Masalah: Jangan fikir untuk selesaikan segera jika tidak perlu

By | 09/07/2012

Bukan semua masalah perlu diselesaikan dengan kadar segera. Kadangkala ia hanya mainan minda yang tak henti-henti cuba menakutkan diri kita terhadap apa yang bakal berlaku, jika tidak segera menyelesaikan masalah tersebut.

Saya ada pengalaman menghadapi masalah terhadap kereta yang saya miliki. Kereta tersebut mengalami kerosakan teruk yang memerlukan kos yang amat tinggi untuk dibaiki dan saya tidak ada wang sebanyak itu. Ini amat memeningkan kepala apabila sentiasa di tanya oleh mekanik di bengkel.

Untuk memudahkan hidup saya dan hidup mekanik tersebut, saya lalu katakan padanya keluarkan kereta dari workwhop dan letakkan saja di tepi padang dan biarkan dia begitu sehingga saya menemui jalan penyelesaiannya.

Itu menghilangkan masalah saya dengan mekanik tuan punya kedai. Tetapi dia bertanya adakah saya akan membiarkan kereta itu begitu saja, tidakkah saya sayang pada kereta itu. Soalan itu mampu menggugat minda saya dan bakal menyusahkan fikiran jika dilayan.

Saya menjawab selagi masalah tidak timbul saya buat keputusan tidak mahu memikirkan tentang kereta tersebut buat sementara waktu, biarlah dia di situ sehingga masanya tiba. Begitulah akhirnya saya terus melupakan tentang kereta tersebut dan meneruskan kerja saya yang lain yang lebih penting sehinggalah ada seorang hamba Allah yang menelefon mahu membelinya dan sanggup mengeluarkan segala kos untuk membaiki kereta itu.

Dia rupanya memang cukup minat dengan kereta model itu dan alhamdulillah, Allah selesaikan masalah saya walaupun tidak saya fikirkannya. Saya hanya mendoakan pada mulanya, agar Allah permudahkan masalah  tersebut dan doa itu terkabul nampaknya.

Oleh itu jika kita boleh memejamkan mata tanpa memikirkan masalah itu dan ia tidak mengganggu perkara yang lain tangguhkan dahulu dan selesaikannya hanya apabila masalah itu benar-benar datang.

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge