Petua bina perniagaan ke tahap tinggi

By | 25/06/2013

Jika anda seorang usahawan, anda perlu ingat bahawa tak ada usahawan yang berjaya naik ke atas membina sebuah perniagaan dan syarikat yang besar dalam keadaan berusaha seorang diri.

Kalau anda telah berjaya melakukannya atau telah melihat ada seseorang telah berjaya melakukannya seorang diri, anda atau orang itu berkemungkinan ada dari kalangan Makhluk Jin!!!

Saya baca dalam banyak buku yang menceritakan tentang kejayaan dalam perniagaan, semua memberikan nasihat bahawa, “tidak ada orang berjaya ke tahap yang tinggi dengan kerja kuat!”.

Untuk mengelakkan diri daripada bekerja kuat, maka satu cara paling mujarab adalah dengan mencari jalan agar kerja yang perlu dilakukan dapat diambil alih oleh orang lain.

Bukan mudah untuk membuatkan orang sanggup menjalankan kerja yang sepatutnya adalah kerja anda. Jika ada yang sanggup, maka itu bermakna anda punyai satu kemahiran mempengaruhi yang baik.

Jika anda punyai kemahiran yang baik dalam memujuk orang lain buat kerja untuk anda, maka kenapa hanya  memikirkan tentang satu kerja sahaja?

Anda boleh fikirkan lebih daripada 20 kerja dan seterusnya yakinkan atau pujuk pula 20 orang lagi untuk melaksanakan kerja tersebut untuk anda.

Kerja sendiri dan menjadi usahawan
Jika anda faham apa yang saya terangkan di atas, maka mungkin anda bersetuju jika saya katakan bahawa anda bukanlah seorang usahawan jika masih buat kesemua kerja secara sendiri.

Jika anda jawab, tidak!, semua kerja saya dilakukan oleh isteri dan saya hanya duduk di rumah goyang kaki. Segala keperluan hidup isteri yang lakukan.

Saya boleh katakan itu adalah satu ciri-ciri usahawan yang baik. Jika anda mahu lebih berjaya lagi dalam keadaan isteri melakukan kesemua kerja yang anda mahu lakukan, maka kahwinlah empat!, anda akan membesar 4 kali ganda atau lebih.

Cuba bayangkan jika anda berniaga goreng pisang. Anda bukan usahawan tetapi hanya kerja sendiri, jika terpaksa melakukan semua aktivit perniagaan tersebut secara sendirian.

Tetapi jika anda ada skill mempengaruhi orang lain untuk melakukan aktiviti tersebut untuk anda, anda boleh membuka sebanyak 100 gerai goreng pisang!.

Oleh itu, boleh juga kita katakan usahawan adalah mereka yang berupaya mengumpulkan berbagai orang lain untuk merealisasikan impian atau rancangannya.

Pekerja atau Rakan Kongsi
Jika anda dah terima idea, untuk berjaya mesti pandai pujuk orang lain buat kerja untuk anda, maka bagaimana boleh kita dapatkan orang lain tersebut?

Oleh kerana di zaman ini sudah tiada lagi hamba abdi yang ditawarkan secara sah, maka biasanya kita akan mencari pekerja yang perlu dibayar gaji.

Satu lagi cara mudah adalah dengan mencari partner atau rakan kongsi. Salah satu contoh mencari rakan kongsi adalah dalam kes mereka yang menggunakan isteri seperti di atas tadi.

Ada juga mereka yang mencari rakan kongsi dari kaum sejenis. Oleh kerana tidak boleh berkahwin, maka ikatan yang ada adalah ikatan perniagaan.

Biasanya kita mencari rakan kongsi yang dapat melengkapi kelemahan yang ada padi diri kita. Di situ kita dapat melakukan apa kerja yang kita mahir dan menyerahkan yang lain kepada rakan kongsi.

Jika anda bertanya pada saya mana lebih baik samada mencari rakan kongsi atau merekrut pekerja, saya dengan yakin akan menjawab carilah pekerja dan tak perlu cari rakan kongsi.

Melalui pengalaman saya rasa, cara terbaik dan mudah untuk membina sesebuah perniagaan adalah dengan menjadi taukeh seorang diri tanpa ada rakan kongsi (melainkan isteri) dan selain daripada itu adalah pekerja belaka.

Bagaimana merekrut pekerja
Satu falsafah yang terkenal dalam aktiviti merekrut pekerja adalah:

“Ambil masa untuk merekrut pekerja baru dan jangan lengahkan masa untuk membuang pekerja yang tak sesuai.”

 Kesilapan merekrut pekerja yang tidak sesuai amat perit. Kita menjadi serba salah dan banyak memakan emosi seorang usahawan.

Oleh itu, ambil masa anda dan jangan terburu-buru untuk merekrut pekerja.

Jika kita perhatikan, semua syarikat multinasional memberikan urusan mencari pekerja yang mereka kehendaki pada syarikat pencari kerja profesional.

Ini bagi memastikan mereka benar-benar memilih pekerja yang sesuai sahaja dan tidak membuang masa untuk urusan temuduga dan saringan yang panjang.

Bagi usahawan, mungkin khidmat head hunter agak tinggi. Oleh itu cara terbaik adalah dengan berkawan dan membina jaringan. Dari situ anda dapat kenal pasti pekerja berpotensi yang anda perlu pujuk dan dapatkan untuk syarikat anda.

Jangan rekrut kerana terpaksa
Ada ramai usahawan yang mengambil keperja atas dasar terpaksa dan bukan atas dasar memilih.

Sebagai contoh, kebetulan syarikat anda memerlukan pekerja dan kawan kepada abang ipar anda kebetulan sedang mencari kerja. Lalu anda merekrutnya.

Itu satu kesilapan besar yang mesti dielakkan. Pastikan siapa saja yang mahu diambil bekerja melaui proses yang telah ditetapkan oleh syarikat.

Jika anda tidak ada prosedur untuk memilih pekerja, mulakannya sekarang dan jadikan ianya sebagai syarat wajib yang mesti dilalui oleh semua pekerja.

Kita mesti ingat, selain daripada mahukan kemahiran yang ada pada pekerja yang bakal kita ambil, kita juga mahu pekerja tersebut dapat menyesuaikan diri dengan budaya di dalam syarikat yang kita bina.

Oleh itu, pastikan anda tahu budaya bagaimana yang mahu anda bina di dalam syarikat dan senaraikannya secara jelas dan ringkas.

Kalau anda tak tahu apa budaya syarikat anda, anda boleh dapatkan pertolongan daripada pelanggan yang sedang dan telah anda layan selama ini. Mereka tentu tahu jawapannya.

Rumusannya

  • Kemahiran meyakinkan orang lain untuk melaksanakan tugasan anda penting untuk membesarkan syarikat.
  • Elakkan ambil rakan kongsi, utamakan ambil pekerja.
  • Ambil pekerja perlahan-lahan, buang pekerja cepat-cepat.
  • Jangan ambil pekerja kerana terpaksa. Kebajikan tidak sama dengan perniagaan.
  • Pastikan pekerja sesuai dengan budaya syarikat
Selamat berjaya
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

3 thoughts on “Petua bina perniagaan ke tahap tinggi

  1. izam

    Ok dapat. Saya dah faham. Nak jadi usahawn dan nak kembang maju, nak taknak kena ambil pekerja. Terima kasih tuan bihi

    Reply
  2. khairiah

    Perkongsian yang mantap. Saya dapat ilmu baru. Terima kasih..

    Mohon izin Tuan Moderator di sini ada biz sharing.
    Miliki kedai FRANCAIS berkonsepkan 3in1 FREE STORE hanya dengan modal 4 angka sahaja. Kos lain ditanggung syarikat sepenuhnya. Tiada risiko dan pulangan modal sepantas bulan pertama. Personal coaching disediakan. Untuk maklumat lanjut emel ke khairiah1985@gmail.com atau hubungi 012-7031425.
    khairiah recently posted…Rebut PeluangMy Profile

    Reply
  3. khairiah

    Anda berpeluang menjana pendapatan 5-6 angka sebulan dengan—->
    Miliki kedai FRANCAIS berkonsepkan 3in1 FREE STORE hanya dengan modal 4 angka sahaja. Kos lain ditanggung syarikat sepenuhnya. Tiada risiko dan pulangan modal sepantas bulan pertama. Personal coaching disediakan. Untuk maklumat lanjut emel ke khairiah1985@gmail.com atau hubungi 012-7031425.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge