Membunuh perniagaan anda dengan pantas!

By | 26/09/2012

Semua peniaga idamkan satu sistem pemasaran yang cukup hebat. Pemasaran hebat diperlukan bagi memajukan syarikat perniagaannya. Apa yang kita mahukan daripada aktiviti pemasaran adalah:

  • Maklumat tentang apa yang kita tawarkan diketahui oleh semua prospek pembeli seluas yang mungkin.
  • Persembahan produk yang kita tawarkan membuatkan mereka membeli dan menggunakannya
Satu sistem atau aktiviti pemasaran yang dapat melakukan kedua-dua matlamat tersebut di atas dengan kos yang menjimatkan bolehlah kita panggil sistem pemasaran yang cukup hebat. Zaman teknologi canggih seperti sekarang ini terutamanya dengan kewujudan internet membolehkan aktiviti pemasaran dilakukan dengan mudah dan murah.

Tapi berhati-hatilah!, ingat petua berikut:

” Pemasaran yang cukup hebat hanya membuatkan produk yang teruk mati dengan lebih cepat!”

Tidak perlu kita rendangkan kenapa produk yang teruk akan mati dengan cepat apabila digabungkan dengan aktiviti pemasaran yang super hebat. Jika anda seorang peniaga, anda tentu dapat memahami kenapa.

Bila ramai orang tahu tentang produk anda dengan pantas dan meluas dan bila ramai yang tertarik untuk mencubanya. Akibat produk yang teruk tidak boleh diterima, pelanggan anda jugalah yang menyebarkan maklumat yang bakal membunuh perniagaan tersebut dengan pantas.

Apa yang penting adalah bila kita berniaga, menyediakan produk atau perkhidmatan yang memenuhi kehendak minimum pelanggan adalah sesuatu yang mesti dilaksanakan tanpa kompromi. Anda tiada pilihan jika mahu perniagaan berjaya ketahap yang boleh dibanggakan.

Fahami apa yang anda tawarkan dan pada siapa anda buat tawaran merupakan perkara yang paling penting dalam sesuatu perniagaan. Jangan main serbu kepada sesiapa sahaja untuk melakukan tawaran, silap haribulan perniagaan akan mati lebih cepat daripada yang anda sangkakan.

Falsafah Shun Zhu’ The Art of War boleh diguna pakai untuk aktiviti pemasaran anda:

“Kenali diri anda, kenali musuh anda, dalam 100 pertempuran anda tidak akan tewas”

Ia boleh diterjemahkan sebagai kenali siapa pasaran anda, kenali produk atau perkhidmatan anda, dalam seratus serangan pemasaran anda tidak akan gagal!!!
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge