi Isteri kerana Allah
  • Jadi suami kerana Allah
  • Jadi anak kerana Allah
  • Jadi usahawan kerana Allah
  • Jadi kaya kerana Allah
  • Jadi baik kerana Allah
  • Jadi senang kerana Allah
  • Jadi pemimpin kerana Allah
  • Jadi pengikut kerana Allah
  • Jadilah apa saja yang disarankan Agama kerana Allah.
Jangan berlumba dengan orang lain. Berlumbalah dengan diri anda sendiri. Pastikan esok lebih baik dari hari ini. Bina perubahan sedikit demi sedikit. Biar sedikit asalkan berkekalan.
Tinggalkan perkara yang tidak menguntungkan diri anda walaupun ianya baik, masa terlalu singkat untuk manusia biasa melakukan semua perkara dalam hidup. Jika anda seorang Guru jangan pulak buat kerja nelayan, tumpukan karier anda sebagai guru. Jika anda pegawai Majlis Perbadaran, jangan pula jadi kontraktor, tumpukan pada kerja anda.
Buat semua itu kerana Allah, pasti kita selamat!
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge