Nak berniaga tapi tak ada "know-how"

By | 19/07/2012
Apa saja perniagaan yang orang lain dah buat
adalah berpotensi untuk kita tiru

Kalau kita nak berniaga, perkara paling penting yang perlu ada adalah produk. Matlamat perniagaan itu sendiri adalah menawarkan sesuatu pada pengguna. Untuk itu sebelum berhenti kerja dan menjadi usahawan, kita wajib ada produk atau perkhidmatan untuk ditawarkan pada pelanggan.

Saya ada menulis tips mudah jadi usahawan sebelum ini dan di situ contoh orang yang makan gaji diambil. Kerja yang dilakukannya pulak ada kena mengena dengan perniagaan yang mahu dijalankannya. Jadi ia adalah jalan pantas untuk berhenti dan mulakan perniagaan kerana segala bekalan know-how telah ada.

Bagaimana pula jika kerja yang sedang lakukan bukanlah jenis perniagaan yang mahu anda jalankan. Kes ini sama dengan kes saya ketika makan gaji dulu. Kerja saya dengan apa yang saya berniaga sekarang tidak sama lansung.

Memandangkan saya sudah berumur ketika itu iaitu 35 tahun, maka tidak ada pilihan melainkan berhenti dan terus terjun berniaga. Ini teknik yang agak berisiko tinggi kerana kita tidak tahu lansung tentang industri yang kita ceburi. Namun ada jalan penyelesaiannya dan saya lakukan dengan jayanya.

Jika anda masih muda dan mahu jadi usahawan saya cadangkan beberapa langkah berikut:

  1. Senaraikan kesemua perniagaan yang berpotensi dalam buku nota.
  2. Senaraikan keperluan anda apabila berniaga. Sebagai contoh:
    1. Berniaga dengan orang ramai atau dengan kerajaan
    2. Perkhidmatan atau pembuatan
    3. Perlu pejabat atau hanya dirumah
    4. Perlu pekerja yang ramai atau one-man-show
    5. Perlu glamour atau low profile
    6. dan lain-lain
  3. Dari keperluan di atas anda sudah boleh membuang sebahagian besar perniagaan yang tidak sesuai dengan diri anda.
  4. Buat saringan demi saringan sehinggalah anda hanya ada 3 pilihan sahaja
  5. Buat kajian dengan mendalam terhadap ketiga-tiga pilihan terakhir anda itu
    1. Berapa besar pasarannya
    2. Siapa pesaing paling hebat
    3. Berapa ramai persaingan di pasaran
    4. Apa keperluan undang-undang yang perlu dipatuhi
    5. Bagaimana keadaan pasaran gelapnya
    6. Adakah persatuan yang melindungi perniagaan ini
    7. Sejauh mana perniagaan tersebut berkembang di luar negara dan lain-lain lagi
  6. Petua saya adalah memilih jenis perniagaan yang banyak persaingan. Ini menandakan ia perniagaan yang terbukti berjaya. Jangan pilih perniagaan yang tak ada orang lain buat dengan harapan kita akan kaya raya, itu andaian yang salah.
  7. Jika masih ragu-ragu dan semuanya sama berat buatlah solat istiqarah. Pilih satu perniagaan.
  8. Mohon pekerjaan pada salah satu syarikat yang hebat yang menguasai pasaran sebagai landasan untuk belajar. Jangan pilih jawatan dan terima saja apa saja tawaran. Anda mahu belajar, bukannya makan gaji
  9. Bila rasa dah bersedia, boleh berhenti dan teruskan perniagaan. Anda boleh buat begitu seawal 6 bulan atau selewat-lewatnya 3 tahun.
Selamat mencuba!
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

2 thoughts on “Nak berniaga tapi tak ada "know-how"

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge