Kita selalu buat, tapi tak pernah ingat

By | 05/04/2013

Bila kali terakhir anda bercakap atau berikan komen sesuatu yang menyakitkan hati orang lain tanpa anda sedari?

Tak payahlah nak fikir, sebab anda tentu tak akan ingat!

Tapi itulah sebenarnya yang sering terjadi atau sekurang-kurang pernah terjadi sepanjang kita berhubungan dengan:

  • Kawan-kawan
  • Ibu bapa
  • Anak-anak
  • Isteri (-isteri)
  • Saudara mara
  • Rakan sekerja
  • Dan lain-lain orang yang kita kenali.
Satu perkara yang perlu diingat adalah setiap kali anda berikan komen yang merosakkan dan mengguris hati orang lain, anda tidak akan ingat dan merasakan tiada apa-apa yang berlaku.
Sebaliknya pada orang yang anda sebutkan itu, dia mengingatinya satu persatu dengan penuh perincian. Ingatan itu pula akan disimpan cukup lama walaupun kemudiannya anda sedari dan memohon maaf. Ingatan itu tidak akan terpadam mungkin sehingga mati!.
Banyak sikap kita terhadap seseorang dibentuk oleh kenangan komen-komen yang menyakit itu. Saya masih ingat sampai sekarang komen yang melukakan hati seorang mak saudara ketika saya hanya seorang kanak-kanak.
Saya tahu bahawa dia tidak ada niat langsung untuk sakitkan hati tapi perkataan telah dikeluarkan dan hati telah terasa dan saya yakin 100% dia langsung tak sedar perkataan tersebut telah menyakitkan hati saya. 
Saya tak kisah dan telah maafkan segalanya namun titik itu tak boleh nak padam dan kesimpulannya adalah saya kurang selesa dan tidak rapat dengannya dan menerima sikap mulut lasernya.
Itu apa yangh orang buat pada kita. Tapi bagaimana pulak dengan apa yang telah kita buat pada orang? Masalahnya adalah kita tak akan ingat apa yang telah kita komen sehingga yang mendengarnya sakit hati dan simpan dalam hati!.
Untuk memudahkan hidup, mari kita lupakan segala yang telah terlanjur dan fikirkan sekarang dan selepas ini. bagaimana kita boleh ubah perangai buat komen menyakitkan hati tapi tak sedar.
Pernahkah anda dengar cerita para sahabat dulu masukkan batu dalam mulut mereka? perbuatan ini akan menghalang mereka berkata-kata. Untuk membolehkan mereka bercakap, batu terpaksa dikeluarkan terlebih dulu.
Kenapa mereka buat begitu ada hubungannya dengan takut mengeluarkan kata-kata yang sia-sia. Batu membolehkan mulut ditutup sementara otak berfikir sebentar apa faedahnya jika dia mula membuka mulut dan memberikan komen.
Jika tidak ada faedah dan tidak dapat membantu pada orang yang akan mendengarnya nanti, elok diamkan diri sahaja dan senyum. Kebanyakan masa, diam lebih bagus daripada berkata-kata. Banyak bercakap banyaklah buat silap.
Sempena hari jumaat ini mari cuba amalkan benda mudah ini. Tidak semua perbualan perlukan komen. Ada masanya anda perlu diam saja. Lebih lagi jika anda bercakap orang sakit hati dan tiada faedahnya samada pada anda atau orang lain.
Sektor penting di mana ia perlu diamalkan adalah di:
  • Rumah – Pasangan, anak-anak, saudara mara, ibubapa dan jiran perlu diselamatkan dari lidah yang bergerak sebelum otak bertindak.
  • Tempat kerja – Para boss terutamanya perlu jaga mulut. jangan jadikan alasan apa yang kita cakap itu benar untuk membolehkan kita menykitkan hati orang. Fikirkan cara lain yang lebih berhemah.
Berikan ruang terlebih dulu pada otak untuk bertanya sebelum terus membuka mulut dan berkata-kata.
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge